window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2020 Aston Martin DBX dilancarkan. 550 PS kuasa kuda, 700 Nm tork, harga bermula RM 818,000

Haris · Oct 7, 2020 04:00 PM

2020 Aston Martin DBX dilancarkan. 550 PS kuasa kuda, 700 Nm tork, harga bermula RM 818,000 01

Aston Martin Kuala Lumpur baru sahaja melancarkan SUV pertama daripada jenama tersohor Aston Martin. Terkenal dengan kereta lumba dan kereta berprestasi tinggi, Aston Martin kini telah meneroka pasaran baru dengan pengenalan kenderaan utiliti lasak (SUV) pertama dalam barisan produk mereka.

2020 Aston Martin DBX dilancarkan. 550 PS kuasa kuda, 700 Nm tork, harga bermula RM 818,000 02

Aston Martin DBX menggunakan casis yang dibangunkan khas untuk SUV tersebut. Menggunakan teknik pembinaan aluminium terikat (bonded aluminium) seperti yang turut digunakan pada kereta lumba, SUV mewah seberat 2,245 kg ini menjamin dinamik pemanduan yang sesuai untuk pemanduan atas jalan mahupun off-road.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2020 Aston Martin DBX dilancarkan. 550 PS kuasa kuda, 700 Nm tork, harga bermula RM 818,000 01

Selain daripada casis khas, Aston Martin DBX menggunakan sistem suspensi udara adaptif untuk memberikan keselesaan maksimum walaupun dengan 5 penumpang. Dengan 6 mod pemanduan (4 mod atas jalan, 2 mod off road), sistem suspensi tersebut mampu dinaikkan sebanyak 45 mm atau diturunkan sebanyak 50 mm.

2020 Aston Martin DBX dilancarkan. 550 PS kuasa kuda, 700 Nm tork, harga bermula RM 818,000 02

Kuasa yang ditawarkan pada Aston Martin DBX ini dijana oleh enjin 4 liter V8 turbo berkembar yang menghasilkan sebanyak 550 PS kuasa kuda dengan 700 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi torque converter 9 kelajuan automatik dengan pacuan All Wheel Drive dan fungsi active differential.

2020 Aston Martin DBX dilancarkan. 550 PS kuasa kuda, 700 Nm tork, harga bermula RM 818,000 03

Untuk menterjemah kekuatan enjin tersebut, Aston Martin DBX mampu memecut 0 - 100 km/j dalam masa 4.5 saat sahaja dengan kelajuan maksimum dicatat pada 291 km/j. Cukup berkuasa untuk sebuah SUV mewah.

2020 Aston Martin DBX dilancarkan. 550 PS kuasa kuda, 700 Nm tork, harga bermula RM 818,000 04

Faktor penggunaan juga tidak terlepas dari pandangan pengeluar. Ruangan but berkapasiti 632 liter dengan tempat duduk belakang yang boleh dilipat secara 40:20:40 memastikan SUV ini menepati ciri praktikaliti pengguna. Bukaan yang luas pada bahagian but memastikan muatan dapat diuruskan dengan mudah.

2020 Aston Martin DBX dilancarkan. 550 PS kuasa kuda, 700 Nm tork, harga bermula RM 818,000 05

Bagi sistem infotainment pula, skrin TFT 10.25 inci terletak di tengah tengah bahagian kenderaan dengan skrin 12.3 inci pada instrumen kluster pemandu memberikan maklumat yang jelas sepanjang perjalanan. Tambahan pula, kamera pandangan 360 darjah memberikan keyakinan apabila memerlukan.

2020 Aston Martin DBX dilancarkan. 550 PS kuasa kuda, 700 Nm tork, harga bermula RM 818,000 06

Sistem audio premium oleh Aston Martin dilengkapi dengan 14 pembesar suara dipadankan dengan skrin tersebut, tidak lupa juga fungsi Apple Carplay dan sokongan bluetooth. Turut tersedia adalah lampu suasana dua zon dengan pilihan 64 warna.

2020 Aston Martin DBX dilancarkan. 550 PS kuasa kuda, 700 Nm tork, harga bermula RM 818,000 07

Aston Martin DBX merupakan sebuah SUV mewah yang elegan, berada dalam kelasnya yang tersendiri dan sangat berbaloi untuk dimiliki. Bukan sesuatu yang biasa dilihat, rekaan Aston Martin DBX tentunya kekal segar sepanjang zaman.

2020 Aston Martin DBX dilancarkan. 550 PS kuasa kuda, 700 Nm tork, harga bermula RM 818,000 08

Harga bermula daripada RM 818,000 (tidak termasuk cukai, duti dan sebarang tambahan aksesori) serta boleh didapati di bilik pameran Aston Martin Kuala Lumpur. Layari laman www.astonmartinkualalumpur.com atau hubungi talian +603 21631196 untuk maklumat lanjut.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Aston Martin DBX 707

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda