window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2020 Honda City: 5,000 tempahan sudah diterima!

Haris Β· Oct 13, 2020 03:20 PM

2020 Honda City: 5,000 tempahan sudah diterima! 01

2020 Honda City baru sahaja dilancarkan hari ini. Sedan segmen B yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ini dikemaskini dalam pilihan enjin i-VTEC DOHC dan e:HEV i-MMD, di mana enjin i-MMD hibrid membuat debut pertama di rantau ini pada 2020 Honda City RS.

2020 Honda City: 5,000 tempahan sudah diterima! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dipromosikan sebagai ‘Raja Tork’ dengan 253 Nm tork tersedia pada varian RS, 2020 Honda City tidak kurang hebatnya kerana telah menerima 5,000 unit tempahan sebelum harga rasmi diumumkan. 

2020 Honda City: 5,000 tempahan sudah diterima! 01

Sambutan yang menggalakkan ini merupakan keseinambungan kepada 355,000 unit Honda City terjual sejak daripada diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2002. Nampaknya, 2020 Honda City dijangka akan terus mengungguli jualan sedan segmen B bukan tempatan.

2020 Honda City: 5,000 tempahan sudah diterima! 02

2020 Honda City RS adalah model Honda pertama di dunia dengan enjin 1.5 liter i-MMD hibrid. Bagi varian selain RS, 2020 Honda City dijana oleh enjin 4 silinder 1.5 liter DOHC i-VTEC yang merupakan naik taraf berbanding enjin 1.5 liter SOHC dulu.

2020 Honda City: 5,000 tempahan sudah diterima! 03

Honda mendakwa bahawa enjin hibrid tersebut merupakan enjin dengan tork paling tinggi dalam kelasnya, lebih baik daripada sedan segmen C dan setanding dengan sedan segmen D.

2020 Honda City: 5,000 tempahan sudah diterima! 04

Hadir dalam 4 varian, 2020 Honda City RS belum menerima harga rasmi manakala 2020 Honda City V berharga RM 86,561, 2020 Honda City E berharga RM 81,664 dan 2020 Honda City S berharga RM 74,191.

2020 Honda City: 5,000 tempahan sudah diterima! 05

Tarikan bagi 2020 Honda City sudah tentulah kuasa dan rekaannya yang kini dipertingkat. Dengan rekaan yang semakin agresif dan harga yang menarik, tidak hairanlah jika 2020 Honda City mampu memacu Honda mengungguli kelas sedan segmen B bukan tempatan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda