window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

“Kenapa enjin saya ada bunyi ketuk macam ‘knocking’? Ini 4 punca utama!

Faisal · May 8, 2021 12:00 PM

“Kenapa enjin saya ada bunyi ketuk macam ‘knocking’? Ini 4 punca utama! 01

Kereta baru sememangnya serba kemas. Ia diibarat seperti anak yang baru dilahirkan. Seperti manusia, kereta juga mempunyai jangka hayat yang tersendiri. Antara petunjuk yang menunjukkan tanda-tanda penuaan sesuatu kereta ialah bunyi, terutamanya bunyi yang menjengkelkan.

“Kenapa enjin saya ada bunyi ketuk macam ‘knocking’? Ini 4 punca utama! 02

Kredit: cashcarsbuyer.

Dalam artikel ini, kami ingin meletakkan fokus pada bunyi di bahagian enjin. Selain bunyi cengkerik (punca dari belting dan pulley), pemilik kereta juga melaporkan bunyi seperti ketukan loceng abang yang jual aiskrim. Untuk maklumat anda, bunyi seperti sesuatu yang longgar ini dikenali sebagai “knocking”. Tetapi kenapa enjin boleh keluarkan bunyi sedemikian?

1. Octane yang terlalu rendah

“Kenapa enjin saya ada bunyi ketuk macam ‘knocking’? Ini 4 punca utama! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perbezaan petrol RON 95, RON 97 ataupun RON 100 yang kita isi menunjukkan tahap octane minyak tersebut. Untuk maklumat anda, campuran udara/minyak yang efektif memberikan pembakaran yang lancar di dalam setiap silinder enjin. Bunyi knocking pula akan terhasil apabila terdapat campuran udara/minyak yang tidak bertepatan.

“Kenapa enjin saya ada bunyi ketuk macam ‘knocking’? Ini 4 punca utama! 01

Kredit: auto-new1.blogspot.

Contohnya seperti minyak yang tidak cukup dan udara yang berlebihan. Kesannya, campuran udara/minyak yang tidak matang ini akan ternyala lebih awal. Apabila molekul diantaranya bertembung, bunyi knocking akan terhasil.

Juga bacaAdakah enjin akan terjejas sekiranya bahan api berlainan jenama digunakan?

Sekiranya enjin kereta anda adalah jenis yang berprestasi tinggi yang mana ia memerlukan octane yang tinggi, bunyi knocking akan terjadi kalau anda mengisi minyak yang mempunyai octane rendah.

“Kenapa enjin saya ada bunyi ketuk macam ‘knocking’? Ini 4 punca utama! 02

Kredit: tomorrowstechnician.

Untuk maklumat anda, pembakaran minyak octane tinggi yang lebih seragam ini boleh menghalang daripada terjadinya bunyi knocking. Oleh itu, periksa kadar octane yang sesuai dari buku manual kenderaan ataupun jurujual yang menguruskan pembelian kereta anda.

2. Oxygen sensor, fuel injector, fuel pump atau mass airflow sensor yang bermasalah

“Kenapa enjin saya ada bunyi ketuk macam ‘knocking’? Ini 4 punca utama! 03

Masalah pada komponen seperti ini boleh menganggu campuran udara/minyak di dalam enjin. Sekiranya pembakaran di dalam silinder tidak mempunyai campuran udara/minyak yang tepat, letupan yang pelbagai akan terjadi. Pergolakan letupan inilah yang menghasilkan bunyi knocking.

3. Knock sensor yang rosak

“Kenapa enjin saya ada bunyi ketuk macam ‘knocking’? Ini 4 punca utama! 04

Kredit: autoguru.

Kereta moden jarang mengalami masalah enjin knocking kerana nisbah campuran udara/minyak, fuel injector, dan timing kesemuanya dikawal oleh komputer. Malah knock sensor juga dilengkapkan sekali untuk mengesan knocking di dalam enjin yang mana ia akan menghantar isyarat kepada ECU enjin untuk mengubah suai apa yang patut.

Tetapi sekiranya knock sensor ini rosak, bunyi knocking pasti akan terjadi.

4. Timing yang lari

“Kenapa enjin saya ada bunyi ketuk macam ‘knocking’? Ini 4 punca utama! 05

Kredit: captoyota.com

Timing merupakan nadi kepada keseluhan fungsi enjin. Kereta moden mempunyai timing enjin yang dikawal oleh komputer. Timing ini turut mengawal fungsi spark plug yang mana ia menghasilkan spark untuk menyalakan pembakaran hasil campuran udara/minyak di dalam silinder. Tetapi sekiranya timing enjin anda sudah lari atau terpesong, spark plug tidak akan berfungsi secara tepat. Kesannya, bunyi knocking boleh berlaku.

Juga bacaBetul ke spark plug Iridium tambah power? Ke Copper sudah cukup?

“Kenapa enjin saya ada bunyi ketuk macam ‘knocking’? Ini 4 punca utama! 06

Jadi, inilah antara punca utama yang menyebabkan bunyi ketukan dari bahagian enjin kereta anda. Bunyi sebegini tidak boleh diendahkan kerana ia menandakan bahawa enjin anda tidak berfungsi secara efisien. Jika berlaku, segera ke bengkel ataupun pusat servis rasmi untuk merawat kereta kesayangan anda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda