window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke?

Zamil Syaheer · Oct 6, 2020 06:41 PM

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 01

Sejak dilancarkan pada tahun 2017, Kia Grand Carnival telah mencuri hati ramai yang inginkan MPV yang unik dengan reka bentuk sporty dan anggun. Apatah lagi ia ditawarkan dengan enjin turbodiesel yang sangat berkuasa, memang Carnival ini mempunyai pakej yang lengkap dari segi rupa, kuasa dan ruang.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 01

Pada tahun ini, Naza Kia Malaysia telah melancarkan Kia Grand Carnival 2.2D dengan 11 tempat duduk, menggantikan kedua varian KX dan SX 8 tempat duduk. Varian diesel ini menggabungkan ciri-ciri dan kelengkapan dari kedua varian sebelumnya, jadi apakah yang best dan tak best tentang Grand Carnival ini?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebaikan

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 01

1. Rupa yang sporty dan kacak

Walaupun MPV ini sudah berusia tiga tahun, ianya masih lagi nampak segar dan moden. Bahasa rekaan daripada Peter Schreyer (bekas pereka BMW) memang boleh kami katakan ‘stand the test of time’.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 02

2. Pengalaman pemanduan yang menarik, selesa dan tidak membosankan

Kia Grand Carnival ini mengejutkan kami kerana mempunyai kendalian dengan baik dengan stereng yang responsif.

Anda sendiri boleh lupa bahawa anda sedang memandu kereta sepanjang 5,119 mm kerana sterengnya tidak terasa kosong atau ‘longgar’ seperti kebanyakkan MPV di pasaran. Ia juga menyerap lekuk dan ketidaksempurnaan di jalan raya dengan baik.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 03

3. Banyak konfigurasi tempat duduk

Dipanggil Multiflex, Grand Carnival menawarkan konfigurasi 6, 7, 8 dan 11 tempat duduk. Ini membuatkannya antara salah satu MPV yang paling serba boleh.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 04

4. Enjin turbodieselnya memang berkuasa, transmisi lancar

Sebut soal prestasi pula, memang enjin 2.2 liter turbodiesel TCI yang menghasilkan 200 PS dan 440 Nm ini sangat berkuasa. Kalau dulu boleh bawa 8 orang senang-senang, kali ni dengan 11 orang pun takde hal punya.

Kuasa ini dipacu ke transmisi 8 kelajuan automatik yang lancar ketika pertukaran gear sedang berlaku.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 05

Semasa ujian 0-100 km/j, Grand Carnival ini mencatatkan masa 10.5 saat, angka yang sangat mantap untuk sebuah MPV keluarga dengan berat 2,200 kg. Siap tayar depan berpusing lebih!

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 06

5. Jimat minyak beb

Dengan angka yang memberangsangkan, MPV ini juga sangat menjimatkan minyak. Dalam ujian penggunaan minyak yang mengabungkan pemanduan di lebuh raya dan juga trafik, kami berjaya mencapai 7.1 liter/100 km.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 07

6. Sistem infotainmen yang lancar, laju dan senang untuk digunakan

Sistem infotainmennya dilengkapi dengan skrin sesentuh 7 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Sambungan Android Auto juga amat mudah dan lancar tanpa sebarang masalah. Biarpun hanya ada 6 pembesar suara, kualiti bunyi audio amat jelas dan padat.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 08

7. Sistem penghawa dingin khusus untuk barisan belakang

Kami juga sukakan posisi corong udara di bahagian belakang ala kapal terbang, termasuklah kawalan penghawa dingin yang khusus untuk barisan belakang. Malaysia panas beb, jadi ini sangat penting.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 09

8. Butang buka pintu sisi berkuasa memudahkan akses keluar masuk

Dengan adanya butang khas di kedua sisi pintu belakang, akses keluar masuk sangat mudah untuk dikawal tanpa perlu menarik handel.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 10

9. Keempat-empat tingkapnya boleh turun secara automatik

Dalam kebanyakkan kereta hanya tingkap bahagian pemandu dan penumpang yang boleh turun dan naik secara automatik. Tapi, Kia Grand Carnival keempat-empat tingkapnya boleh turun dan naik.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 11

10. Kualiti binaannya baik dan konsisten

Kereta buatan Korea bukan lagi terasa murah dan tidak berkualiti. Kualiti binaan MPV ini setanding banyak jenama yang lagi premium.

Keburukan

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 12

1. Tiada lagi lampu depan dan kabus LED

Kia Grand Carnival mendapat lampu depan projektor halogen dengan lampu LED DRL dengan lampu kabus projektor di bawah.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 13

2. But manual, agak berat

Fungsi but berkuasa Smart Tailgate yang kami rasakan agak penting sudah tidak ada lagi, dan ini sedikit mengecewakan kerana but belakang Grand Carnival ini agak besar dan berat.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 14

3. Kemasan fabrik, bukan dwi-tona kulit

Bagi kami, penggunaan kain fabrik bewarna terang bagi sebuah MPV memang membuatkan ia nampak luas, tetapi juga ia cepat kotor, lebih-lebih lagi kalau ramai budak-budak.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 15

4. Pelarasan tempat duduk depan kini tidak lagi berkuasa

Varian SX 8 tempat duduk ada fungsi pelarasan berkuasa, jadi ini sedikit mengurangkan rasa premium pada MPV anak gajah ini.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 16

5. Barisan belakang tidak selesa

Secara jujurnya, barisan keempat paling tidak selesa sekali kerana tempat sandarnya sangat tegak, lebih tegak daripada Perodua Bezza.

Tambahan pula, anda perlu berhati-hati ketika sedang menutup but kerana kepala anda sedikit terdedah kepada cermin belakang. Bagi kami, ia lebih sesuai kepada kanak-kanak yang kecil.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 17

6. Kalau ada 11 orang, mana nak letak barang?

Takde satu benda pun yang anda boleh letak dengan jumlah but 33 liter. Ini bermakna anda perlu menambah kotak simpanan di atas bumbung.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 18

7. Tiada sistem bantuan pemandu ADAS

Malah, fungsi blind spot collision warning dan rear cross-traffic collision (RCTA) yang ada pada varian SX tidak lagi ditawarkan.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 19

8. Bila semua tempat duduk dinaikkan, ia jadi sempit

Beralih ke barisan belakang pula, penambahan barisan keempat sebenarnya menghadkan ruangan kaki. Posisi duduk juga rasa seperti anda sedang mencangkung kerana lutut anda berada sedikit tinggi berbanding biasa.

Versi 8 tempat duduk sebelum ini mempunyai tempat duduk yang lebih besar, selesa dan susun atur tempat duduk yang optimum (2-3-3). Jadi apa fungsi 11 tempat duduk ini sebenarnya?

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 20

9. Tiada kamera 360°

Grand Carnival ini juga agak lebar (1,985 mm) dan panjang (5,115 mm), bagi mana yang tidak biasa membawa MPV ia sedikit mencabar ketika melalui jalan yang sempit atau parkir. Tahukah anda MPV ini lebih lebar dan panjang dari Toyota Alphard?

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 21

10. Bunyi enjin diesel agak utilitarian

Bagi kami ini bukanlah satu masalah, tetapi mana yang dah terbiasa dengan bunyi enjin petrol, mungkin anda akan rasa sedikit janggal kerana ia sama bunyi seperti lori ataupun trak pikap.

Konklusi – Masih lagi berbaloi untuk dibeli

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 22

Walaupun Kia Grand Carnival sudah menunjukkan usianya, kami masih lagi terpikat dengan MPV yang besar ini.

Seperti yang kami katakan pada awal artikel ini, ianya datang dengan pakej trenkuasa yang mantap, reka bentuk yang sporty, ruang yang luas dan flexibel, serta pengalaman pemanduan yang menarik.

10 Kebaikan & Keburukan: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk, selesa ke? 23

Memang tidak dinafikan ianya mempunyai banyak kekurangan terutamanya dari segi keselamatan. Untuk sebuah MPV yang besar, sepatutnya Kia menambah lagi ciri keselamatan, bukannya mengurangkannya.

Tetapi dengan harga RM 179,888 (lebih rendah daripada varian teratas 8 tempat duduk sebelumnya dengan harga RM 189,888), anda boleh mengangkut seluruh pasukan bola sepak tanpa sebarang masalah. Apa pendapat korang? Tinggalkan komen anda di bawah.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda