window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

“Cuma kalau naik bukit semput sikit,” – tapi, Khairulaming amat puas hati dengan Perodua Bezza!

Mersita · May 12, 2022 11:59 AM

“Cuma kalau naik bukit semput sikit,” – tapi, Khairulaming amat puas hati dengan Perodua Bezza! 01

"Hey, what's up guys..?" Kami seringkali berkongsi pendapat kami tentang kereta terbaik untuk anda, namun kali ini ruang Twitter agak meriah dengan perkongsian selebriti Internet terkenal, Khairulaming, yang menceritakan pendapatnya tentang kereta kesayangannya, Perodua Bezza.

Khairulaming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, berkata dia sangat gembira memiliki Bezza kerana kapasiti but dan ruang kakinya yang luas serta jimat minyak. Anak kelahiran Kelantan yang juga seorang ‘content creator’ itu berkata barang-barang penggambaran juga mudah dibawa dengan Bezza dan ia sesuai untuk perjalanan jauh.

 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, dia mengatakan yang Bezza agak lemah sedikit apabila mendaki bukit. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya dia "sangat berpuas hati" dengan Bezza yang sudah dimilikinya selama dua tahun. Setakat waktu penulisan, ciapan Khairulaming ini telah menerima 13,457 tanda suka dan 4,056 ciap semula.

Ciapan ini dibuat sebagai balasan kepada satu lagi ciapan pengguna Twitter yang bertanyakan pendapat orang ramai tentang pilihan antara Perodua Ativa dan Bezza. Ramai pengguna platform itu berpendapat Bezza amat sesuai untuk orang muda yang baru sahaja memulakan kerjaya kerana kos penjagaannya cukup rendah.

Kemudian, seorang lagi pengguna Twitter bertanyakan tentang pillihan terbaik dari segi kewangan bagi orang yang baru bekerja. Pilihan dikemukakan ialah Bezza, Myvi, dan Axia.

Khairulaming membalas ciapan itu dengan pendapatnya iaitu Myvi (RM 45,700 - RM 58,800) boleh dipertimbangkan jika si pembeli masih bujang dan mempunyai pendapatan tinggi sedikit. Namun jika hendak berjimat, dia lebih menyarankan Axia (RM 23,367 - RM 41,427) atau Bezza (RM 33,456 - RM 48,356) bergantung pada keperluan dan rancangan hidup masing-masing.

“Cuma kalau naik bukit semput sikit,” – tapi, Khairulaming amat puas hati dengan Perodua Bezza! 01

Antara kelengkapan yang ada pada Perodua Bezza 2020 1.3 Advance

Setuju? Bagi kami, ini pendapat pengguna di luar sana yang kami rasakan cukup dekat di hati dan boleh mempengaruhi pembelian kereta baru anda di masa akan datang.

Bezza sememangnya cukup popular di pasaran Malaysia dan daya tarikannya bukan saja tertumpu pada pemandu e-hailing dan ketua keluarga, malah orang bujang yang baru hendak memulakan kerjaya juga meminati sedan segmen B ini. 

“Cuma kalau naik bukit semput sikit,” – tapi, Khairulaming amat puas hati dengan Perodua Bezza! 02

Nak pendapat lebih mendalam? Anda boleh baca rebiu Perodua Bezza kami di sini. Jika dibandingkan dengan Proton Saga 2022 MC2 facelift yang baru saja dilancarkan tadi, pakej dan kelengkapan model mana satu lebih berbaloi dengan harga yang ditawarkan?

Juga baca: 

Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya?

Rebiu: Berbaloikah Perodua Bezza 2020 1.3 Advance untuk RM 49,980? Lagi bagus Persona?

Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras?

Perodua Bezza facelift 1.3 Premium X 2020 baharu pilihan kami pada RM 43,980

2020 Perodua Bezza: Ini kos penyelenggaraan selama 5 tahun / 100,000 km. Murah?

Benarkah maintenance Proton Saga lebih murah berbanding Perodua Bezza? Jawapannya tak semudah itu.

Perodua Bezza 2020 baru vs. Proton Saga vs. Proton Persona – harga lebih kurang sama, nilai berbeza?

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda