window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal?

Mersita · Sep 28, 2020 07:00 PM

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 01

Ada sesetengah orang yang tak kisah dengan tayar jenis apa yang dipasang pada kenderaan mereka, ada pula yang sanggup pusing berpuluh kedai untuk memilih tayar yang paling ‘kena’ dengan gaya pemanduan mereka. Ada yang mahukan tayar sesuai untuk pemanduan bersemangat, ada pula yang mahukan jenis yang lebih selesa dan senyap.

Pemilihan tayar yang bagus, walaupun mahal sedikit, ternyata satu pelaburan yang berbaloi kerana teknologi pembuatan tayar bukannya biasa-biasa. Ada sebabnya mengapa tayar ‘premium’ harganya pun ‘premium’ sedikit.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yang penting, belilah tayar kereta anda dari jenama yang dipercayai. Bukan kami seorang yang berpendapat sebegini – respon dari pembaca tersayang kami di WapCar Forum atas topik “tayar murah vs premium” sangat memberangsangkan. Senang hati melihat ramai yang sedar akan kepentingan dan nilai set tayar yang bagus.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 01

Seperti yang dinyatakan oleh pembaca kami, anda sememangnya membayar jumlah wang yang berbaloi dengan apa yang anda dapat dalam aspek bahan keselamatan. Anda boleh tonton pelbagai demonstrasi ujian tayar di atas talian untuk membuktikan hal ini. Kebanyakan ujian menunjukkan tayar yang dihasilkan oleh pengilang yang dipercayai mempunyai kelebihan ketara dalam aspek prestasi pembrekan dan cengkaman berbanding tayar murah.

Walaubagaimanapun, dengan kepesatan teknologi masa kini, adakah pengilang bereputasi tinggi mampu mempertahankan kelebihan tayar mereka? Lagipun, jika Perodua masa kini mempunyai ADAS seperti kereta Mercedes-Benz, barangkali tayar yang lebih murah mampu beraksi dengan hasil yang sama dengan pengilang-pengilang bernama besar.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 02

Walaupun industri tayar dan industri kereta beroperasi dalam sfera automotif yang sama, membandingkan kedua-dua model perniagaan ini adalah seperti membandingkan langit dengan bumi.

Kontra dengan nama-nama hebat yang digunakan oleh pengilang untuk menggambarkan sistem keselamatan tayar mereka, contohnya DISTRONIC PLUS atau City Safe, beberapa kelengkapan di sebalik lencana ini sebenarnya mempunyai perkakas/’hardware’ yang sama. Banyak pengilang di luar sana bukannya membina sistem keselamatan ini sendiri dari awalnya.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 03

Sebaliknya, pengilang bekerjasama dengan pembekal-pembekal seperti Bosch, Continental AG, dan Denso untuk memperolehi perkakas-perkakas yang dikehendaki untuk penggunaan sistem ini. Langkah ini mengurangkan kos pembangunan sistem keselamatan maju sehinggakan pemilik kenderaan Perodua kini boleh menikmati beberapa kelengkapan keselamatan yang dahulunya hanya pemilik Mercedes-Benz tahun 2000-an saja yang mampu.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 04

Hubungan antara pembekal dengan pengilang inilah yang memacu penggunaan kelengkapan keselamatan moden serta kelengkapan mewah lain secara meluas. Perkara ini berkembang pesat sehinggakan ada yang mempersoalkan sebab pembelian jenama “premium”. Tapi, perkara ini tidak boleh disamakan dengan cara bagaimana industri tayar beroperasi.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 05

Semua tayar rata-rata nampak sama dan anda tak patut menilai kualitinya hanya dengan pandangan mata kasar. Corak bunga tayar hanyalah satu aspek kecil dalam menilai kebaikan/keburukan tayar. Tayar sebenarnya lebih rumit di sebalik permukaannya.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 06

Pengarah sains bahan global Goodyear, David Zanzig mengatakan yang di dalam sebuah tayar kereta penumpang, ia mempunyai lebih daripada 18 komponen berbeza dan lebih daripada 12 formulasi getah yang berlainan. Melalui susun-atur elemen-elemen ini di dalam bunga, dinding sisi, dan sekamnya (‘husk’); jurutera boleh melaraskan cengkaman, kualiti peluncuran, tahap bunyi, jangka hayat, dan kecekapan bahan api tayar tersebut.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 07

Jom kita ambil contoh tayar jenis Bridgestone Turanza. Disasarkan kepada kereta-kereta yang digemari pakcik-pakcik, tayar Tuaranza dibangunkan untuk menjadi tayar yang cekap bahan api, selesa, dan senyap.

Pembuatan tayar yang selesa bunyinya macam senang – “buat je lah dinding sisinya (‘sidewalls’) lembut lagi.” Tapi… Dinding sisi yang lembut akan lentur, menghasilkan haba; dan ini akan mengurangkan kecekapan bahan api dan cengkaman. Bagi menyelesaikan masalah ini, silika ditambah ke dalam kompaun getah untuk lebih penstabilan haba. Alur-alur juga dibentuk di dalam dinding sisi tayar untuk menebat getaran dari jalanraya.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 08

Ini ditambah lagi dengan isu-isu lain seperti menghasilkan corak bunga yang cukup cengkam tapi ada alur-alur yang mencukupi untuk menolak air ke sisi – dan bagi tayar Tuaranza – untuk mengurangkan kadar bunyi yang dihasilkan. Bagi mempertingkatkan kualiti ‘noise, vibration and harshness’ (NVH), perekanya menghasilkan set rekaan corak bunga yang rumit.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 09

Prosesnya nyata amat memeningkan kepala dan memerlukan sumber dan tenaga kerja yang banyak semata-mata untuk dapatkan hasil yang betul. Juga bukan mudah bagi pesaing lain untuk meniru atau membeli kepakaran ini.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 10

Katakanlah yang anda mahu menghasilkan rekaan tayar anda sendiri yang "diinspirasikan" daripada tayar pesaing anda. Kereta boleh dileraikan, dijuruterakan semula, dan ditiru. Tapi, tayar pula jauh lebih berbeza dan rumit dari itu.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 11

Mula-mula, anda terpaksa memformulasikan semula kompaun tayar tersebut. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan, apatah lagi untuk dihasilkan semula. Katakanlah anda berjaya menghasilkan kompaun tersebut, anda perlu pula mereka corak bunganya dan memahami kaedah melapis lapisannya yang banyak dengan cara yang tepat.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 12

Tambahan pula, anda perlukan satu pasukan yang terdiri daripada pemandu-uji dan pakar yang sanggup menguji kebolehan tayar anda ke hadnya yang tertinggi dan seterusnya memberikan maklumbalas mereka tentang perkara yang perlu dibaiki. Asalkan mereka cukup kepakaran dalam memandu-uji dengan selamat. Akhirnya, anda mungkin akan berjaya menghasilkan tayar yang berharga lebih kurang sama dengan tayar premium.

Ingat senang?

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 13

Angka industri yang tepat agak sukar diperolehi. Tapi, ia dipersetujui secara amnya yang pengilang-pengilang berjenama besar melabur ratusan juta dollar setiap tahun untuk kajian dan pembangunan (R&D) tayar semata-mata.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 14

Continental mengatakan yang tayar mereka mengambil masa 4 tahun untuk disahkan dari konsep hinggalah ke kelulusan OE. Dalam erti kata lain, jumlah masa dan wang yang sama untuk membangunkan sebuah kereta yang lengkap!

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 15

Fasiliti ujian tayar Contidrom milik Continental Tires yang berusia 53 tahun ialah salah satu daripada banyak lagi fasiliti pembangunan tayar yang dijalankan syarikat itu.

Selain dari ini, apakah cara lain lagi untuk mengenali tayar yang bagus selain daripada melihat tanda harganya? Syukur, ada cara lain yang dijamin betul untuk memastikan hal ini. Cuma lihat tayar apa yang dibekalkan sebagai pemasangan OEM pada kereta anda atau kereta-kereta lain dalam segmen yang sama.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 16

Lupakan saja kempen iklan besar-besaran untuk sesuatu jenama tayar. Tayar adalah komponen paling penting bagi prestasi dan pengendalian sesebuah kereta, dan inilah sebabnya mengapa pembuat kereta memilih pembekal tayar OEM mereka dengan sangat berhati-hati.

Pembuat kereta mempunyai kepentingan sendiri untuk memastikan tayar yang diterima sesuai dengan matlamat mereka memandangkan tayar ialah komponen paling penting yang memberi impak kepada prestasi, ciri-ciri pengendalian dan keselamatan kereta mereka.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 17

Bagi pembuat tayar pula, mendapat status pembekal OEM adalah antara kejayaan terbesar mereka. Perkara ini menjadi bukti kepada kehebatan dan keselamatan tayar-tayar mereka. Inilah sebabnya mengapa anda takkan dapat lihat tayar murah daripada jenama bajet digunakan sebagai pemasangan OEM bagi kebanyakan kereta.

“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal? 18

Oleh itu, apabila tiba masanya anda perlu mencari tayar baharu kelak, pilihlah tayar OEM atau tayar premium. Anda boleh menarik nafas lega dan faham tentang betapa berbaloinya anda membayar lebih untuk tayar OEM yang bukannya gah dengan penjenamaan semata-mata. Pelaburan anda akan terbukti berbaloi nanti, terumata sekali apabila anda sedar akan kebaikannya dalam situasi tegang nanti.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda