window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line?

Zamil Syaheer · Oct 9, 2020 03:41 PM

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 01

Sebut saja model teras BMW, kemungkinan besar anda akan sebut BMW 3 Series. Bagi banyak orang, BMW 3 Series mewakili entri ke pemilikan BMW atau ayat yang biasa kita sebut "kereta Continental".

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 02

Sebagai sebuah model teras, ianya sangat penting untuk mendapatkan resipi 3 Series ini dengan betul. Jadi mari kita lihat apa yang best dan tak best pasal BMW 320i Sport G20 ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebaikan

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 01

1. Reka bentuk yang bergaya dan sporty

Jika anda lihat eksterior BMW 3 Series G20 ini, anda boleh nampak elemen rekaan E46, F30 dan E92 yang bergabung menjadi satu pakej yang bergaya. Sebagai contoh, lampu depan mempunyai lekukan ala BMW 3 Series E46.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 02

2. Tak nampak macam model aras mula/spesifikasi rendah

Selalunya model aras mula datang dengan kit badan yang kurang sporty dan cantik, serta rim yang kecil dengan tayar yang tebal. BMW 320i Sport G20 ini bukan sebegitu, kerana kit badannya nampak sporty dan elegan. Malah, saiz roda 320i sama dengan 330i yang berukuran 18 inci. Bezanya hanya reka bentuknya sahaja.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 03

3. Dinamik pemanduan yang mantap

Model BMW 3 Series F30 terdahulu dikatakan mempunyai dinamik pemanduan yang kurang memberangsangkan bagi sebuah BMW kerana ianya ditala lebih untuk tahap keselesaan. Dengan model G20 baru ini, BMW telah meletakkan fokus lebih kepada dinamik pemanduan yang ‘hilang’ pada F30.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 04

4. Celah panel dan kualiti cat konsisten

Dalam ujian jurang celah panel dan tahap kualiti cat yang kami lakukan, BMW 3 Series G20 ini menunjukkan bacaan yang konsisten dalam kedua aspek. Walaupun 3 Series ini ialah pemasangan tempatan (CKD), kualitinya setanding dengan pemasangan Jerman.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 05

5. Interior yang lebih edgy dan moden

BMW mengambil langkah yang selamat dengan interior BMW 3 Series G20 ini. Ia lebih kepada evolusi daripada revolusi, dan ini bukanlah satu perkara yang tidak baik. Susunan papan pemuka dan konsol tengah lebih ringkas dan sofistikated berbanding F30 yang nampak lebih ‘sibuk’.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 06

6. iDrive Operating System 6 lancar walaupun bukan model baharu

Sistem iDrive Operating System 6 pada model 3 Series ini intuitif dan mudah untuk digunakan. Ianya juga lancar, tidak tersekat-sekat dan menu nya teratur.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 07

7. Ruang kaki di belakang luas dan selesa

Semasa ujian bola tenis di tempat duduk belakang oleh hos WapCar Adrian, ketiga-tiga bola tenis muat di antara tempat duduk pemandu dan bahagian lutut (siap ada ruang lebih lagi!). Ini bermakna tempat duduk belakang selesa untuk perjalanan dekat mahupun jauh.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 08

8. Kabin yang senyap

Tahap kesenyapan adalah jauh lebih baik daripada F30. Bunyi jalan atau tayar jauh lebih rendah daripada sebelumnya, dan bunyi angin dapat ditindas dengan baik kerana G20 menggunakan kaca akustik. Pada 110 km/j, meter tahap bunyi mencatat purata 67 dB.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 09

9. Enjin dan transmisi yang sama dengan Toyota GR Supra SZ-R

Tahukah anda BMW 320i Sport G20 menggunakan enjin 2.0 liter 4 silinder B48 bercas turbo yang sama dengan Toyota GR Supra varian SZ-R (RZ menggunakan 6 silinder)? Malah keduanya menggunakan transmisi ZF 8 kelajuan. Semasa ujian uji pandu kami dengan BMW ini, memang enjinnya lebih daripada cukup dan tidak underpowered.

Transmisi ZF 8 kelajuan ini juga menukar gear dengan cepat dan lancar. Talaan penukaran gearnya juga bertepatan mengikut revolusi enjin.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 10

10. Sistem ADAS kini standard

Masa kereta ini baru sahaja dilancarkan, banyak pihak telah mengutuk BMW kerana tidak menawarkan sistem bantuan pemandu ADAS bagi model 3 Series ini. Maklumlah dah tahun 2020, kenapa sistem keselamatan sebegitu penting ini tidak ditawarkan untuk sebuah sedan premium dari BMW?

Kali ini anda tidak perlu risau lagi kerana BMW 3 Series datang dengan pakej Driving Assistant yang merangkumi Lane Change Warning (LCW), Lane Departure Warning (LDW), front collision warning with brake intervention, rear-cross traffic alert dan rear collision prevention.

Keburukan

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 11

1. Ergonomik dan kemasan kurang premium berbanding C200

Walaupun interior tampak lebih edgy dan moden, ia tidak terasa mewah berbanding Mercedes-Benz C200 yang tua di dalam segmen ini. Handel pintu dan poket di sisi terasa kosong, butang di corong penghawa dingin bahagian sisi terasa sangat plastik, dan plastik pintu bawahnya tidak selembut F30.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 12

2. Sistem gantungannya agak keras dan sibuk

Semestinya ia lebih kukuh daripada pada 3 Series F30 tetapi jangan salah faham, ia tidaklah keras melampau. Dari segi keselesaan, ia sebenarnya lebih kurang Mercedes-Benz C200 saja.

Diatas permukaan jalan yang kurang ideal, anda dapat merasakan ketidakseragaman di antara tayar (ia menggunakan jenis run-flat) dan penyerap hentak, namun ia tidak membuai mahupun melompat.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 13

3. Ruang kaki pemandu agak sempit

Ruang tapak kaki pemandu agak sempit dan pedal berada di posisi sedikit ke kanan. Posisi pedal ke kanan adalah perkara biasa bagi BMW pemanduan kanan, tetapi ianya lebih jelas pada model G20 ini. Akibatnya, hampir tidak ada ruang goyangan untuk kaki kanan saya ketika diletakkan di pedal pemecut.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 14

4. Penutup di konsol tengah memantulkan cahaya matahari ketika memandu

Penutup di konsol tengah ini boleh memuatkan beberapa barangan kecil, tetapi ia memantulkan cahaya matahari kepada pemandu ketika memandu. Ini sedikit menganggu pengalaman pemanduan kami dengan BMW 320i Sport G20 ini.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 15

5. Posisi butang “P” di tombol gear

Posisi butang “P” di tombol gear berada di bahagian belakang tengah. Secara amnya, jari anda tidak akan berada di posisi tersebut ketika anda menggunakannya.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 16

6. Kualiti bunyi audio

Jika nak dibandingkan dengan sistem audio JBL didalam Toyota Camry ataupun Audio 20 pada Mercedes-Benz C200, memang kualiti audio BMW 320i Sport G20 ini terasa sedang-sedang sahaja.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 17

7. Tempat duduk sedikit keras

Penggunaan span yang lebih padat pada tempat duduk ini sedikit sebanyak membuatkannya kurang selesa. Tahap anti-slip pada kain kulit juga tidaklah terlalu baik kerana kadangkala badan anda akan bergerak sedikit ketika mengambil selekoh dengan laju.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 18

8. Ruang kepala di belakang sedikit sempit

Jika anda duduk bersandar sepenuhnya di tempat duduk belakang, anda akan dapati ruang kepala sedikit sempit. Anda kena sandar ke bawah sedikit jika anda tinggi.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 19

9. Tiada Android Auto

Sistem infotainmennya hanya menyokong Apple CarPlay. Maaf pengguna Android Auto. Terdapat kereta yang jauh lebih murah daripada 3 Series yang menyokong kedua-dua platform. BMW berkata bahawa terdapat masalah privasi dengan Android Auto kerana BMW tidak mahu Google memberi iklan kepada pelanggannya.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 20

10. Ruang simpanan kecil tidak begitu banyak

Walaupun dalamannya lebih luas berbanding F30, tetapi kami rasa banyak ruang yang boleh dijadikan tempat simpanan di sisi konsol tengah. Ya, ini bukanlah sebuah Honda yang terkenal dengan tahap praktiliti yang baik, tetapi kami rasa bab ini boleh diperbaiki.

Konklusi - Beli jika anda mementingkan dinamik pemanduan daripada ciri-ciri lain

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 21

BMW 320i G20 memenuhi setiap kata slogan "Sheer Driving Pleasure". Dilengkapi dengan casis dan trenkuasa yang padu, BMW 320i adalah kereta keluarga dengan pemanduan terbaik dalam julat harganya.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 22

Dari segi perjalanan dan pengendalian berbanding dengan Mercedes-Benz C200, ia sebenarnya lebih kurang sama sahaja. C200 terasa lebih gemuruh ketika mengambil selekoh dan melalui permukaan yang buruk, namun ia tidak memberi keyakinan yang tinggi seperti 320i.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 23

Tetapi C200 masih mempunyai interior yang lebih baik walaupun sudah tua. Ia memiliki skrin infotainmen yang lebih besar, kelompok instrumen digital, dan kualiti bahan yang digunakan terasa lebih premium untuk disentuh. Selain itu, enjin yang dikemas kini dengan 204 PS terasa lebih berkuasa daripada 320i.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 24

Memilih antara kedua-duanya bergantung kepada apakah jenis pemanduan yang sesuai dengan gaya anda. Sekiranya anda tidak peduli dengan dinamik pemanduan dan hanya mahu nampak gah dari dalam dan luar, maka Mercedes-Benz C200 sesuai dengan anda.

10 Kebaikan & Keburukan: BMW 320i Sport G20, best dari Mercedes-Benz C200 AMG Line? 25

BMW 320i adalah untuk mereka yang gemar memandu dan bersedia menerima interior yang kurang memuaskan, serta kompromi dalam keselesaan perjalanan. Pilihan di tangan anda.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda