window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

10 kereta CKD paling berbaloi untuk dibeli semasa pelepasan cukai jualan

Mersita · Jun 15, 2020 11:40 AM

10 kereta CKD paling berbaloi untuk dibeli semasa pelepasan cukai jualan 01

Bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020, kerajaan akan mengecualikan keseluruhan cukai jualan bagi kereta yang dipasang secara lokal (CKD), pada asalnya 10 peratus. Kereta impot pula dikenakan hanya 5 peratus, separuh dari cukai asal.

Beberapa syarikat otomotif seperti Perodua telah mengumumkan yang mereka akan menyerap cukai jualan bermula hari ini, 15 Jun 2020. Banyak bank-bank juga telah menurunkan kadar bunga mereka.

Samada anda harus beli kereta sekarang atau tidak, itu terpulang kepada anda. Ukur baju di badan sendiri – jika anda yakin dan mampu, inilah peluang anda yang jarang-jarang datang. Jom lihat senarai cadangan kami mengikut bajet jika anda berminat untuk membeli kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

---

10 kereta CKD paling berbaloi untuk dibeli semasa pelepasan cukai jualan 01

Perodua Axia

Axia adalah pilihan yang disyorkan bagi mereka yang baru mula bekerja atau sekadar mahukan kereta yang simple untuk kesana kemari. Varian pertengahan iaitu Axia SE pilihan kami.

Kebaikan: Sangat-sangat jimat minyak dan boleh diharap. Isi minyak, jalan…

Kekurangan: Rak stereng telah ditetapkan. Axia Style walaupun ada stail tapi tak ada sambungan Bluetooth.

---

10 kereta CKD paling berbaloi untuk dibeli semasa pelepasan cukai jualan 02

Proton Saga

Ini bukanlah Proton Saga yang anda kenal dahulu. Rupanya mungkin lebih kurang sama tapi Saga yang baru ada banyak peningkatan yang ketara. Pemanduannya jauh lebih baik dari Perodua Bezza. Sistem audionya dengan 4 speaker yang nampak biasa sebenarnya berfungsi lebih baik dari banyak sistem 6 speaker yang lain.

Kebaikan: Pemanduan dan handling yang cemerlang. Sistem transmisi terbaru berfungsi lebih baik dari sebelumnya.

Kekurangan: Tiada keyless entry dan tiada penyokong kepala di tempat duduk belakang (kedua-duanya ada pada Bezza). Tak berapa cekap minyak seperti Perodua Bezza.

---

10 kereta CKD paling berbaloi untuk dibeli semasa pelepasan cukai jualan 03

Perodua Aruz

Kereta 7 tempat duduk yang elok dan mampu-milik, didatangkan pula dengan ciri-ciri keselamatan bertahap tinggi dan ditambah lagi dengan kebolehpercayaan Perodua dalam pembuatan kereta. Pilihan yang bernas untuk keluarga.

Kebaikan: Ruang kabin yang luas. Lebih banyak ciri keselamatan berbanding Honda BR-V.

Kekurangan: Tempat duduk belakang kurang selesa. Tak secekap Honda BR-V dalam penjimatan petrol.

---

10 kereta CKD paling berbaloi untuk dibeli semasa pelepasan cukai jualan 04

Honda City

Jika anda mencari sedan keluarga yang bagus berharga bawah RM 100 ribu, ini adalah pilihan paling baik. Ia lebih luas jika dibandingkan dengan pesaingnya dan ia juga cekap minyak.

Kalau nak ikutkan, Toyota Vios pun boleh masuk senarai ini. Tapi, pengesan titik butanya (blind spot monitor) yang berbunyi setiap kali masuk signal sangat menjengkelkan. Tak boleh tutup pulak tu.

Kebaikan: Ruang but dan kabin yang besar, enjin paling berkuasa dalam kelasnya, cekap petrol dan ada ciri-ciri keselamatan yang cukup tinggi.

Kekurangan: Handling tak sebaik dan sesenyap Toyota Vios. Infotainmen agak kureng.

---

10 kereta CKD paling berbaloi untuk dibeli semasa pelepasan cukai jualan 05

Toyota Yaris

Ia tidak seluas dan tidak sepraktikal Honda Jazz, tapi pemanduan dan handlingnya yang power membuatkan Toyota Yaris pilihan yang amat bagus. Bunyi dalam kabin juga senyap. Ia adalah hatchback paling selesa dalam kelasnya.

Pengesan titik buta dalam Yaris juga tak berbunyi setiap kali signal dipasang, bukan macam Vios.

Kebaikan: Hatchback paling selesa dengan handling paling bagus dalam kelasnya. Juga sangat cekap petrol.

Kekurangan: Enjin sedikit kurang kuasa, ruang dalaman tak seluas Honda Jazz.

---

10 kereta CKD paling berbaloi untuk dibeli semasa pelepasan cukai jualan 06

Proton X70

Yang nak cari SUV keluarga tu, inilah dia pilihan paling tepat. Harganya seperti Honda HR-V tapi dilengkapi dengan peralatan seperti CR-V. Ia boleh mencapai ekspektasi anda dan lebih lagi.

Kebaikan: Sangat berbaloi dengan harganya. Selesa dan pemanduan yang cukup baik.

Kekurangan: Sistem infotainmen nampak canggih atas kertas tapi tak ada Android Auto/Apple CarPlay. Penggunaan petrol agak tinggi.

---

10 kereta CKD paling berbaloi untuk dibeli semasa pelepasan cukai jualan 07

Honda Civic

Ini pilihan paling bagus untuk mereka yang tak nak SUV. Masih nampak segar walaupun model ini sudah agak berumur. Model baru sekarang sudah ditambah fungsi ADAS yang lengkap.

Kebaikan: Rupa yang bergaya dan ranggi. Masih lagi pilihan yang paling luas dan praktikal dalam kelasnya. Enjin yang berkuasa dan dipadatkan lagi dengan semua ciri-ciri keselamatan Sensing yang terbaru.

Kekurangan: Tak seselesa Toyota Corolla Altis. CVTnya juga tidak sebaik Toyota. “Turning circle” untuk varian TC-P agak besar.

---

10 kereta CKD paling berbaloi untuk dibeli semasa pelepasan cukai jualan 08

Honda Accord

Walaupun tak semurah model dari generasi sebelumnya, tapi ia masih lagi opsyen yang berbaloi dengan harganya dalam segmen ini. Ruang kabin yang luas dan lebih selesa dari banyak sedan kompak premium yang lain. Kelengkapannya juga lebih baik.

Kebaikan: Ruang kabin yang luas, ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

Kekurangan: Tempat duduk kurang selesa jika dibandingkan dengan Toyota Camry. Kualiti audio pun kurang baik.

---

10 kereta CKD paling berbaloi untuk dibeli semasa pelepasan cukai jualan 09

BMW 3 Series (G20)

Lupakan Mercedes-Benz C-Class yang dah veteran. G20 3 Series adalah produk yang lebih baru dan bukan sahaja mempunyai pemanduan lebih baik, ia juga lebih selesa. Model permulaan 320i pun dah cukup bagus. Tambahan pula, kami lebih suka nombor analog pada panel instrumennya berbanding 330i yang punyai nombor digital dalam kluster yang semak dan susah dibaca.

Kebaikan: Handlingnya jauh lebih tajam berbanding dahulu. Kabin pun lebih luas. Ia masih satu-satunya jenama kereta yang ada ConnectedDrive. Didatangkan dengan kelengkapan yang cukup baik (sudah dipadatkan dengan ADAS sejak April 2020).

Kekurangan: Tak seselesa model dari generasi sebelumnya iaitu F30. Bahagian dalamannya tak terasa begitu premium.

---

10 kereta CKD paling berbaloi untuk dibeli semasa pelepasan cukai jualan 10

Volvo XC60

Ini boleh jadi SUV premium paling bagus dalam pasaran buat masa ini. Dengan enjin yang sangat berkuasa, stailing yang elegan dan unik, bahagian dalaman yang nampak sangat mahal, selesa dan berprestasi tinggi membuatkan ia pilihan lebih bijak berbanding Mercedes-Benz.

Hibrid T8 plug-in adalah hibrid pilihan tapi jika anda ada isu dengan sistem elektrik, varian T5 yang biasa pun dah cukup bagus.

Kebaikan: Bahagian dalaman yang tampak cukup premium. Pemanduan yang selesa dan handling yang memuaskan.

Kekurangan: Kawalan penghawa dingin yang kurang tombol agak melecehkan. Kereta terasa agak berat.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda