window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun!

Faisal · Apr 23, 2022 04:00 PM

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun! 01

Kalau anda perasan, aksesori GearUp ditawarkan untuk semua model Perodua dan Myvi juga tidak terkecuali. Cumanya untuk Myvi facelift, ia tidak diumumkan terus sewaktu pelancaran tempoh hari.

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun! 02

Walaupun bukan semua orang ada citarasa atau pendapat yang sama (terutama GearUp pada Perodua Ativa), kit aksesori GearUp jelas membuatkan kereta Perodua anda nampak lebih garang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun! 01

Dan mengenai Myvi facelift, kit badan GearUp yang dilancarkan baru-baru ini adalah yang paling terbaik setakat ini.

Juga bacaPerodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA!

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun! 02

Kalau anda minat watak Pikachu dalam cerita Pokemon, Myvi facelift dengan kit GearUp sebenarnya nampak macam jelmaan sama tetapi dengan 4 biji roda.

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun! 03

Memandangkan Perodua tidak lagi menggunakan lampu kabus, bampar sporty yang ada kali ini nampak lebih garang.

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun! 04

Begitu juga pada bahagian tepi yang mana skirting GearUp memberikan visual yang lebih agresif.

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun! 05

Pada bahagian belakang pula, Perodua telah menggugurkan sentuhan krom yang melintang antara lampu dan meringkaskannya dengan dua elemen sahaja iaitu spoiler yang lebih ganas dan skirting yang lebih garang.

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun! 06

Apapun, Perodua Myvi 1.5 Advanced GearUp yang kami dapat ini sebenarnya tidak dilengkapkan dengan sentuhan krom pada cermin sisi dan bingkai tingkap.

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun! 07

Begitu juga pada bahagian tempat duduknya yang mana kit GearUp yang memperlihatkan tulisan Myvi dan warna hitam yang menggantikan warna merah tidak didatangkan.

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun! 08

Bagi anda yang berminat, aksesori tambahan yang ada pada unit yang kami peroleh berharga seperti berikut:

  • Kit bampar depan dan belakang, skirting dan spoiler - RM 2,500
  • Penghadang keluar masuk LED - RM 260
  • Lampu kaki - RM 240
  • Karpet dengan permukaan jenis gerigi - RM 180

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun! 09

Antara aksesori lain yang anda boleh tambah termasuklah pengedap bunyi pada pintu (RM 445) dan penebat pada hud enjin (RM 72).

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun! 10

Walaupun membawa pendekatan yang lebih sporty, kit aksesori GearUp pada Myvi facelift masih mengekalkan prestasi yang sama. Pendek kata, ia dikhususkan untuk mereka yang mahukan kosmetik yang lebih menyerlah.

13 gambar Perodua Myvi 2022 dengan kit badan GearUp, tiada lagi krom pelik, lagi cun! 11

Jadi, apa pula pendapat anda tentang kit badan GearUp kali ini?

Juga bacaRebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda