window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

100 tempahan untuk Volvo C40 dalam 10 hari, VCM mencapai rekod jualan baru - 3,194 unit pada 2022

Zamil Syaheer · Jan 9, 2023 02:00 PM

100 tempahan untuk Volvo C40 dalam 10 hari, VCM mencapai rekod jualan baru - 3,194 unit pada 2022 01

Volvo Car Malaysia meneruskan pertumbuhannya di Malaysia dengan menutup tahun 2022 dengan rekod 3,194 jumlah jualan daripada kesemua penawaran model.

Pencapaian itu menandakan pertumbuhan jualan tahun ketujuh berturut-turut bagi syarikat automotif itu dengan peningkatan 43 peratus daripada tahun sebelumnya - rekod tertinggi bagi Volvo Car Malaysia.

100 tempahan untuk Volvo C40 dalam 10 hari, VCM mencapai rekod jualan baru - 3,194 unit pada 2022 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Disember 2022 menandakan bulan yang paling berjaya bagi Volvo Car Malaysia apabila ia menutup tahun ini dengan mencatatkan lebih daripada 395 unit jualan.

Syarikat itu mengaitkan pencapaiannya dalam pertumbuhan jualan dengan pelancaran dua kenderaan elektrik (EV) pemasangan tempatan (CKD) pertamanya, Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric.

Baca juga: Volvo XC40 2023 facelift dilancar di Malaysia, RM 268k - 278k, varian EV paling mahal

100 tempahan untuk Volvo C40 dalam 10 hari, VCM mencapai rekod jualan baru - 3,194 unit pada 2022 01

Volvo C40 Recharge Pure Electric juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli, dengan lebih 100 unit ditempah dalam talian hanya 10 hari selepas pelancarannya pada 14hb Disember 2022.

Kedua-dua kereta itu, dipasang di kilang pembuatan Volvo di Shah Alam, adalah dua EV CKD pertama yang dijual di Malaysia.

Baca juga: Volvo di Malaysia sasar peratusan penggunaan kereta EV sehingga 75% menjelang 2025

100 tempahan untuk Volvo C40 dalam 10 hari, VCM mencapai rekod jualan baru - 3,194 unit pada 2022 02

Volvo Car Malaysia mengesahkan komitmen mereka terhadap cita-cita globalnya untuk kemampanan dan berada di landasan untuk menjadi syarikat kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030. Volvo Car Malaysia juga menyasarkan 75 peratus daripada jualannya datang daripada barisan Recharge Pure Electric menjelang 2025.

Baca juga: Trak elektrik Volvo bakal menyusul, PLUS juga komited bangunkan stesen pengecas sepanjang lebuh raya!

100 tempahan untuk Volvo C40 dalam 10 hari, VCM mencapai rekod jualan baru - 3,194 unit pada 2022 03

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata: "Pelancaran dua kenderaan elektrik pertama kami yang dipasang secara tempatan telah menjadi pemangkin pertumbuhan jualan kami. Dengan peningkatan bahagian pasaran kenderaan elektrik sepenuhnya di seluruh dunia, kami optimis akan perkara yang terjadi di Malaysia.

“Dalam menamatkan tahun 2022 yang berjaya, kami teruja untuk memacu masa depan serba elektrik sambil mengukuhkan komitmen kami untuk menawarkan kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bergerak secara peribadi, mampan dan selamat.”

Baca juga: Volvo mahu tawan posisi jenama EV mewah No.1 di Malaysia dari Porsche, sasar jauh lebih tinggi

100 tempahan untuk Volvo C40 dalam 10 hari, VCM mencapai rekod jualan baru - 3,194 unit pada 2022 04

Di peringkat global, jumlah jualan Volvo Cars hanya mencecah sebanyak 615,121 unit untuk tahun 2022. Ini diganggu oleh cabaran merentasi rantaian bekalan dan sekatan pengeluaran yang disebabkan oleh kekurangan komponen dan penutupan berkaitan COVID.

Walaupun begitu, permintaan untuk kereta Volvo kekal kukuh dengan jualan keseluruhan barisan Recharge dengan rangkaian kuasa hibrid Pure Electric dan Plug-in mencecah 43.8 peratus pada Disember 2022 di mana kereta elektrik sepenuhnya menyumbang 20.1 peratus daripada jualan global untuk bulan yang sama.

Baca juga" Prototaip Volvo XC90 versi pandu sendiri ini diuji di Malaysia, bolehkah AI hadap penunggung motosikal kita?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Volvo C40 Recharge EV

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda