window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Rider’ jatuh moto akibat lubang besar jalan raya di Likas, kontraktor diarah baiki jalan

Mersita · Nov 29, 2021 06:00 PM

‘Rider’ jatuh moto akibat lubang besar jalan raya di Likas, kontraktor diarah baiki jalan 01

Satu ‘sinkhole’ terbentuk di Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu akibat mendapan tanah sehingga menyebabkan seorang penghantar makanan (rider) hampir terjunam kedalamnya sebelum jatuh dari motosikal ke bahu jalan dalam satu kejadian pada kira-kira jam 12 tengah hari Ahad (28 Nov).

‘Rider’ jatuh moto akibat lubang besar jalan raya di Likas, kontraktor diarah baiki jalan 02

Ketua Pemuda SAPP Parlimen Kota Kinabalu, Dexter Chin, berkata, kejadian berlaku disebabkan oleh paip pembetungan aset Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) Sabah berdiameter 975 mm jenis konkrit yang runtuh di bawah jalan raya dan menyebabkan ‘sinkhole’ bersaiz 18'x18' dan berkedalaman 6 inci.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

‘Rider’ jatuh moto akibat lubang besar jalan raya di Likas, kontraktor diarah baiki jalan 01

Papan tanda keselamatan serta lampu amaran (blinkers) telah dipasang serta-merta oleh pihak Glob konsesi Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor JPP Sabah di sekitar lubang jalan berkenaan bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya.

“JPP telah mengarahkan kontraktor yang melaksanakan Projek Penggantian Paip Pembetungan Jalan KK - Likas untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan.

‘Rider’ jatuh moto akibat lubang besar jalan raya di Likas, kontraktor diarah baiki jalan 02

Mereka akan menggunakan kaedah penampalan (patching method) dan penimbusan semula supaya jalan raya boleh dibuka semula dalam masa seminggu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Merujuk kepada laporan terdahulu, kejadian ‘sinkhole’ adalah sukar untuk dijangka dan telah mengakibatkan banyak kemalangan membabitkan pengguna jalan raya.

‘Rider’ jatuh moto akibat lubang besar jalan raya di Likas, kontraktor diarah baiki jalan 03

Kejadian 'sinkhole' di Kuala Lumpur pada November 2019, Perodua Myvi jadi mangsa terjunam terus ke dalamnya

Penyelenggaraan haruslah kerap dilakukan oleh pihak berwajib dan spesifikasi pembinaan jalan raya haruslah menepati standard sepatutnya bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Baca juga: Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda