window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2020 Honda City RS bakal terima panel instrumen eksklusif untuk Malaysia!

Haris · Sep 28, 2020 11:00 AM

2020 Honda City RS bakal terima panel instrumen eksklusif untuk Malaysia! 01

Sehingga kini, Honda Malaysia masih belum mendedahkan bahagian dalam 2020 Honda City serba baru, generasi kelima yang turut dikenali sebagai generasi GN.

2020 Honda City RS bakal terima panel instrumen eksklusif untuk Malaysia! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Editor kami telah berpeluang untuk memandu uji model ini untuk seketika. Semua gambar dan video bahagian dalam untuk 2020 Honda City ini masih dikenakan embargo sehingga ia rasmi dilancarkan. Baca ulasan kami di sini.

Walau bagaimanapun, video acah terbaru Honda Malaysia untuk 2020 Honda City RS memberikan sekilas pandang mengenai bahagian dalam model ini. Kami dapat mengesahkan bahawa ya, ianya memang berbeza dengan model yang dijual di Thailand.

2020 Honda City RS bakal terima panel instrumen eksklusif untuk Malaysia! 01

Oleh kerana Honda City RS pasaran Malaysia ini dijana oleh enjin hibrid penuh i-MMD 2 motor berbanding enjin 3 silinder 1.0 liter VTEC Turbo Thailand, Honda City RS pasaran Malaysia ternyata tidak akan mengenakan panel instrumen yang biasa.

Sebaliknya, Honda City RS yang bakal dipasang secara tempatan ini (CKD) merupakan model pertama di dunia yang menampilkan trenkuasa i-MMD, bakal menggunakan panel instrumen separa digital terbaru dari Honda.

2020 Honda City RS bakal terima panel instrumen eksklusif untuk Malaysia! 02

Speedometer yang tertera dilihat masih menggunakan sistem analog. Di pertengahan antara kedua-dua meter, terdapat paparan digital yang memberikan maklumat mengenai kelajuan kenderaan. Tambahan terbaru pada Honda City RS adalah ciri bantuan pemandu Honda Sensing, kini dipaparkan oleh simbol hijau di bahagian bawah.

Namun begitu, harus diingatkan bahawa Honda City RS adalah hanyalah satu daripada beberapa varian Honda City serba baharu yang akan ditawarkan. Varian yang lebih rendah dikuasakan oleh enjin 4 silinder 1.5 liter DOHC i-VTEC terbaru. Model-model ini berkemungkinan besar akan menerima panel instrumen analog yang sama dengan model spesifikasi Thailand.

2020 Honda City RS bakal terima panel instrumen eksklusif untuk Malaysia! 03

Honda Sensing pada Honda City RS mempunyai kamera monokular yang dipertingkat dengan sudut operasi yang lebih luas. Berkemungkinan fungsi FCW (Forward Collision Warning), CMBS (Collision Mitigation Braking System) dan ACC (Adaptive Cruise Control) akan meliputi kawasan yang lebih luas daripada Honda Civic, CR-V atau Accord.

2020 Honda City RS bakal terima panel instrumen eksklusif untuk Malaysia! 04

Honda City RS tiada fungsi Low Speed Follow

Walau bagaimanapun, Honda Sensing pada Honda City RS tidak mempunyai fungsi Low Speed Follow. Ia masih mempunyai Kamera Pengesanan Titik Buta Honda LaneWatch.

2020 Honda City RS bakal terima panel instrumen eksklusif untuk Malaysia! 05

Malaysia satu-satunya negara di rantau Asia yang menawarkan Honda City RS dengan LaneWatch

Honda Malaysia mengatakan Honda City RS akan menawarkan pakej keselamatan paling lengkap dalam kelasnya.

2020 Honda City RS bakal terima panel instrumen eksklusif untuk Malaysia! 06

Video acah juga menunjukkan bahawa Honda City RS bakal menerima pedal aluminium. Sama ada ini adalah aksesori pilihan atau standard masih belum dapat dipastikan

2020 Honda City RS bakal terima panel instrumen eksklusif untuk Malaysia! 07

Belum ada harga rasmi diumumkan tetapi pembeli yang membuat tempahan sekarang akan menerima baucar servis bernilai RM 1,000. Ketahui mengenai Honda City terbaharu ini di sini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda