Spekulasi bahawa terdapat 2 model yang akan dikemaskini oleh Proton telah digembar-gemburkan oleh pengamal media. 2 model yang dimaksudkan adalah Proton Iriz dan Proton Persona.
Melihat kepada model terhad Proton baru-baru ini iaitu Proton Saga Edisi Ulangtahun ke 35, ura-ura mengatakan bahawa kedua-dua Proton Iriz dan Proton Persona bakal mengenakan seragam yang sama.
Proton Saga Anniversary Edition mengenakan warna hitam sepenuhnya dengan tona kuning minimal pada bahagian skirting, ‘misai’ gril hadapan dan cermin sisi. Tona kuning turut digunakan pada bahagian dalam.
Proton Iriz dijangka mengenakan lambang R3, divisyen sukan permotoran Proton yang terkenal. Proton Persona pula bakal mengenakan seragam hitam sepenuhnya dan dipanggil sebagai ‘Black Edition’.
Selain itu, kedua-dua model tersebut juga dijangka akan menggugurkan transmisi CVT dan menggunakan transmisi automatik 4 kelajuan. Adakah ini satu langkah ke hadapan atau ke belakang?
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT
Upgrade
Add your car
2021 Proton Persona Standard 1.6
2017 Perodua Myvi Advance 1.5
Komen