2020 Honda City baru sahaja dilancarkan semalam dengan tawaran harga yang sangat menarik. Sedan segmen B terbaru dari Honda ini ditawarkan dalam 4 varian dengan harga bermula dari RM 74,191 sepanjang tempoh pengurangan cukai jualan.
Dengan 5,000 unit telah ditempah, Honda City generasi GN ini ternyata masih lagi mengujakan peminat-peminat Honda di Malaysia. Bukan sekadar itu, tawaran tambahan aksesori 2020 Honda City juga agak menarik dengan harganya.
Berikut adalah senarai pakej tambahan aksesori yang ditawarkan:
Pakej bodykit Modulo 1.0 (RM 4,473)
Didatangkan dengan spoiler bawah depan, belakang dan sisi serta spoiler bonet belakang
Pakej Urban 1.0 (RM 1,899)
Hadir dengan visor pintu, bukaan pintu bercahaya, lampu ruangan kaki dan pedal gaya sporty
Pakej Utiliti (RM 1,073)
Menerima boot tray, trunk organiser, tinted filem reflektif, kanvas penutup kereta dan penghadang matahari (pada tingkap)
Pakej Perlindungan (RM 3,007)
Coating badan Ultra Glass, coating tingkap dan lock nut tayar
Selain daripada pakej yang disebutkan di atas, Honda turut menawarkan aksesori tambahan seperti dashcam yang disyorkan Honda berharga RM 749.
Pengumuman harga bagi 2020 Honda City RS akan diumumkan pada bulan Januari 2021. Jika anda tertanya-tanya mengapa, alasan yang diberikan oleh Honda adalah di sini.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Honda City 1.5V Sensing
Upgrade
Add your car
2022 Honda Civic S i-VTEC 1.8
2022 Nissan Almera 1.5 VL A/T 1.5
Komen