window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

1,223 kenderaan disaman atas penggunaan lampu "strobe", hak menyurai trafik hanya untuk penguatkuasa!

Haris ยท Nov 25, 2022 10:00 AM

1,223 kenderaan disaman atas penggunaan lampu

JPJ telah mengambil usaha yang jitu dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya termasuklah dalam isu penggunaan lampu "strobe" dan lampu "beacon".

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh saluran media sosial rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan, sebanyak 1,223 unit kenderaan (pelbagai kategori) telah diambil tindakan oleh JPJ dengan jumlah notis sebanyak 2,319 kerana menggunakan lampu mata arah (Beacon Light) dan lampu strob (Strobe Light) tanpa kebenaran Jabatan.

1,223 kenderaan disaman atas penggunaan lampu

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Lampu amaran khas ini dipasang bagi bertujuan menarik perhatian pengguna jalan raya untuk memberitahu akan kehadirannya, sekaligus mendapatkan hak untuk menyurai kenderaan di atas jalan raya (disperse the traffic).

"Hanya kenderaan Jabatan/Agensi yang diwartakan di bawah Akta 333 sahaja, yang mana terlibat secara langsung dengan tugas-tugas kecemasan dan penguatkuasaan, iaitu seperti kenderaan ambulans, kereta Jabatan Bomba, kenderaan Jabatan Kastam, kenderaan Jabatan Polis, kenderaan Jabatan Penjara dan kenderaan JPJ sahaja, yang dibenarkan untuk mendapat hak laluan kenderaan lain di jalan raya." ujar satu kenyataan media JPJ.

1,223 kenderaan disaman atas penggunaan lampu

Kelakuan pemilik kenderaan dengan modifikasi lampu strob ini dilihat mengambil kesempatan dan berlagak seperti pegawai penguatkuasa.

Pemandu boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 138, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59 iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebehi enam bulan.

Baca: Pemilik kenderaan dengan lampu strob diburu, denda RM 2,000 dan penjara menanti!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda