window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik?

Faisal · May 22, 2021 06:00 PM

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 01

Kebanyakan pembeli kereta sering mengutamakan aspek keselesaan tetapi penilaian ini sebenarnya sukar untuk diukur. Selalunya, perkara ini agak subjektif. Namun demikian, tahap keselesaan melalui kesenyapan kabin boleh dinilai berdasarkan standard ukuran desibel.

Selama ini, kami gunakan meter bunyi untuk menentukan tahap kesenyapan kabin pada kelajuan 60 km/j, 90 km/j, dan juga 110 km/j.

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apapun, kami ingin maklumkan bahawa:

  1. Meter bunyi hanya mengukur tahap tekanan bunyi, bukannya frekuensi.
  2. Kebanyakan ujian bunyi dilaksanakan di jalan raya dan keadaan trafik yang berbeza.

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 01

Untuk maklumat anda, bunyi yang berfrekuensi lebih tinggi akan kendengeran lebih bising. Frekuensi yang lebih rendah pula kurang bingit. Sekiranya lebih senyap, perjalanan anda dari titik A ke titik B juga takkan begitu meletihkan.

Bergantung pada frekuensi, tahap bunyi juga boleh dianggap subjektif. Tetapi untuk kali ini, kami ingin berhujah mengenai tahap kesenyapan yang boleh diukur.

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 02

Sesetengah kereta lebih senyap pada kelajuan rendah. Sesetengah lagi kekal senyap pada kelajuan yang tinggi. Tanpa melengahkan masa, inilah 10 kereta paling senyap yang pernah kami uji.

10. Toyota Innova

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 03

Tahap bunyi Toyota Innova
60 km/j 56 dB
90 km/j 61 dB
110 km/j 68 dB

Tahap bunyi Toyota Innova pada kelajuan bandar sebenarnya hampir sama dengan kereta EV. Dengan harganya, kabin MPV ini adalah antara yang paling senyap di luar sana. Apapun, bunyi angin agak ketara pada kelajuan tiga digit. Kami syak bahawa inilah sumber bunyi yang diambil oleh meter tersebut.

Juga bacaRebiu jujur: Toyota Innova 2.0 X 2021 – MPV terbaik untuk ketua keluarga yang paling cermat?

9. Mazda 3

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 04

Tahap bunyi Mazda 3
60 km/j 61 dB
90 km/j 64 dB
110 km/h 67 dB

Antara perkara yang mengagumkan kami mengenai Mazda 3 ialah bagaimana ia meneutralkan tahap bunyi sewaktu permukaan jalan berubah. Kebiasaannya, melalui jalan yang lancar kepada yang kasar akan meningkatkan tahap bunyi tetapi tahap bunyi dalam kabin mazda 3 kekal stabil.

Juga bacaRebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan?

8. Mazda CX-8

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 05

Tahap bunyi Mazda CX-8
60 km/j 58 dB
90 km/j 63 dB
110 km/j 67 dB

Sebagai sebuah diesel, bunyi enjin Mazda CX-8 2.2D agak jelas sewaktu memecut tetapi ia terus senyap apabila dipandu secara santai. Antara faktor yang membantu ialah cermin depan yang mempunyai dua lapisan. Ia membantu dalam mengurangkan bunyi dari luar dan bunyi angin pada kelajuan tinggi.

Juga bacaRebiu: Mazda CX-8 2.2D High - SUV 7 penumpang yang lebih baik dari VW Tiguan R-Line?

7. Volkswagen Arteon

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 06

Tahap bunyi Volkswagen Arteon
60 km/j 58 dB
90 km/j 62 dB
110 km/j 67 dB

Tahap bunyi dalam kabin Volkswagen Arteon sebenarnya agak rendah. Bunyi mekanikal seperti enjin dan suspensi ditapis dengan begitu baik sekali. Cumanya, bunyi tayar agak kedengaran pada kelajuan tinggi, terutamanya pada permukaan jalan yang kasar.

6. Volvo XC60 T8

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 07

Tahap bunyi Volvo XC60 T8
60 km/j 57 dB
90 km/j 62 dB
110 km/j 66 dB

Ujian bunyi terhadap SUV premium hibrid plug-in ini dijalankan ketika enjin dihidupkan. Apapun, Volvo XC60 T8 kekal dengan skor bunyi yang cemerlang. Untuk sebuah SUV, bunyi angin yang dapat didengar sekalipun agak minimum.

5. Porsche Taycan 4S

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 08

Tahap bunyi Porsche Taycan 4S
60 km/j 55 dB
90 km/j 60 dB
110 km/j 66 dB

Sebagai sebuah EV yang berjenama mewah, tahap bunyi yang direkodkan oleh Porsche Taycan 4S cukup luar biasa. Tahap bunyi dalam kabin pada kelajuan bandar sebenarnya sunyi habis. Tetapi disebabkan terlalu senyap, bunyi tayarnya agak jelas pada kelajuan tinggi. Namun begitu, ia tidaklah bingit.

4. Audi A5 Sportback

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 09

Tahap bunyi Audi A5 Sportback
60 km/j 58 dB
90 km/j 62 dB
110 km/j 65 dB

Seperti yang dijangka, Audi A5 Sportback dengan mutu binaan yang mantap meletakkannya di kedudukan yang teratas. Tahap bunyi dalam kabin coupe berpintu empat ini dikawal dengan begitu baik sekali.

3. Lexus RX 300

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 10

Tahap bunyi Lexus RX 300
60 km/j 58 dB
90 km/j 62 dB
110 km/j 65 dB

Lexus RX 300 merekodkan bacaan desibel yang serupa dengan Audi A5 Sportback. Tetapi kerana asasnya adalah SUV, ia perlu menampung kelemahan yang mana badan yang lebih tinggi menjana lebih banyak bunyi. Oleh itu, kami berikan penghargaan ini kepada Lexus RX 300.

Juga bacaRingkasan: Lexus RX 300 2019 - Suspensi udara tidak diperlukan

2. BMW M340i

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 11

Tahap bunyi BMW M340i
60 km/j 57 dB
90 km/j 62 dB
110 km/j 65 dB

Walaupun tahap kesenyapannya seperti Porsche Taycan, kelajuan 110 km/j pada BMW M340i merekodkan 1 desibel lebih rendah. Disebabkan itu, ia berjaya mencantas kedudukan Porsche Taycan.

Juga bacaRebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan?

1. Lexus ES 250

10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik? 12

Tahap bunyi Lexus ES 250
60 km/j 56 dB
90 km/j 60 dB
110 km/j 63 dB

Kami sering menganggap Lexus ES sebagai Lexus LS versi mini, bukannya sebuah Toyota Camry yang lebih “atas”.

Antara sebabnya ialah tahap kesenyapan kabin yang luar biasa. Pada kelajuan 110 km/j, sedan eksekutif ini lebih senyap daripada Porsche Taycan. Antara senjata yang diguna oleh Lexus ES 250 ialah penggunaan cermin dua lapisan pada keseluruhan sedan ini.

Juga bacaLexus ES 250 2021 Limited Edition dilancarkan - trim kayu bambu, bermula RM 327k

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Audi A5 Sportback advanced 2.0 TFSI Quattro

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda