window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Paddle shifter’ dalam kereta auto - menyenangkan atau menyemakkan?

Mersita · Feb 14, 2021 02:00 PM

‘Paddle shifter’ dalam kereta auto - menyenangkan atau menyemakkan? 01

Satu perincian yang semakin kerap didatangkan dengan kereta bertransmisi automatik masa kini ialah ‘paddle shifters’ – pedal/butang kecil yang ditolak dengan jari di belakang stereng untuk memudahkan pemandu menukar gear di dalam kereta auto. Kebanyakan kereta moden didatangkan dengan perincian ini – dari kereta biasa seperti Honda City sehinggalah ‘supercar’ hebat-hebat seperti McLaren 720S.

Bagaimana perincian ini boleh jadi begitu popular sejak kebelakangan ini? Adakah ia satu gimik semata-mata ataupun ia betul-betul berguna dan membantu dalam pemanduan?

Asal-usul ‘paddle shift’

‘Paddle shifter’ dalam kereta auto - menyenangkan atau menyemakkan? 02

Kereta pertama yang menggunakan mekanisma ‘gearshift’ yang dipasang pada stereng. Gambar: wikimedia.org

Bentuk yang paling primitif bagi ‘paddle shift’ pertama kali dilihat pada tahun 1901, dicipta oleh Amedé Bollée sebagai ‘Bollée Type F Torpedo’ dan keseluruhannya ialah sistem mekanikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

‘Paddle shifter’ dalam kereta auto - menyenangkan atau menyemakkan? 01

Pencabar Ferrari 640 F1. Gambar: ultimatecarpage.com

Tapi, teknologi ini menjadi lebih terserlah pada tahun 1989 oleh Ferrari di dalam kereta lumba 640 Formula One mereka. Dua pedal kecil di belakang stereng kereta tersebut membolehkan pemandu untuk menukar gear tanpa perlu mengalihkan tangan mereka dari stereng.

Tambahan pula, sistem ‘electro-hydraulic’ yang digunakan membolehkan gear dialih tanpa klac. Inilah permulaan anjakan paradigma dalam Formula One, dimana ‘flappy paddles’ menjadi satu perkara yang sangat biasa masa kini.

‘Paddle shifter’ dalam kereta auto - menyenangkan atau menyemakkan? 02

Gambar: ultimatecarpage.com

Ferrari kemudiannya memperkenalkan ‘paddle shifters’ pada kereta mereka yang lain, bermula dengan Ferrari F355 sebagai opsyen bagi pelanggannya. Inilah titik permulaan bagi kejatuhan ‘open-gated manual shifters’. Opsyen ‘paddle shift’ menjadi tersangatlah popular sehinggakan Ferrari tiada lagi menawarkan pilihan kotak gear manual masa kini.

‘Paddle shifter’ dalam kereta auto - menyenangkan atau menyemakkan? 03

Ferrari pertama yang diberi ‘paddle shifter’, model F355

Salah satu kereta ‘mainstream’ yang memperkenalan kawalan gear pada stereng ialah Alfa Romeo 156 Selespeed. Namun, selain daripada pedal, Alfa Romeo pada mulanya memasang punat/butang pada stereng kereta itu. Kemudiannya baru mereka menukarnya kepada ‘shift paddles’ di belakang stereng.

Perincian yang dahulunya ‘rare’ dan unik pada permulaan milenium ini kini menjadi satu perincian kekal di dalam kebanyakan kabin kereta.

‘Paddle shifter’ dalam kereta auto - menyenangkan atau menyemakkan? 04

Alfa Romeo 156 dengan transmisi Selespeed

Ada orang guna tak benda ni?

‘Paddle shifter’ dalam kereta auto - menyenangkan atau menyemakkan? 05

Memanglah menarik apabila kereta-kereta masa kini dah didatangkan dengan ‘paddle shifters’. Namun, jujurnya, benarkah pemandu betul-betul perlukannya? Lagi satu, biasakah mereka menggunakannya?

Dari pemerhatian kami, perincian ini amat jarang sekali digunakan. Kenapa? Sebagai permulaan, menukar-nukar gear bukanlah sesuatu yang digemari pemandu.

‘Paddle shifter’ dalam kereta auto - menyenangkan atau menyemakkan? 06

Satu lagi sebabnya ialah pembuat kereta sudah amat maju dalam menentukur transmisi automatik. Ia dah jadi teramatlah lancar dan memudahkan sehinggakan pemandu jarang sekali perlu menukar gear ketika memandu kereta automatik.

Lagipun, lebih kurang 99% peratus masa memandu/memacu hanyalah pada D4, misalnya. Tambahan pula, transmisi atau kotak gear itu sendiri lebih tangkas dalam pengalihan gear berbanding kebolehan pemandu untuk mengalihnya sendiri.

‘Paddle shifter’ dalam kereta auto - menyenangkan atau menyemakkan? 07

Tak nampak pun di mana pedalnya? Ini perkara biasa

Ada juga kemungkinan tentang kenapa ‘paddle shifters’ jarang digunakan adalah kerana ramai yang tak perasan kewujudannya di belakang stereng. Ia selalunya datang dalam bentuk butang/pedal yang sangat kecil, terutama sekali di dalam kereta-kereta seperti keluaran Volkswagen dan Audi.

Pedal ini sepatutnya berbentuk lebih panjang dan mudah untuk dicapai, dan juga dipasang terus pada stereng.

‘Paddle shifter’ dalam kereta auto - menyenangkan atau menyemakkan? 08

Panjang, senang untuk dicapai, dipasang pada stereng. Bijak

Kalau nak diikutkan, ramai saja pemandu yang mahukan kawalan sepenuhnya ke atas pemilihan gear semasa memandu. Namun, seperti yang pernah dibincangkan dulu, ‘kawalan’ ini selalunya hanyalah satu ilusi kerana selalunya akan ada ‘override’ untuk melindungi ‘drivetrain’, bukannya seperti kenderaan manual. Tambahan pula, hakikatnya segelintir pemandu yang memang betul-betul gunakan ‘paddle shifters’ dengan agak kerap tergolong dalam golongan yang kecil.

Kesimpulan

‘Paddle shifter’ dalam kereta auto - menyenangkan atau menyemakkan? 09

Samada anda betul-betul gunakan ‘paddle shifters’ atau tidak, ia sudah menjadi satu perincian yang masih akan ditawarkan dalam kereta-kereta baru yang akan datang. Walaupun ia satu perincian yang sangat jarang digunakan, kewujudannya di dalam kereta anda merupakan satu kemudahan apabila diperlukan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda