window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Running-in’ kereta baru anda, adakah masih relevan?

Mersita · Jun 26, 2020 02:25 PM

‘Running-in’ kereta baru anda, adakah masih relevan? 01

‘Running-in’ atau ‘breaking-in’ kereta baru ialah amalan biasa yang kerap disarankan oleh pembuat-pembuat kereta setelah sekian lama.

Running-in’ boleh dikatakan seperti meregangkan otot enjin kereta baru, rasionalnya ialah untuk memanjangkan jangka hayat komponen enjin.

‘Running-in’ kereta baru anda, adakah masih relevan? 02

Nak buat regangan ini mudah saja – pandu kereta baru anda hingga mencecah jarak-tempuh bagi servis pertama (antara lebih kurang 1,000 ke 2,000 km). Tapi ingat, jangan pandu lebih 3,000 – 4,000 rpm untuk membenarkan semua komponen mekanikalnya menyesuaikan diri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaubagaimanapun, teknologi otomotif telah maju dengan pesat, dimana pembuat kereta menggunakan material yang lebih berkualiti untuk komponen mekanikal kereta. Semua ini dilakukan untuk kecekapan yang lebih tinggi.

‘Running-in’ kereta baru anda, adakah masih relevan? 01

Adakah ini bermaksud anda kini boleh memandu kereta baru anda sesuka hati seperti biasa? Tak semestinya.

Biasanya, bila ada barang baru memang kita akan jadi lebih berjaga-jaga apabila menggunakannya. Ini bermaksud anda juga harus lebih berjaga-jaga dengan kereta baru, tak kiralah betapa majunya teknologi sekarang.

Oleh itu, bagaimana kita nak ‘run-in’ kereta baru dengan betul?

‘Running-in’ kereta baru anda, adakah masih relevan? 02

Elakkan pecutan keras, kekalkan rev pada tahap rendah

Sepanjang tempoh ‘run-in’, komponen enjin seperti injap, gelung piston, dan bearing memerlukan masa untuk ‘menyesuaikan diri’ dengan elok.

Menekan enjin anda pada rev tinggi dengan pendikit (throttle) terbuka luas akan menyebabkan kerosakan dan hakisan dalam jangkamasa panjang. Anda perlu mengekalkan rev dibawah 3,000 – 4,000 rpm.

‘Running-in’ kereta baru anda, adakah masih relevan? 03

Brek, transmisi dan tayar juga perlukan regangan / ‘running-in’

Bukan saja enjin, tetapi brek, transmisi dan tayar pun memerlukan ‘running-in’. Bahan geseran pada pad brek menekan pemutar brek; membersihkan lapisan bahan geseran paling rapuh dan mengeluarkan lapisan pelindung pada pemutar brek supaya ia boleh membrek dengan lebih baik.

‘Running-in’ kereta baru anda, adakah masih relevan? 04

Transmisi selalunya terasa lebih ketat dan sedikit lembik pada kereta baru. Biarkan cecairnya ambil masa untuk bekerja, dengan tidak memberi tekanan berlebihan pada sistem transmisi serta mengelakkan daripada pemanduan yang agresif.

Setelah beberapa ketika, anda akan perasan yang pemanduan jadi semakin lancar.

‘Running-in’ kereta baru anda, adakah masih relevan? 05

Sama juga dengan tayar baru yang memerlukan tempoh ‘run-in’ yang mencukupi untuk memastikan yang ia memberi kualiti pemanduan dan prestasi yang sepatutnya. Pengilang tayar menambah pelincir pada tayar baru untuk mengelakkannya daripada melekat pada acuannya.

Sedikit pelincir ini masih tertinggal pada permukaan tayar baru anda, mengurangkan sedikit cengkaman sehingga ia tertanggal sepenuhnya.

‘Running-in’ kereta baru anda, adakah masih relevan? 06

Elakkan pemanduan jarak dekat, pandu jauh sedikit

Perjalanan pendek seperti menghantar anak ke sekolah atau pergi ke pasaraya berhampiran tidak begitu sesuai untuk tujuan ini kerana enjin tak cukup masa untuk mencapai suhu panas yang optimum. Enjin yang sejuk terpaksa bekerja lebih keras sedikit, menyebabkan stres yang tinggi pada kitaran minyak enjin yang boleh menyebabkan kondensasi.

Perkara yang sama apabila pulang dari perjalanan jauh, dimana anda harus merehatkan kereta untuk menurunkan suhu dan bukannya berhenti secara mengejut.

‘Running-in’ kereta baru anda, adakah masih relevan? 07

Kesimpulannya

Ada beberapa sebab yang penting kenapa anda perlu meregangkan atau ‘run-in’ kereta baru anda. Kereta anda akan berjalan dengan lebih lancar dan cekap dalam jangkamasa panjang kerana enjin baru belum mencapai puncak kecekapannya sebelum mencapai jarak-tempuh yang disarankan.

‘Running-in’ kereta baru anda, adakah masih relevan? 08

Untuk komponen mekanikal kereta itu pula, ‘running-in’ akan membantu meningkatkan prestasi enjin, transmisi dan brek kerana kurang geseran serta komponen-komponen yang berfungsi bersama dengan harmoni. Apabila semua bahagian berfungsi dengan baik dan kitaran minyak/pelincir menjadi lancar, amalan akan memastikan prestasi dan kesihatan yang optimum buat tahun-tahun yang mendatang.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda