window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga?

Faisal · Apr 11, 2021 12:00 PM

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 01

Seperti yang anda tahu, harga kereta akan susut kecualilah kereta anda ‘rare’ ataupun eksotik. Oleh yang demikian, ramai pengguna sering mengutamakan harga jualan semula, sama seperti kos pembelaan kereta tersebut.

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 02

Di Malaysia, kebanyakan pembeli tidak akan memilih kereta yang harganya cepat jatuh.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk kali ini, kami akan bincangkan mengenai sedan seperti Honda Civic, Corolla Altis generasi sebelum ini, Mazda 3, Volkswagen Jetta, Kia Cerato dan pelbagai lagi. Sedan segmen C manakah yang paling ada harga sekiranya anda mahu menjualnya semula? Mari kami perincikan!

Honda Civic – kekalkan 70% dari harga asal selepas tahun ke-5

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 01

Honda Civic sekarang mungkin sudah lama di pasaran kita. Dari segi susut harga, varian 1.8 S sebenarnya lebih baik walaupun varian 1.5 TC-P sering menjadi pilihan utama.

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 02

Menurut kajian kami, Honda Civic 1.8 S tahun 2016 berupaya mengekalkan 73% daripada harga asal. Honda Civic 1.5 TC-P tahun yang sama pula hanya mampu kekalkan sebanyak 67% sahaja.

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 03

Jadi, untuk anda yang lebih pentingkan harga jualan semula, Civic 1.8 adalah pilihan yang lebih tepat.

Toyota Corolla Altis – harga jualan semula tidak sebagus yang disangka

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 04

Corolla Altis sekarang telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019. Disebabkan, tiada data yang cukup untuk mengetahui sebagus mana ia kekalkan harga. Disebabkan itu, mari kita ambil data untuk generasi E170 sebelum ini.

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 05

Seperti yang anda tahu, Toyota adalah sebuah jenama yang boleh dipercayai. Tetapi dari segi ‘resale value’, ia masih tidak boleh lawan ‘lambang H’. Berdasarkan kaji selidik kami, Corolla Altis yang sudah berusia 5 tahun berharga dalam lingkungan RM 72,400. Dalam erti kata lain, ia mengekalkan 60% dari harga asal selepas tahun ke-5.

Mazda 3 – kekalkan 56% dari harga asal selepas tahun ke-5

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 06

Mazda 3 generasi sebelum ini mungkin tidak secantik sekarang tetapi ia ada keunikan yang tersendiri.

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 07

Untuk maklumat anda, Mazda 3 yang berusia 5 tahun berupaya mengekalkan 56% dari nilai asal. Peratusan ini mungkin tidak sehebat Honda tetapi ia sebenarnya setanding dengan Toyota.

Hyundai Elantra – kekalkan 61% dari harga asal selepas tahun ke-5

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 08

Kereta Korea sering dianggap paling teruk dari segi harga jualan semula, terutama jika dibandingkan dengan pesaing dari Jepun. Tetapi, kaji selidik kami untuk Hyundai Elantra generasi lepas (Elantra AD) membuktikan sebaliknya.

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 09

Untuk maklumat anda, Hyundai Elantra AD dijual dari tahun 2017 ke 2020 sebelum digantikan dengan generasi sekarang yang serba rupawan. Jadi, model lama baru berusia 4 tahun tetapi jika dibandingkan dengan Mazda 3, kadar susut harganya lebih bagus (61% berbanding 59%).

Kia Cerato – kekalkan 50% dari harga asal selepas tahun ke-5

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 10

Kalau anda perasan, Kia Malaysia seperti tergapai-gapai di awangan. Dengan penyerahan urusan dibawah syarikat Bermaz, hanya masa sahaja yang dapat menentukan nasibnya. Mengenai Cerato, generasi baru sudah mula dijual di luar negara tetapi kita masih dengan model facelift yang lalu.

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 11

Dijual dari tahun 2016 hingga 2020, kadar kesusutan harga Kia Cerato facelift agak memeranjatkan. Secara purata, unit yang berusia 5 tahun berharga sekitar RM 51,170 – nilai hanya kekal sebanyak 50%.

Volkswagen Jetta – hanya kekalkan 36% dari harga asal selepas tahun ke-5

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 12

Volkswagen Golf versi sedan ini mungkin tidak ‘legend’ seperti versi hatchback tersebut tetapi ia cukup diminati di pasaran Malaysia. Pada tahun 2018, model ini dihentikan.

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 13

Menariknya, sedan ini tidak dapat kekalkan harga dengan baik. Selepas 5 tahun, ia hanya kekalkan 36% dari harga asal – lebih teruk daripada pesaing Korea.

Nissan Sylphy – nilai hanya kekal 36% selepas tahun ke-5

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 14

Walaupun Nissan Sylphy yang baru tidak dibawa masuk ke Malaysia, generasi terakhir yang ada membawakan rupa yang lebih kena berbanding model sebelumnya.

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 15

Sylphy terakhir yang ada di pasaran Malaysia dijual sehingga tahun 2017 tetapi kami hanya dapat data sehingga tahun 2016 sahaja. Menariknya, harga yang dikekalkan oleh Nissan Sylphy yang berusia 5 tahun sebenarnya sama dengan Volkswagen Jetta.

Renault Fluence – hanya kekalkan 30% dari harga asal selepas tahun ke-5

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 16

Ingat lagi tak Renault Fluence? Nissan Sylphy buatan Perancis ini cukup menawan tetapi tiada nilai langsung.

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 17

Sewaktu baru, model ini dijual dengan harga yang bermula dari RM 113,888. Untuk sebuah sedan di segmen C, harga ini cukup menarik tetapi itu sahaja yang dapat diberi oleh jentera ini. Secara tidak langsung, perkara ini memihak kepada pembeli yang mencarinya di pasaran terpakai kerana harganya jatuh kaw kaw.

Konklusi – ‘Lambang H’ = Raja segala harga jualan semula

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 18

Secara keseluruhan, peratusan susut harga yang paling cemerlang untuk kategori sedan segmen C jatuh kepada Honda Civic. Perkara ini tidak memeranjatkan langsung kerana jentera ini cukup dipercayai ramai. Malah, ia sentiasa dijadikan pilihan utama di segmen ini. Apa yang lebih menarik ialah sesetengah pesaing mengalami kesusutan harga yang tidak dijangka sama sekali. Nampaknya, istilah “zaman sudah berubah” sangat bertepatan dengan industri automotif di tanah air kita.

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 19

Artikel ini adalah hasil kerjasama dengan Carsome.my. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui cara untuk menjual kereta dengan harga paling tinggi, dapatkan petua kami di sini.

Pada masa yang sama, anda juga boleh periksa harga selepas jualan kereta anda di sini.

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga? 20

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda