window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Total lockdown’ kucar-kacir, bukan MITI saja yang luluskan surat kebenaran beroperasi di CIMS 3.0

Mersita · Jun 4, 2021 03:00 PM

‘Total lockdown’ kucar-kacir, bukan MITI saja yang luluskan surat kebenaran beroperasi di CIMS 3.0 01

Semalam, persoalan tentang mengapa surat kebenaran beroperasi yang dipohon melalui COVID-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) mengambil masa yang lama untuk diluluskan telahpun terjawab.

Menurut satu kenyataan dibuat oleh Menteri Kanan Datuk Seri Azmin Ali semalam (3 Jun), “Surat kelulusan untuk beroperasi bukan sahaja dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang menggunakan CIMS 3.0, tetapi ada juga yang dikeluarkan oleh Kementerian lain.”

‘Total lockdown’ kucar-kacir, bukan MITI saja yang luluskan surat kebenaran beroperasi di CIMS 3.0 02

'War room' MITI untuk memantau kelulusan CIMS 3.0

Maksudnya? Kelulusan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 penuh kali ini juga adalah tanggungjawab kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor di bawah ‘essential services’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi permohonan menerusi CIMS 3.0, kementerian-kementerian berkaitan memberi pengesahan kepada MITI untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi menerusi sistem itu. Ketika CIMS 3.0 diumumkan sebagai portal sehenti bagi ‘melancarkan’ proses di atas, kita diberitahu yang ia adalah kelolaan MITI.

Azmin berkata sehingga kini (3 Jun), sebanyak 15 Kementerian telah menggunakan sistem CIMS 3.0 bagi memudahkan proses penilaian permohonan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor masing-masing.

‘Total lockdown’ kucar-kacir, bukan MITI saja yang luluskan surat kebenaran beroperasi di CIMS 3.0 01

Contoh surat kelulusan dari MAFI.

Beberapa kementerian seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengeluarkan kelulusan bekerja yang diselaras sendiri oleh MAFI. Kementerian Pengangkutan juga menggunakan sistem dalaman iaitu Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) untuk memberi kelulusan di kalangan sektor seliaan mereka.

“Maka, surat kelulusan untuk beroperasi bukan sahaja dikeluarkan oleh MITI setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang menggunakan CIMS 3.0, tetapi ada juga yang dikeluarkan oleh Kementerian lain,” tegas Azmin.

‘Total lockdown’ kucar-kacir, bukan MITI saja yang luluskan surat kebenaran beroperasi di CIMS 3.0 02

‘Total lockdown’ kucar-kacir, bukan MITI saja yang luluskan surat kebenaran beroperasi di CIMS 3.0 03

Baca juga: Kedai tayar dan pusat servis kenderaan sukar dapat kelulusan MITI. Apa kes, kenapa lambat?

Oleh itu, adakah segala kekalutan ini datang dari kementerian berkait yang sepatutnya memberi kelulusan bagi pemohon di CIMS 3.0?

Azmin memberitahu semalam 586,308 syarikat dengan 10.2 juta pekerja telah berdaftar dengan CIMS. Hanya 128,150 atau 21.8% surat kebenaran beroperasi telah dicetak melalui CIMS melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh Malaysia setakat awal pagi semalam.

Memetik daripada kenyataan penuh dikeluarkan MITI semalam, dengan pelaksanaan PKP 3.0 ‘total lockdown’ yang diumumkan pada 30 Mei, semua aktiviti ekonomi dan sosial adalah tidak dibenarkan kecuali bagi 17 senarai perkhidmatan perlu dengan kapasiti tenaga kerja dihadkan kepada 60%.

Sektor-sektor yang dibenarkan untuk beroperasi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) meliputi sektor Pembuatan; Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi; Pembinaan; dan Perdagangan Pengedaran.

Pihak PDRM sedia maklum

‘Total lockdown’ kucar-kacir, bukan MITI saja yang luluskan surat kebenaran beroperasi di CIMS 3.0 04

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara pula pada mulanya mengumumkan bahawa hanya surat kebenaran baharu dari CIMS 3.0 MITI sahaja yang akan diterima untuk pergerakan.

Namun, disebabkan kelambatan dan kekeliruan yang menyelubungi permohonan surat kebenaran ini, pada 1 Jun PDRM memberi masa tiga hari bagi peniaga-peniaga untuk mendapatkan surat kebenaran baharu ini.

Dalam perkembangan terbaru (3 Jun), PDRM mengumumkan kini mereka akan menerima semua surat kebenaran pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau kementerian masing-masing dan bukan surat MITI sahaja seperti yang dipinta pada awal minggu ini.

Sumber: Astro Awani

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda