15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi!

Faisal · Dec 17, 2020 05:00 PM

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 01

Walaupun bumi kita dilanda wabak Covid-19, ia tidak menjejaskan industri automotif daripada membuat pelancaran yang penting.

Daripada sedan segmen A hingga ke segmen D, mari kita imbau kembali di antara pelancaran yang utama untuk tahun 2020.

Honda City (GN2, GN3)

RM 74,191 - RM 86,561

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 02

Masihkah anda ingat kempen Honda City baru yang memalukan Toyota Vios, Toyota Camry, dan Perodua Bezza?

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 01

Honda City varian V

Mengimbau kembali, varian petrol dilancarkan pada Oktober yang lalu manakala varian e:HEV pula akan beransur pada Januari 2021.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 02

Enjin 1.5L DOHC aspirasi natural pada varian S, E, dan V

Tidak seperti generasi GM6 sebelum ini, Honda City generasi GN terbaru menggunakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC (121 PS/145 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi CVT.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 03

Varian RS pula didatangkan dengan enjin hibrid 1.5L i-MMD yang menghasilkan gabungan kuasa sebanyak 109 PS dan 253 Nm tork.

Honda Accord (CV1)

RM 178,203 - RM 187,390

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 04

Honda Accord baharu dilancarkan sekali dengan Honda Civic facelift.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 05

Seperti adiknya, anak sulung Honda ini dikuasai oleh enjin 1.5L turbo yang sama tetapi dengan talaan yang lebih tinggi.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 06

Untuk Honda Accord, enjin ini menghasilkan 201 PS dan 260 Nm tork. Ia juga dipadankan dengan transmisi CVT.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 07

Ditawarkan dengan varian 1.5 TC dan 1.5 TC-P, spesifikasi yang teratas merangkumi ciri bantuan keselamatan Honda Sensing, kamera 360-darjah, sistem parkir automatik, dan roda 18 inci.

Honda Civic facelift

RM 109,326 - RM 134,661

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 08

Honda Civic facelift membuat debut Asia Tenggara di Thailand pada November 2018 tetapi ia tiba di Malaysia lebih daripada setahun kemudian disebabkan oleh isu pengesahan harga oleh kerajaan yang terdahulu.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 09

Walaupun agak kelewatan, Honda Civic masih di antara sedan segmen C yang terlaris di Malaysia, mengungguli Mazda 3 dan Toyota Corolla Altis. Malah setakat September 2020, Honda Civic berjaya merangkul 79% daripada bahagian pasaran sedan segmen C.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 10

Antara ciri baru pada Honda Civic facelift ialah sistem bantuan keselamatan Honda Sensing, lipatan 60:40 untuk kerusi belakang, dan kamera Honda LaneWatch. Mengenai rekaannya, Honda Civic facelift hanya memperagakan perubahan kecil tetapi masih berkesan untuk kelihatan baru.

Hyundai Kona

RM 115,888 - RM 143,888

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 11

Pelancaran daripada Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) ini agak mengejutkan, bukan?

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 12

Sesi pandu uji media untuk Hyundai Kona telah dijalankan secara global di New Zealand pada tahun 2017. Malah HSDM sudahpun mempamerkan kereta ini di Kuala Lumpur International Motor Show 2018.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 13

Malangnya, Hyundai Kona seperti hilang dari radar sehinggalah bulan Ogos 2020 dimana spyshot telah dijumpai. Maka itu, tidak disangkal lagi bahawa ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 14

Di Malaysia, Hyundai Kona ditawarkan dengan enjin 2.0L aspirasi natural (150 PS, 180 Nm tork) dan enjin 1.6L turbo (177 PS, 265 Nm tork).

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 15

Dengan gaya dan harga yang sedikit tinggi berbanding Proton X50 dan Honda HR-V, produk ini terasa eksklusif dan unik.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 16

Nissan Almera (N18)

RM 79,906 - RM 91,310

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 17

Nissan Almera baru adalah antara kereta yang paling ditunggu memandangkan generasi sebelum ini hanyalah biasa-biasa sahaja.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 18

Buat kali pertama, Nissan Almera hadir dengan enjin turbo, transmisi CVT, kawalan kestabilan, dan 6 beg udara. Malah ciri brek kecemasan automatik juga didatangkan secara standard!

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 19

Mengagumkan, bukan? Apa-apapun, ia harus berhadapan dengan Honda City baru dan Toyota Vios facelift.

Mitsubishi Xpander

RM 91,359

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 20

Dengan harga RM 91k, Mitsubishi Xpander bersaing terus dengan Honda BR-V dan Perodua Aruz.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 21

Walaupun tidak mempunyai kuasa seperti BR-V ataupun bilangan beg udara seperti Aruz, Xpander menawarkan ciri praktikal yang terbaik.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 22

Bukan sahaja ia ada 18 tempat memegang botol, malah Xpander mempunyai ruang storan rahsia yang terletak di bawah kerusi penumpang depan dan papan but belakang.

Perodua Bezza facelift

RM 33,456 - RM 48,356

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 23

Diperkenalkan pada Januari 2020, Perodua Bezza facelift memperlihatkan rupa paras yang lebih ideal dengan kabin yang lebih baik. Selain itu, Perodua juga memperkenalkan ciri bantuan keselamatan A.S.A 2.0.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 24

Seperti model sebelum ini, Perodua Bezza facelift hadir dengan pilihan enjin 1.0L dan 1.3L dimana ia didatangkan dengan transmisi automatik sahaja.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 25

Dengan lingkungan harga RM 35k ke RM 50k, Perodua Bezza bukanlah sedan segmen A yang termurah tetapi ia mempunyai lebih ciri berbanding Proton Saga.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 26

Selain ciri seperti lampu LED di depan dan belakang, varian yang lebih tinggi juga hadir dengan keyless entry dan push start, kerusi kulit, dan ciri brek kecemasan automatik – kesemua ciri ini tidak ada pada Proton Saga.

Proton X50

RM 79,200 - RM 103,300

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 27

Sejak Geely memperkenalkan Binyue pada tahun 2018, ramai berharap supaya Proton mengambil model ini dan nampaknya pada tahun 2020, impian itu ditepati.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 28

Dengan harga yang bermula dibawah RM 80 k, Proton X50 mengungguli kesemua pesaing di segmen B iaitu Honda HR-V, Hyundai Kona, dan Mazda CX-3.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 29

Walaupun berharga lebih murah, Proton X50 mempunyai ciri yang lebih lengkap. Bukan setakat dua enjin 1.5L turbo yang baru (150 PS, 226 Nm tork atau 177 PS, 255 Nm tork), ia juga hadir dengan ciri keselamatan yang lebih hebat daripada Proton X70.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 30

Walaupun perkhabarannya cukup mengagumkan, kerusi depan tidak cukup ergonomik kerana ia tidak memberikan sokongan peha yang mencukupi.

Proton X70

RM 94,800 - RM 122,800

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 31

Produksi Proton X70 untuk pemasangan tempatan (CKD) bermula setahun selepas model ini diperkenalkan oleh Proton.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 32

Bukan setakat harga yang lebih rendah, Proton juga mengemaskini model CKD ini dengan transmisi DCT 7 kelajuan, kerusi belakang yang boleh dilaras 2-tahap, pintu but elektronik, dan penyaman udara kerusi.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 33

Di samping itu, Proton X70 CKD mendapat talaan suspensi yang istimewa daripada Proton dimana pengendalian dipertingkatkan tanpa menjejaskan keselesaan pemanduan.

Toyota Hilux facelift

RM 108,880 - RM 146,880

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 34

Spyshot untuk Toyota Hilux facelift telah dijumpai sejak April yang lalu. Beberapa bulan kemudian, ia tertular secara menyeluruh.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 35

Bukan setakat kemasan eksterior yang baru, malah Toyota Hilux facelift juga hadir dengan ciri bantuan keselamatan Toyota Safety Sense yang merangkumi Pre-Collision System, Lane Departure Alert dengan Yaw Assist, dan Dynamic Radar Cruise Control.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 36

Pada masa yang sama, Toyota Hilux facelift hadir dengan enjin 2.8L turbodiesel yang baru dimana ia menghasilkan 204 PS dan 500 Nm tork.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 37

Toyota Hilux Double-Cab

Toyota GR Yaris

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 38

Sejak Toyota perkenalkan GR Yaris di Tokyo Auto Salon 2020, kami tidak sabar untuk menunggu ketibaannya di Malaysia. Untuk maklumat anda, negara jiran seperti Thailand sudah menerima hot hatch ini.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 39

Sekiranya perkhabaran yang dikatakan adalah benar, kita mungkin dapat melihat GR Yaris di Malaysia seawal 17 Disember – tarikh yang sering diingatkan oleh UMW Toyota Motor.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 40

Tidak seperti kenderaan homologasi rali (Mitsubishi Lancer Evolution ataupun Subaru Impreza WRX STI), Toyota GR Yaris agak terbalik. Ia sebenarnya kereta homologasi rali yang dibangunkan untuk kegunaan awam.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 41

Hot hatch ini dikuasai oleh enjin 1.6L turbo 3-silinder. Dengan kuasa sebanyak 272 PS dan 370 Nm tork, enjin ini adalah enjin 3-silinder yang paling berkuasa di dalam dunia.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 42

Walau bagaimanapun, harganya mungkin mahal. Di Jepun, GR Yaris berharga RM 148k hingga RM 170k. Malah varian yang paling mahal boleh melepasi harga sebuah Honda Civic Type R (RM167k).

Volkswagen Arteon

RM 220,043

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 43

Bukan sahaja dengan gaya yang kacak, Volkswagen Arteon juga memperagakan lampu dan gril depan yang bersambung, cermin pintu tanpa bingkai, dan bumbung yang landai. Gabungan kesemua ini menjadikannya antara model Volkwagen yang paling rupawan.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 44

Dibawah bonet depan yang anggun ialah enjin 2.0L TSI (190 PS, 320 Nm tork) yang menguasai roda depan melalui transmisi DCT 7 kelajuan klac-basah.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 45

Dengan lingkungan harga RM 221k, Volkswagen Arteon tidaklah murah. Malah ia berharga sedikit tinggi berbanding BMW 218i Gran Coupe (RM 219k) tetapi ia masih lebih murah daripada Mercedes-Benz A200 Sedan (RM 222k).

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 46

Walaupun BMW dan Mercedes-Benz dilihat sebagai jenama yang lebih premium, tiada apa yang dapat menandingi perhatian yang diterima oleh rupa paras Volkswagen Arteon.

Volkswagen Passat R-Line

RM 203,341

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 47

Sekiranya anda rasa Passat Elegance terlalu biasa, mungkin Passat R-Line lebih kena dengan jiwa anda.

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 48

Varian Volkswagen Passat di Malaysia

Uniknya, Passat R-Line mendapat sentuhan R-Line yang lebih mantap. Perkara ini dapat dilihat pada bampar depan dan belakang, roda 19 inci Verona, Dynamic Chassis Control (DCC), dan Electronic Differential Lock (XDS).

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 49

Dari segi tren kuasa, ia masih sama seperti Passat Elegance dimana ia hadir dengan enjin 2.0L TSI (190 PS, 320 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan klac-basah.

Kami kini sedang menyiapkan undian untuk Anugerah Kereta Tahun 2020 Wapcar – BM. Ikuti kami pada 18 Disember ini untuk mengundi kereta kegemaran anda di bawah! 

15 pelancaran terhangat untuk tahun 2020 - Honda City, Proton X50 dan banyak lagi! 50

UNDI Di SINI

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda Accord 2.0 VTi-L

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru