10 kereta paling popular di Jepun tahun 2020, Toyota Alphard di tangga ke-5
Faisal · Jan 17, 2021 06:00 PM
Toyota Alphard merupakan antara MPV kegemaran ramai kerana ia cukup praktikal dan nampak gah. Tahun lepas, ia menduduki tangga ke-5 teratas dari segi jualan kereta di Jepun.
Menurut Japan Automobile Dealer Association (JADA), Toyota Alphard terjual sebanyak 90,748 unit pada tahun lepas. Bilangan ini meletakkannya dibelakang Honda Fit, Toyota Corolla, Toyota Raize, dan Toyota Yaris. Secara tidak langsung, Toyota Alphard menjadi MPV paling laris di Jepun untuk tahun 2020.
Mengenai kembarnya, Toyota Vellfire hanya terjual sebanyak 18,004 unit. Berdasarkan carta, ia berada di tangga ke-37. Untuk itu, tidak hairanlah dengan keputusan Toyota untuk menghasilkan Vellfire sehingga generasi ini sahaja.
10 kereta paling laris di Jepun untuk tahun 2020
Dari segi anak tangga, inilah 10 kereta yang paling laris di Jepun pada tahun lepas:
Toyota Yaris – 151,766 unit
Toyota Raize – 126,038 unit
Toyota Corolla – 118,276 unit
Honda Fit – 98,210 unit
Toyota Alphard – 90,748 unit
6. Toyota Roomy – 87,242 unit
7. Honda Freed – 76,283 unit
8. Toyota Sienta – 72,689 unit
9. Nissan Note – 72,205 unit
10. Toyota Voxy – 69,517 unit
Menduduki tangga ke-11 ialah Nissan Serena dimana ia terjual sebanyak 68,648 unit. Toyota Harrier pula berada di tangga ke-13 dimana ia terjual sebanyak 66,067 unit. Prestasi jualan ini agak baik memandangkan senarai menunggu untuk Harrier di Jepun kini memakan tempoh selama 9 bulan.
Walaupun Toyota Yaris (berlainan dengan model yang ditawarkan di Malaysia) menduduki tangga teratas, Ia bukanlah kereta paling laku di Jepun. Dengan angka jualan sebanyak 195,984 unit pada tahun 2020, Honda N-Box sebenarnya lebih popular daripada Toyota Yaris.
Kereta Kei mempunyai dimensi yang tetap
Untuk maklumat anda, kereta Kei di Jepun seperti Honda N-Box ini berada di kategori yang berlainan kerana ia menerima insentif khas oleh kerajaannya. Malah kereta jenis ini dikecualikan daripada membayar tiket parkir. Maka itu, tidak hairanlah jika sambutannya mengalahkan jenis kereta yang lain.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen