window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Lockdown’ lama sangat, pengedar kereta terpakai perlu dana untuk ‘restart’ bisnes

Faisal · Aug 21, 2021 10:00 AM

‘Lockdown’ lama sangat, pengedar kereta terpakai perlu dana untuk ‘restart’ bisnes 01

Sama seperti pengedar kereta baru, industri kereta terpakai juga terkesan oleh ‘lockdown’ yang berlarutan. Mereka juga perlukan bantuan untuk menghidupkan semula perniagaan walaupun sudah dibenarkan beroperasi sejak Isnin yang lalu.

Juga bacaPKP TERKINI: Pusat cuci kereta & bilik pameran dibenarkan buka bermula 16 Ogos!

Untuk pengetahuan anda, perniagaan kereta terpakai bukanlah terhenti secara menyeluruh. Mereka sebenarnya boleh beroperasi secara dalam talian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

‘Lockdown’ lama sangat, pengedar kereta terpakai perlu dana untuk ‘restart’ bisnes 01

Pada tahun 2011, Federation of Motor and Credit Companies Associations of Malaysia (FMCCAM) mula menggunakan portal ‘online’. Platform itu membenarkan penjual dan pembeli kereta untuk membuat pertukaran milik tanpa perlu pergi ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Baru-baru ini, kami sempat menemu ramah Dato Tony, iaitu Presiden FMCCAM sendiri. Menurut beliau, 98 peratus daripada 4555 pengedar yang berdaftar dengannya memang guna portal tersebut. Apa yang mereka perlu hanyalah pengesan cap jari biometrik. Selepas itu, mereka boleh terus lengkapkan pertukaran milik kenderaan secara dalam talian. Sehingga ke hari ini, FMCCAM telah menyediakan 10,000 pengesan cap cari buat pengedar-pengedar mereka di seluruh negara.

Juga bacaPenjualan kereta terpakai rancak walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan

‘Lockdown’ lama sangat, pengedar kereta terpakai perlu dana untuk ‘restart’ bisnes 02

Kiranya, perniagaan kereta terpakai sememangnya boleh beroperasi tetapi itupun kalau pejabat Puspakom buka. Tetapi disebabkan mereka diarahkan untuk tutup, pengedar-pengedar kereta terpakai tersekat daripada menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan yang hendak ditukar milik.

Semenjak Puspakom ditutup pada Jun yang lalu, perniagaan kereta terpakai tidak berjalan langsung. Satu-satunya transaksi yang direkodkan adalah pertukaran milik buat kereta yang telah diperiksa pada bulan Mei.

Juga bacaPKP 3.0: Isnin yang membingungkan bagi syarikat kereta dan pengedar di Malaysia

‘Lockdown’ lama sangat, pengedar kereta terpakai perlu dana untuk ‘restart’ bisnes 03

Nasib baiknya, bekas Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong faham akan kekangan yang melibatkan pelbagai pihak ini. Disebabkan inilah pusat Puspakom dibuka semula pada 19 Julai 2021 yang lepas. Sejak itu, perniagaan kereta terpakai mula membuahkan hasil. Namun begitu, jumlah jualan yang direkodkan pada bulan Julai merudum sehingga 70 peratus berbanding Julai tahun lepas. Betapa ketaranya perbezaan di situ.

Juga bacaSemua Puspakom buka semula di Selangor pada 19 Julai 2021, semua servis disediakan

Walaupun rakyat Malaysia sekarang sudah biasa membeli secara dalam talian, kebanyakan pembeli masih gemar berurusan secara depan-depan, lebih-lebih lagi untuk pembelian kereta.

‘Lockdown’ lama sangat, pengedar kereta terpakai perlu dana untuk ‘restart’ bisnes 04

Menurut Dato Tony, hanya 30 peratus sahaja yang sanggup membeli kereta secara dalam talian.

Isnin yang lepas, pengedar-pengedar kereta terpakai dapat menarik nafas lega apabila perniagaan mereka dibenarkan beroperasi seperti sedia kala. Malangnya, ada satu masalah.

Juga bacaMAA: Pengedar kenderaan yang besar akan ditutup pada Oktober kalau ‘lockdown’ bersambung

‘Lockdown’ lama sangat, pengedar kereta terpakai perlu dana untuk ‘restart’ bisnes 05

Disebabkan sudah dua bulan tidak bergaji, pengedar kereta tidak memiliki dana yang cukup untuk menghidupkan semula operasi masing-masing.

Dato Tony menerangkan bahawa ketika industri belum dibenarkan buka, pengedar-pengedar tetap perlu menjaga segala stok dan bilik pameran. Kalau diikutkan, keseluruhan pengedar kereta terpakai di seluruh negara setiap bulan memerlukan belanja sekitar RM 150 juta. Banyak tak banyak?

Juga bacaPengedar kereta rugi sekitar RM 14 billion untuk bulan Jun dan Julai 2021 - MAA

‘Lockdown’ lama sangat, pengedar kereta terpakai perlu dana untuk ‘restart’ bisnes 06

Dengan tiadanya orang yang bertugas untuk menjaga kereta-kereta tersebut, pasti banyak kes yang mana baterinya telah ‘kong’, komponennya telah haus akibat tidak aktif, dimakan tikus, dan bermacam-macam lagi.

Membaiki kereta ini pula sudah pastinya memakan kos. Itu belum lagi mengambil kira susut nilai 0.5 ke 1 peratus setiap bulan yang perlu pengedar tanggung.

‘Lockdown’ lama sangat, pengedar kereta terpakai perlu dana untuk ‘restart’ bisnes 07

Kata Dato Tony,”Kita perlu lakukan perbincangan dengan Kementerian Kewangan secepat yang mungkin kerana pengedar memerlukan dana bantuan untuk menghidupkan semula perniagaan mereka. Industri kami juga memerlukan pertolongan kementerian untuk memulakan program pinjaman dengan kadar faedah rendah seperti 4 peratus. Pada masa yang sama, moratorium juga nampaknya perlu dilanjutkan sekurang-kurangnya untuk 6 bulan.”

Dato Tony sempat menjelaskan bahawa setiap pengedar memerlukan bantuan pinjaman sekitar RM 500,000 untuk membaiki semula segala kerosakan yang berlaku dalam tempoh lockdown.

Juga bacaPengedar kereta perlu RM 120 juta sebulan untuk gaji pekerja, kini terjejas teruk!

‘Lockdown’ lama sangat, pengedar kereta terpakai perlu dana untuk ‘restart’ bisnes 08

Untuk maklumat anda, pasaran automotif kita menjual sekitar 1 juta kereta setiap tahun. Malah dalam pertumbuhan Gross Development Product (GDP) negara, industri ini menyumbang hampir RM 57 bilion. Betapa pentingnya sektor ini. Tidak cukup dengan itu, industri ini telah mengumpul pinjaman bank sekitar RM 43 juta setiap tahun. Kategori pinjaman yang tidak dibayar (Non-Performing Loans) pun hanya setakat 1 peratus sahaja.

Akhir sekali, Dato Tony mengulas bahawa mereka sebenarnya dapat menampung kekangan yang berlaku pada tahun 2020 oleh kerana hasil usaha yang bermakan tahun selama ini. Tetapi secara tidak langsung, para pengedar perlu mulakan tahun 2021 dengan dana yang sedikit kerana banyak yang telah dihabiskan.

Juga bacaSinar harapan buat pengusaha ‘car wash’, aksesori dan pengedar kereta

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda