Honda Civic merupakan kereta idaman ramai. Keterujaan yang ditawarkan oleh Honda Civic dipadankan dengan gaya agresif menjadikan Honda Civic terkenal dalam kalangan peminat kereta.
Sehubungan dengan itu, populariti Honda Civic telah membawa harganya sedikit tinggi. Ramai yang selalu berkira-kira untuk membeli Honda Civic kerana statusnya. Ramai juga yang tertanya-tanya berapakah gaji mereka yang memiliki jentera ini.
Di sini kami akan mengira berapakah kos pemilikan Honda Civic ini. Bukan hanya sekadar mengira harga kereta, pembeli haruslah mempunyai kapasiti yang munasabah untuk menjaga dan memelihara jentera tersebut.
Harga Honda Civic
Mengambil harga Honda Civic 1.8 S varian paling rendah, (RM 109.326, atas jalan, tanpa insurans) sebagai contoh, bayaran bulanan adalah lebih kurang RM 1,100 sebulan. Bayaran tersebut diambil kira dengan kadar faedah 2.25% dengan pinjaman 9 tahun. Tidak digalakkan tetapi itulah yang biasa terjadi.
Mengikut garis panduan yang selalu disyorkan bahawa pembayaran bulanan kereta tidak boleh melebihi 20% daripada gaji bulanan, gaji bersih (setelah ditolak cukai yang berkaitan, KWSP, Perkeso dll) disarankan supaya sekurang-kurangnya RM 5,500 sebulan.
Dengan insurans, penyelenggaraan, tayar dan kos operasi lain-lain yang berkaitan, perbelanjaan untuk kereta anda tidak boleh melebihi 30% daripada jumlah gaji anda.
Jika anda berkira-kira untuk memiliki Honda Civic 1.5 TC-P varian teratas dengan harga RM 134,661 (atas jalan, tanpa insurans), anda perlu membelanjakan kira-kira RM 1,350 setiap bulan dengan kadar faedah 2.24% dalam tempoh pinjaman 9 tahun .
Oleh itu, anda mesti mempunyai gaji bersih sekurang-kurangnya RM 6,750 sebelum anda menandatangani perjanjian sewa beli tersebut.
Perlu diingat bahawa kadar faedah boleh berubah. Kadar faedah berada pada paras yang rendah pada musim Covid-19 ini. Hubungi bank yang berdekatan untuk mendapatkan harga terkini. Selain itu, harga penjualan yang dinyatakan di sini hanya sah sehingga 31 Disember 2020 kerana pengecualian cukai penjualan sudah dikira.
Tambahan pula, pembayaran bulanan berdasarkan pinjaman maksimum 9 tahun merupakan sesuatu yang tidak kami cadangkan.
Lebih digalakkan untuk mengambil jangka masa pinjaman 5 tahun yang lebih pendek.
Dalam kes Honda Civic 1.8 S, memilih pinjaman 9 tahun bermaksud anda akan membayar caj faedah hampir RM 20,000, berbanding sekitar RM 10,000 sahaja jika anda memilih pinjaman 5 tahun.
Masalah terbesar dengan pinjaman 9 tahun adalah dalam jangka masa panjang, nilai kereta anda menyusut lebih banyak berbanding kemampuan anda untuk membayar pinjaman. Terdapat kemungkinan juga di mana anda mungkin terpaksa menjual kereta atau menuntut kerugian dari insurans secara penuh, anda perlu menambah wang sebelum dapat melunaskan pinjaman anda.
Hal ini kerana baki tertunggak lebih tinggi daripada nilai pasaran kereta anda.
Kos penyelenggaraan Honda Civic
Honda Civic (bajet bulanan) | ||
---|---|---|
Model | 1.8 S |
1.5 TC-P |
Kos tayar(RM) |
70/bulan 2-tahun: ~1,600 |
120/bulan 2-tahun: ~2,800 |
Purata kos servis (RM) |
60 (~700/tahun) |
60 (~680/tahun) |
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS
Upgrade
Add your car
2020 Toyota Corolla Altis G 1.8
2019 Honda Accord i-VTEC VTi-L Advance 2.4
2020 Honda Civic TC VTEC Premium 1.5
Komen