window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

19 set tren baharu untuk LRT Kelana Jaya; TAPI kena tunggu Disember 2024, frekuensi 3 minit September 2023

Mersita ยท Oct 27, 2022 08:00 PM

19 set tren baharu untuk LRT Kelana Jaya; TAPI kena tunggu Disember 2024, frekuensi 3 minit September 2023 01

Tren dua gerabak yang digunakan untuk perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sejak 1998 akhirnya akan diganti dengan 19 set tren 4 gerabak baharu diterima oleh Rapid Rail. Set tren baharu ini diperolehi menerusi projek Kuala Lumpur Additional Vehicles 27 (KLAV27).

Laporan terkini oleh Bernama sejajar dengan pengumuman terdahulu oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Julai lalu. Set tren baharu ini dikatakan akan diterima dalam beberapa peringkat bermula Jun 2023 sehingga Disember 2024.

19 set tren baharu untuk LRT Kelana Jaya; TAPI kena tunggu Disember 2024, frekuensi 3 minit September 2023 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, Rapid Rail masih lagi menunggu ketibaan alat ganti iaitu tachometer (digunakan untuk mengukur kelajuan pusingan enjin) yang ditempahnya dari pembekal di Eropah pada pertengahan Mei lalu.

Alat ganti yang ditempah itu pada mulanya dijadualkan untuk tiba pada Disember 2022. Bagaimanapun, penghantaran alat ganti tersebut tertangguh โ€“ dikatakan angkara kekurangan bekalan komponen elektronik bagi tachometer berkenaan.

19 set tren baharu untuk LRT Kelana Jaya; TAPI kena tunggu Disember 2024, frekuensi 3 minit September 2023 01

Rapid Rail menjangkakan yang alat ganti berkenaan akan dihantar juga secara berperingkat bermula sekarang sehingga Mei 2023. Di samping itu, syarikat operator pengangkutan awam itu juga masih dalam perbincangan bersama pembekal dalam usaha untuk mempercepatkan proses penghantaran alat ganti tersebut.

Menurut Rapid Rail, proses penggantian alat ganti berkenaan akan dilaksanakan sejurus selepas ia tiba dan kekerapan tren dijangka akan kembali normal kepada hanya 3 minit menjelang September 2023.

19 set tren baharu untuk LRT Kelana Jaya; TAPI kena tunggu Disember 2024, frekuensi 3 minit September 2023 02

Bagi penambahbaikan MRT Laluan Kajang pula, syarikat berkenaan memberitahu yang mereka telah membeli 1,040 roda baharu โ€“ sebahagian daripada program penggantian roda yang dijalankannya. Program ini bermula pada Jun 2022 dan dijangka akan selesai pada Ogos 2023.

Pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang boleh menjangkakan kekerapan tren untuk kembali kepada 4 minit pada waktu puncak menjelang Ogos 2023.

19 set tren baharu untuk LRT Kelana Jaya; TAPI kena tunggu Disember 2024, frekuensi 3 minit September 2023 03

Selain perkhidmatan LRT dan MRT, Rapid Rail juga sedang menaiktaraf perkhidmatan Monorel. Sejumlah 8 set tren baharu bakal ditambah untuk perkhidmatan ini bagi meningkatkan kekerapan monorel kepada 6 minit.

Buat masa ini, hanya 7 set tren yang beroperasi dan kekerapan tren adalah 7 minit pada waktu puncak.

Juga baca: Rapid KL janji eskalator dan lif rosak di stesen LRT, MRT akan dibaiki sebelum hujung tahun ini

19 set tren baharu untuk LRT Kelana Jaya; TAPI kena tunggu Disember 2024, frekuensi 3 minit September 2023 04

Bagi MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 pula, yang dijadualkan untuk mula beroperasi pada suku pertama 2023, Rapid Rail dijangka akan menggunakan 10 set tren dengan kekerapan 5 minit.

Lambat lagi? Tunggu sajalah.

Juga baca: 27 koc LRT baharu disahkan untuk laluan Kelana Jaya... tapi tunggu Julai 2023 baru dapat!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda