window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan?

Haris · Sep 25, 2020 06:00 PM

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 01

Proton X50 baru sahaja dilancarkan dengan 4 pilihan varian dan 2 pilihan enjin. SUV segmen B terbaru dari Proton ini ternyata digembar-gemburkan dengan jayanya dan ura-ura mengatakan bahawa 12,000 tempahan telah diterima dalam masa yang sama, hanya 4,000 unit disasarkan untuk disiapkan sebelum tahun 2021.

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara perkara yang paling hangat diperkatakan adalah penggunaan enjin 3 silinder. Karakter enjin 3 silinder adalah gegaran. Walaubagaimanapun, Volvo dan Geely mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penambahbaikan terhadap enjin tersebut bakal mengurangkan gegaran enjin dengan ketara.

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 01

Terdapat 2 pilihan enjin dan perbezaan ini telah kami kupas di sini. Walaubagaimanapun, enjin pada Proton X50 varian Flagship banyak menjadi bualan ramai. Enjin terbaru ini dibina oleh CEVT, sebuah syarikat usahasama Geely dan Volvo. 

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 02

Lebih menarik lagi, enjin 1.5 liter TD (nama asal dari CVET) tidak pernah digunakan pada mana mana model Geely dan Volvo, kali pertama digunakan pada Proton X50. Proton X50 juga bukanlah sebuah Volvo XC40 versi bajet, terma ringkas paling banyak digunakan oleh jurujual.

Fakta - Gegaran dikurangkan dengan bantuan teknologi

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 03

Geely dan Volvo optimis bahawa kemajuan teknologi bakal mengurangkan gegaran enjin dengan jumlah silinder ganjil. Antara penambahbaikan teknologi yang digunakan pada enjin 3 silinder tersebut adalah 

  • Aci engkol dengan pemberat timbal (counterweighted crankshafts)

  • Roda tenaga berat berkembar dengan bandul emparan penyerap gegaran (dual mass flywheel with centrifugal pendulum absorber damper)

  • Aci pengimbang tunggal (single balancing shaft)

  • Rantai pemasaan rendah bunyi (low noise timing belt)

  • Takung minyak yang diperkukuh (high stiffness oil pan), 

  • Pam minyak pendesak tak simetri (asymmetric oil pump impeller)

  • Ruang enjin (engine compartment) 

  • Peredam gegaran (vibration dampener)

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 04

Kesemua spesifikasi tersebut membantu mengurangkan enjin secara keseluruhan. Tahap NVH pada enjin terbaru ini didakwa setara atau lebih baik daripada enjin 4 silinder. 

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 05

Berdasarkan rajah yang disertakan, enjin 1.5 TD mampu memberikan tork segera dengan bacaan yang sangat tinggi melebihi Honda City RS. Bacaan penggunaan minyak Proton X50 pula didakwa sebanyak 6.4 liter / 100 km. Agak tinggi dan agak jauh daripada senarai 5 kereta jimat minyak bukan Perodua.

Realiti - Enjin nombor ganjil tidak seimbang

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 06

Secara fiziknya, daya utama (primary force) pada enjin 3 silinder mustahil untuk seimbang. Ketiga-tiga piston tidak mengimbangi berat antara satu sama lain. Dalam enjin 4 silinder, 2 piston di atas akan diimbangi dengan 2 piston di bawah. Ikuti lebih kupasan mengenai keseimbangan jumlah silinder enjin dalam artikel ini.

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 07

Enjin 4 silinder. Kalau 3? Sumber: Autodesk

Enjin dengan jumlah silinder ganjil sememangnya tidak lari dari gegaran tetapi bantuan teknologi ternyata mampu mengurangkannya. Harus diingatkan, ia masih terhad hingga ke suatu tahap.

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 08

Walaubagaimanapun, perkara yang membangkitkan persoalan utama adalah apa yang akan terjadi apabila senarai ‘teknologi’ tersebut haus atau rosak atau ditukar dengan alat ganti yang tidak mencapai piawai Proton? Adakah pembeli akan dibebani dengan kos penyelenggaraan tinggi disebabkan spesifikasi khusus tersebut?

Kesimpulan

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 09

Geely dan Volvo turut mendakwa telah menguji enjin 1.5TD untuk bertahan selama 15 tahun atau jarak tempuh 350,000 km. Kedua-dua angka ini jauh lebih tinggi daripada standard industri iaitu pada 10 tahun atau 200,000 km.

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 10

Honda juga telah melakukan kajian terhadap enjin 3 silinder namun mengambil langkah yang lebih sesuai dengan mengekalkan enjin 4 silinder 1.5 liter NA pada varian Honda City serba baharu yang bakal dilancarkan. Hanya Honda City di Thailand yang menggunakan enjin 3 silinder 1.0 liter Turbo untuk mengambil peluang kelebihan cukai berasaskan pelepasan karbon.

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 11

Kemungkinan besar, enjin tersebut tidak bermasalah dan kita bertuah menjadi pengguna awal enjin yang bakal menjadi kecemerlangan kejuruteraan ini. Mungkin juga, saiz pasaran kita yang kecil menjadi medan terbaik untuk menguji enjin tersebut dan menerima maklumbalas awal.

Apatah lagi, model kereta keluaran awal tidak disarankan untuk pembeli kereta pertama. Proton X50 sememangnya lebih disasarkan untuk pembeli yang ingin menaik taraf kereta mereka.

2020 Proton X50: Enjin 3 silinder didakwa kurang gegaran tetapi mengapa masih ada keraguan? 12

Sebelum anda sangsi, satu-satunya cara untuk menentukan dakwaan tersebut adalah dengan memandu uji sendiri Proton X50 dan menilai faktor tersebut sendiri. 

Jika anda tidak tahu bagaimana ingin memilih varian yang sesuai, ikuti saranan Adrian di bawah sebelum memilih varian Proton X50 anda.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda