window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

1.2 juta pekerja sudah dibenarkan keluar bekerja. Jumlah akan meningkat, lebih banyak permit lulus

Mersita · Jun 2, 2021 11:59 AM

1.2 juta pekerja sudah dibenarkan keluar bekerja. Jumlah akan meningkat, lebih banyak permit lulus 01

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 penuh atau ‘total lockdown’ diumumkan, banyak syarikat yang tersenarai dalam ‘essential services’ mula memohon surat kebenaran beroperasi dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) supaya staf yang diperlukan boleh keluar bekerja.

Dalam satu kenyataan oleh MITI, sebanyak 95,142 syarikat telah berjaya mendapat kelulusan untuk beroperasi menerusi ‘Covid-19 Intelligent Management System’ CIMS 3.0 kelolaan MITI setakat 12 tengahari semalam (1 Jun).

Berdasarkan jumlah kelulusan yang diterima, MITI menganggarkan seramai 1.2 juta pekerja dibenarkan untuk bekerja di premis syarikat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1.2 juta pekerja sudah dibenarkan keluar bekerja. Jumlah akan meningkat, lebih banyak permit lulus 01

Jumlah ini cuma sebahagian daripada 517,144 syarikat dengan 9.67 juta pekerja yang berdaftar di bawah CIMS 3.0.

MITI turut menggalakkan syarikat di bawah sektor yang dibenarkan beroperasi untuk mendaftar dengan CIMS 3.0 secepat mungkin jika belum berbuat demikian.

1.2 juta pekerja sudah dibenarkan keluar bekerja. Jumlah akan meningkat, lebih banyak permit lulus 02

Contoh surat kebenaran dikeluarkan melalui CIMS

"Semua surat kelulusan yang dikeluarkan oleh MITI melalui CIMS 3.0 hendaklah mengandungi kod QR. Ia adalah ciri diperlukan bagi membolehkan pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan untuk mengesahkan kesahihan surat kelulusan," katanya.

Selain dari itu, MITI telah menubuhkan satu pusat operasi khas bagi menapis permohonan-permohonan di CIMS 3.0 untuk mengenalpasti syarikat-syarikat yang tidak telus dalam menyatakan sektor masing-masing.

1.2 juta pekerja sudah dibenarkan keluar bekerja. Jumlah akan meningkat, lebih banyak permit lulus 03

MITI menasihati semua syarikat untuk telus dalam permohonan mereka dan jangan cuba ambil risiko. Penyalahgunaan surat MITI adalah satu kesalahan undang-undang. Jika anda kesan sebarang permohonan yang lulus namun bukan termasuk di dalam sektor dibenarkan beroperasi, laporkan kepada covid19aduan@miti.gov.my.

Baca juga: Jalan sesak pada hari pertama ‘total lockdown’. Nampak gaya ‘essential services’ cukup ramai

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda