window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'?

Faisal · Dec 1, 2020 07:00 PM

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 01

Pada tempoh hari, kami berkongsikan tentang sejarah BMW 3 Series E46. Menariknya, ramai yang masih berminat untuk memilikinya. Dengan usia kini yang melebihi 15 tahun, mungkin ini masa yang sesuai untuk anda dapatkan.

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 02

Mengimbau kembali ke dalam arena automotif, BMW E46 adalah 3 Series pertama yang menggunakan rekaan yang berlekuk dimana ia memberikan imej yang sangat moden. Malah sehingga kini, ia masih kelihatan cukup bergaya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 01

Antara faktor lain yang menjadikannya kegilaan ramai ialah maklum balas stereng hidrauliknya yang cukup asli dan organik. Ditambah pula dengan berat stereng yang sangat baik, ia memberikan pemanduan yang unggul dan menyeronokkan.

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 02

Dengan mutu kabin yang cukup berkualiti dan rekaan Jerman yang sejati, BMW 3 Series E46 adalah permulaan kepada keunggulan sedan sport premium. Dengan harga kini yang serendah RM 13,800, adakah ia berbaloi untuk dibeli? Mari kita lihati aspek penyelenggaraan terlebih dahulu.

Isu dan permasalahan

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 03

Secara umumnya, 3 Series E46 mempunyai jangka hayat yang agak baik untuk sebuah kereta kontinental. Namun begitu, ia bukanlah tanpa sebarang permasalahan. Kami telah merujuk Encik Zaini dari Vixx Customs di Batu Caves untuk mengetahui isu umum mengenai BMW 3 Series E46.

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 04

Imej: e46fanatics

Antaranya ialah tangka cecair penyejuk yang boleh retak dan beberapa komponen untuk sistem penyejuk enjin. Walau bagaimanapun, Encik Zaini menyarankan untuk menukar keseluruhan sistem kerana ia selalunya telah melebihi jangka hayat. Anggaran kos untuk menggantikan keseluruhan sistem penyejuk yang baru adalah sekitar RM 3000.

Bagaimana pula dengan kos servis?

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 05

Imej: e46bimmer

Seperti kereta biasa, selang perbatuan untuk melakukan servis adalah pada setiap 10,000 km. Sebagai sebuah model yang agak ringkas, ia mempunyai kos servis dan penyelenggaraan yang serupa dengan kereta Jepun.

Model tahun manakah paling baik?

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 06

Model facelift di bawah yang menampilkan bentuk lampu dan gril yang berbeza

Kami menyarankan pembeli untuk memilih model facelift (Life Cycle Impulse) dimana ia dikeluarkan sebagai model tahun 2002 dan ke atas. Menjadi model facelift juga, kebanyakan isu pada keluaran awal berkemungkinan telah pulih.

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 07

Model facelift di bawah yang menampikan grafik lampu yang berbeza

Menariknya, kami turut mencadangkan mana-mana varian 318i yang menggunakan enjin 1.9L kerana engine ini tidak mempunyai sebarang isu.

Tinjauan pasaran terpakai

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 08

Berdasarkan pasaran terkini, model yang tidak mengenakan sebarang modifikasi agak berbaloi untuk dibeli sekiranya unit tersebut dijaga dengan baik. Untuk maklumat anda, BMW 318i tahun 2000 boleh dimiliki serendah RM 13,800. Walaupun hanya dengan 118 PS, ia mempunyai enjin yang lebih ringan dimana sesetengah pemandu sukakannya kerana bahagian depan menjadi lebih responsif ketika memulas stereng.

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 09

Sekiranya anda berminat dengan legenda enjin 6-silinder sebaris, varian 325i tahun 2004 berharga sekitar RM 19,800 hingga RM 27,000. Enjin yang mempunyai karakter dan bunyi yang premium ini mempunyai 192 PS.

Model Harga baru Harga terpakai Purata penurunan harga tahunan
318i (2000) RM 206,829 ~RM 13,800 4.7%
325i (2004) RM 247,899 ~RM 19,800 5.8%

Walau apapun, harus diingatkan bahawa harga yang tertera di dalam laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.

Selain itu, apa yang harus ditelitikan?

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 10

Imej: gramho

Seperti mana-mana kereta terpakai, tiada kereta sama yang mempunyai keadaan yang serupa. Oleh itu, anda lebih digalakkan untuk membeli terus daripada pemilik untuk mengetahui keadaan asal kereta tersebut. Anda juga disarankan untuk memilih kereta yang mempunyai rekod servis yang penuh untuk mengelakkan diri daripada sebarang penipuan pada perbatuan (mileage). Untuk maklumat anda, rekod servis dan penyelenggaraan juga memudahkan anda untuk mengetahui sejarah penyelenggaraan kereta tersebut.

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 11

Imej: japaneseuro

Seperti kereta terpakai yang lain, anda boleh memeriksa kali terakhir servis dilakukan untuk mengetahui rekod penjagaan dengan lebih terperinci seperti minyak hitam, minyak transmisi (gearbox), air radiator, dan minyak brek.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menguji pandu terlebih dahulu dan meneliti sama ada kereta tersebut pernah mengalami sebarang kerosakan kemalangan ataupun banjir.

Konklusi

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 12

Walaupun berada pada 3 generasi yang lalu, BMW 3 Series E46 masih kelihatan segak dan tidak jauh daripada rekaan 3 Series yang terkini. Menariknya, ia lebih pendek daripada Honda Civic dan BMW 2 Series Gran Coupe. Malah ia 9 inci lebih pendek daripada BMW 3 Series yang terkini.

BMW 3 Series E46 - kini serendah RM13k, baloi angkat 'second hand'? 13

Dengan gaya BMW yang lebih klasik daripada generasi E90 dan karakter stereng yang lebih baik daripada generasi F30 dan G20 yang terkini, BMW 3 Series E46 boleh menjadi pembelian yang bermakna buat peminat permotoran.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda