window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

11 tempat duduk meriah sangat? Kia Carnival 7 tempat duduk CKD boleh dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Zamil Syaheer · Jun 2, 2022 06:00 PM

11 tempat duduk meriah sangat? Kia Carnival 7 tempat duduk CKD boleh dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 01

Bagi mereka yang mencari MPV besar yang premium, Kia Carnival 2022 ialah alternatif yang baik berbanding Toyota Alphard / Toyota Vellfire recond dengan sejarah kenderaan yang boleh dipersoalkan.

11 tempat duduk meriah sangat? Kia Carnival 7 tempat duduk CKD boleh dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 02

Dengan harga bermula dari bawah paras RM 200k,202 PS dibalut dalam badan yang tidak konvensional dengan kabin yang direka dengan baik, memang berbaloi Carnival ini. Namun begitu ada dua isu kecil bagi MPV ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Kia Carnival 2022, berapa jumlah bayaran bulanan kalau taknak angkat Toyota Alphard/Vellfire 'recon'?

11 tempat duduk meriah sangat? Kia Carnival 7 tempat duduk CKD boleh dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 01

Pertama - pilihan enjin tunggal Carnival pada masa ini, iaitu turbodiesel 2.2 liter. Memanglah tork 440 Nm sangat mengagumkan, tetapi bagi sesiapa yang telah mengisi minyak pada pam diesel pasti tahu bahawa ia meninggalkan bau busuk pada tangan anda.

Tambahan pula, bagi mereka yang tinggal di rumah bertanah (landed), menghidupkan enjin diesel pada waktu pagi juga meninggalkan bau diesel di rumah anda, lebih-lebih lagi jika kenderaan diundur ke dalam rumah.

11 tempat duduk meriah sangat? Kia Carnival 7 tempat duduk CKD boleh dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 02

Kedua, konfigurasi 11 tempat duduk itu sendiri. Bagi kebanyakkan orang, 11 tempat duduk terasa agak berlebihan dan pembeli yang paling bijak akan dengan senang hati menukar tempat duduk baris keempat untuk lebih banyak ruang bagasi, serta tempat duduk baris kedua dan ketiga yang lebih selesa.

11 tempat duduk meriah sangat? Kia Carnival 7 tempat duduk CKD boleh dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 03

Oleh itu, Dinamikjaya Motors, anak syarikat Bermaz Motor yang mengendalikan Kia di Malaysia, mempunyai rancangan untuk memperkenalkan Kia Carnival 7 tempat duduk. Kia sebelum ini telah mengesahkan bahawa Kia Carnival pemasangan tempatan (CKD) ada dalam rancangan syarikat untuk Malaysia.

Namun, tiada tarikh pasti diberikan dan kita tahu bahawa peruntukan untuk Kia Carnival 11 tempat duduk import (CBU) sudah habis dijual.

Baca juga: Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi...

11 tempat duduk meriah sangat? Kia Carnival 7 tempat duduk CKD boleh dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 04

Adakah Kia Carnival 7 tempat duduk bakal dipamerkan di Pameran Kereta WapCar yang akan datang? Ketahui lebih lanjut di Pameran Kereta WapCar akan berlangsung dari 1-3 Julai 2022.

Pameran itu akan berlangsung di piazza luar Pavilion Bukit Jalil, dan pengunjung digalakkan untuk meletak kenderaan di Pintu Masuk C.

Pempamer lain termasuk Mazda, Peugeot, dan Mercedes-Benz.

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda