window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang

Faisal Β· Apr 17, 2022 08:00 PM

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 01

Ingat lagi tak kisah Perodua Myvi generasi pertama di Scotland yang dijumpai oleh beberapa pelajar Malaysia? Mereka nampak bukan main teruja lagi kan? Begitulah semangat dan perasaan kita semua apabila terserempak dengan kereta jenama Proton atau Perodua sewaktu berada di luar negara.

Juga bacaTerkejut jumpa ‘King’, pelajar Malaysia terserempak Perodua Myvi di Scotland!

Baru-baru ini, kami terjumpa satu akaun Instagram yang diberi nama Malaysia Cars Overseas. Kalau diperhatikan sekali imbas, terdapat banyak intipan yang berjaya ditangkap oleh rakyat Malaysia. Tanpa melengahkan masa, mari kami ceritakan mengenai 20 kelibat Proton dan Perodua yang dilihat agak unik dan menarik di luar negara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 01

1. Perodua Myvi 2007 generasi pertama 1.3 SXi Xtra di Yorkshire, England. Walaupun tayar depan macam tiada angin, kereta ini dilihat boleh bergerak tanpa sebarang isu.

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 02

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 03

2. Proton Satria Neo 2011 di Jakarta, Indonesia yang telah diubah suai. Selain lapisan lampu yang berwarna kuning, unit ini ada intake udara yang diolah dan pemiliknya menggunakan rim hitam Advan SA3.

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 04

3. Bagi anda yang belum tahu, Proton Wira Aeroback ada dijual di Chile tetapi menggunakan nama Proton Natura. Di atas adalah Proton Natura 1997 1.6 GLXi versi pandu belah kiri (LHD) di Islam De Maipo, Santiago, Chile. Unit ini nampaknya diubah suai sedikit.

Juga bacaMengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu!

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 05

4. Walaupun jualannya tidak banyak, naluri komersial yang diberi pada Proton Arena membuatkan harganya sukar untuk susut. Menariknya, Arena yang dikategorikan sebagai ‘ute’ (trak pikap) di Australia bukan main laku lagi. Ia dijual di sana sebagai Proton Jumbuck dan di atas adalah Jumbuck 1.5 GLi yang dijumpai di Adelaide, Australia.

Juga bacaSejarah Proton Arena - pikap pertama buatan Malaysia

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 06

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 07

5. Antara Proton yang paling mengghairahkan iaitu Putra turut dijual di Rusia sebagai Proton 218 Coupé 1.8 GLXi versi LHD. Unit ini dijumpai di Republic of Bashkortostan, Rusia.

Juga bacaProton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 08

6. Proton kegemaran jejaka muda, Satria GTI 1.8 di luar negara pasti memberikan tamparan yang hebat buat pasaran hothatch mereka. Unit ini dijumpai di Sydney, Australia.

Juga bacaProton Satria GTI dipandu penagih dadah di Taiwan ini cuba lari dari polis guna jalan sempit, tapi…

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 09

7. Kali ini pula adalah Perodua Alza 1.5 Advanced Version 2014-2018 di New Delhi, India dan ia dilihat sebagai kereta polis. Kami tidak pasti larat ke tak MPV ini nak kejar orang jahat tetapi sekurang-kurangya ia boleh memuatkan lagi ramai malaun.

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 10

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 11

8. Yang ini agak mengejutkan tetapi menurut kapsyen di Instagram, natang ini adalah Perodua Kancil / Daihatsu Ceria EZi850 Estate di Bogor, Indonesia.

Juga bacaMengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh!

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 12

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 13

9. Walaupun Proton Satria Cabriolet di Malaysia hanya setakat konsep, Proton 300-series / Satria Bicolor versi LHD di Frankfurt, Jerman dengan bumbung suria soft top ini pasti dapat ubat kececewaan hati peminat.

Juga bacaProton Satria Cabriolet muncul semula, besi buruk atau koleksi?

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 14

10. Ini pula Proton Saga FLX 2011 1.3 Executive yang nampak begitu terjaga. Ia dijumpai di Bangkok, Thailand.

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 15

11. Perodua Kancil generasi pertama juga turut diimport ke Edinburgh, Scotland dan memakai nama Perodua Nippa.

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 16

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 17

12. Intipan ini pula berupa MPV Proton Exora yang dimanfaatkan lagi. Varian Bold 1.6 CFE GXR ini telah diubah suai dengan akses kerusi roda. Ia dijumpai di pusat servis kereta di Melbourne, Australia.

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 18

13. Tadi sudah ada Proton Saga tapi yang ini betul-betul kondisi kilang. Proton Saga Saloon 1992 1.5 SE (Special Edition) ini diintip sekitar Hereford, UK dan ia masih memakai penutup roda yang asal.

Juga bacaProton Saga Black Knight ini ditayang megah di pentas kota London, milik ‘collector’ tegar di UK!

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 19

14. Harga Perodua Kelisa di Malaysia macam tidak menurun langsung. Perodua Kelisa 2005 1.0 EX ini dijumpai dekat sebuah pengedar kereta terpakai di Yorkshire, UK.

Juga bacaPerodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan!

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 20

15 ‘King’ juga ada di luar negara dan ini adalah Perodua Myvi 2010 1.3 EZi di Surrey, UK.

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 21

16. Di UK, Proton Putra dijual menggunakan nama Persona Coupé. Intipan ini adalah di Hyde, England tetapi selain tayar yang pancit, kondisinya nampak terjaga.

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 22

17. Perodua Kembara 2001 kini antara kereta yang dicari semula kerana ia jentera paling murah untuk pergi memandu offroad. Sekali pandang, unit yang dijumpai di Krasnodar Krai, Rusia ini dilihat begitu lasak.

Juga bacaPerodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini?

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 23

18. Ini pula Proton Satria Neo dengan kosmetik dan pelekat bunga Sakura di Itasha, Jepun.

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 24

19. Sukan motor di negara kita juga ada kereta-kereta Saga Cup yang menjadi idaman pelumba jalanan tetapi Proton Saga Saloon MPi 1991 1.3 GLS di East Sussex, UK ini macam dah jahanam teruk.

Juga bacaMengimbau kenangan: Pelancaran Proton Saga Iswara – 15 Ogos 1992, 29 tahun lalu!

20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang 25

20. Yang terakhir ini agak unik di mana sebuah Proton Saga Saloon 1989 1.3 di UK ini muncul dalam filem James Bond “Tomorrow Never Dies”. Tak percaya? Tengok minit 3.28 dalam video di bawah:

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda