window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L?

Haris · Sep 17, 2020 08:00 PM

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 01

Mungkin ramai yang mengatakan bahawa Proton X50 dan Perodua D55L adalah dalam segmen yang berbeza. Selalunya, warganet akan mengatakan bahawa Proton X50 jatuh dalam kategori SUV segmen B manakala Perodua D55L jatuh dalam kategori segmen A.

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 01

Anda mungkin benar tapi tahukah anda bahawa Perodua D55L sedikit lebih besar berbanding Perodua Myvi? Segmen apa pula hatchback kegemaran rakyat Malaysia ini dikategorikan? Klik pautan dalam artikel ini untuk bacaan lanjut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa-apa pun, sebaik sahaja pratonton Proton X50 didedah, mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah anda patut menunggu Perodua D55L?

Perincian dimensi

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 01

Di atas adalah perbezaan dimensi Proton X50 yang sudah didedah dengan Perodua D55L. Kesimpulan awal, ternyata Proton X50 lebih besar berbanding Perodua D55L.

Kategori yang lebih tepat dalam membezakan kedua-dua model adalah seperti berikut. Proton X50 dikategorikan dalam SUV segmen B atas. Perodua D55L pula jatuh dalam kategori SUV segmen B bawah (atau pengenalan).

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 02

Perodua D55L masih lagi menang pada bahagian but belakang. 369 liter but belakang berbanding 330 liter dalam Proton X50. Berat Perodua D55L juga adalah 1,050 kg, sedikit ringan berbanding 1,372 kg pada Proton X50.

Enjin dan trenkuasa

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 03

Raize dengan talaan Blitz

Kedua-duanya mempunyai enjin 3 silinder turbocharged tetapi perbezaan di sini adalah kapasiti. Perodua D55L menggunakan enjin 3 silinder 1.0 liter berkuasa turbo dengan 98 PS kuasa kuda dan 140 Nm tork yang digandingkan dengan transmisi CVT automatik.

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 04

Proton X50 varian paling tinggi menggunakan enjin 3-silinder 1.5 liter berkuasa turbo TGDi dengan 177 PS kuasa kuda dan 255 Nm tork yang digandingkan dengan transmisi klac berkembar (DCT) 7-kelajuan. Hampir dua kali ganda kuasa kuda dan tork berbanding Honda City RS 2020.

Rekaan dalaman

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 05

Dengan menggunakan Toyota Raize / Daihatsu Rocky sebagai rujukan, kualiti kabin pada Perodua D55L jelas dibina dengan mempertimbangkan harga yang lebih mampu milik. Penggunaan plastik keras jelas kelihatan dalam setiap inci dalaman kereta ini. 

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 06

Berdasarkan maklum balas daripada hos kami Adrian, Proton X50 menggunakan kemasan kulit berkualiti tinggi, hiasan dalaman yang menarik dan paparan definisi tinggi memberikan kesan kabin yang lebih tinggi kualiti binaan. Terdapat juga varian dengan bumbung suria panorama, kemasan dua tona dan paparan infotainment skrin 10 inci.

Walau bagaimanapun, Proton X50 tidak mempunyai sambungan Android Auto / Apple CarPlay sementara Raize / Rocky menyokong fungsi ini.

Ciri keselamatan

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 07

Kedua-duanya mempunyai Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) termasuklah Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control), Brek Kecemasan Automatik dan Lampu Tinggi Automatik.

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 08

Selepas Proton X50 didedah, Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) pada SUV Proton ini adalah lebih menyeluruh dengan fungsi seperti Bantuan Parkir Automatik, Amaran Penukaran Lorong dan Bantuan Kawal Laluan (Lane Keep Assist).

Harga

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 09

Soalan paling cepumas sudah tentulah harganya. Tiada pengumuman harga rasmi oleh Proton X50 tetapi spekulasi harga SUV ini adalah dalam lingkungan RM 80,xxx hingga RM 10x,xxx. Varian Flagship paling atas mungkin lebih sedikit daripada RM 100,000.

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 10

Bagi harga Perodua D55L pula, kami membandingkan dengan model-model Perodua. Perodua Myvi paling mahal berharga RM 52,697 manakala Perodua Aruz paling mahal berharga RM 73,226. Harga Perodua D55L mungkin dalam julat sekitar RM 53,xxx - RM 73,xxx

Kehadiran dalam pasaran

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 11

Proton X50 sudah boleh ditempah dan pelancaran rasmi dengan pengumuman harga berkemungkinan bakal dilakukan dalam majlis pelancaran pada bulan Oktober 2020.

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 12

Perodua D55L dilaporkan akan mula dipasang pada bulan Disember 2020 dan melakukan debut pada awal tahun 2021.

Tunggu Perodua D55L?

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 13

Jika anda penggemar kuasa tinggi, pemanduan sebelah kanan Proton dan lebih kuasa tork berbanding Honda City RS, Proton X50 adalah SUV segmen B yang patut anda tempah sekarang. Jika anda mahu menjadi pembeli awal, hanya 1,300 unit disasarkan untuk Proton X50.

2020 Proton X50: Beli SUV ini atau tunggu Perodua D55L? 14

Perodua D55L masih mempunyai nilai tersendiri. Ruang kargo yang lebih besar, lebih praktikal, lebih penjimatan minyak dan sudah tentu harga yang lebih murah adalah nilai jualan unik bagi Perodua D55L. Adakah ini bakal penggegar pasaran segmen B sebenar?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda