2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan?

Haris · Oct 1, 2020 04:00 PM

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 01

Proton X50 telah pun didedahkan pada 15 September 2020. SUV segmen B ini dijangka akan menggegarkan pasaran kenderaan bawah RM 100k seperti mana yang telah dilakukan oleh Proton X70.

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 02

Dilancarkan dalam 4 varian dan 2 enjin, Proton X50 disasarkan sebanyak 4,000 unit sebelum tahun 2020 menutup tirainya. Enjin terbaru iaitu enjin 1.5 liter TGDi digunakan pada varian paling atas SUV ini menjadikan Proton X50 sebagai model pertama yang menggunakan enjin ini.

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 01

Kami berpeluang memandu uji Proton X50 dalam sesi media di litar Sepang dan dilakukan secara tertutup. Pandu uji media tersebut hanya melibatkan sedikit bahagian di litar Sepang, cukup untuk memberikan gambaran awal mengenai kekuatan engin TGDi terbaru ini.

Melalui pandu uji tersebut, terdapat sedikit maklumat yang dapat kami kongsikan mengenai Proton X50 ini.

Pandang pertama

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 02

Di atas kertas, Proton X50 lebih lebar dan tinggi berbanding Honda HR-V. Walau bagaimanapun, SUV ini kelihatan agak kompak apabila dilihat secara berdepan. Untuk perbandingan yang lebih dekat, berikut adalah perbandingan dengan Honda HR-V. 

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 03

Terdapat 6 pilihan warna yang ditawarkan, iaitu Putih Snow White, Perak Armour Silver, Kelabu Jet Grey, Biru Ocean Blue, Jingga Citric Orange dan Merah Passion Red. Kelihatan pilihan 3 warna yang ada pada pandu uji ini iaitu Merah, Kelabu, Perak dan Biru.

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 04

Pilihan kami adalah warna Merah Passion Red yang memberikan kontras yang baik dengan warna hitam yang digunakan pada beberapa bahagian panel badan.

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 05

Melangkah ke bahagian dalam, tempat duduk kulit yang ditawarkan selesa. Kesemua tatalan butang dan tombol yang boleh disentuh menggunakan bahan-bahan berkualiti. Terasa sentuhan komitmen yang tinggi untuk aspek kualiti telah dilakukan oleh Proton.

Prestasi pemanduan

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 06

Ujian ini adalah untuk memberikan pandangan awal terhadap kemampuan enjin terbaru pada enjin Proton X50 ini. Enjin tiga silinder 1.5 liter TGDi yang digunakan adalah enjin suntikan terus yang mampu menjana 177 PS kuasa kuda dan 255 Nm tork. Kesemua kuasa yang diberikan ini digandingkan dengan transmisi klac berkembar DCT 7 kelajuan.

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 07

Dari luar, bunyi gegaran enjin langsung tidak dapat didengari tetapi setelah anda melangkah masuk ke dalam kereta, ia hampir tidak dapat didengari. Hal ini menunjukkan bahawa kabin telah ditebat dengan baik. Sensasi gegaran terasa jauh dari gegaran pada model Perodua lama seperti Kancil dan Viva.

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 08

Sedikit gegaran hanya dirasakan ketika enjin dihidupkan kemudian ia beransur. Sudah tentu, anda dapat merasai gegaran jika anda benar-benar menumpukan perhatian tetapi tidak bagus jika kita sibuk mencari kesalahan. 

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 09

Kekuatan enjin ditonjolkan dengan cara lumba drag race bersebelahan dengan BMW X1 dan Honda HR-V

Tork yang hadir pada 1,500 rpm memberikan pecutan terbaik bagi kereta di bawah harga RM 100k. Transmisi DCT pula hanya sedikit pantas berbanding transimisi yang sama ada pada Proton X70.

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 10

Pendapat kami, Proton X50 hantaran kuasa tidak setaraf dakwaan 177 PS kuasa kuda dan 255 Nm tork. BMW X1 terasa lebih berkuasa walaupun mempunyai output kuasa yang lebih rendah (140 PS / 220 Nm). 

Hal ini disebabkan oleh ciri peralihan gear yang lancar (baca: perlahan) pada transmisi DCT 7-kelajuan Proton X50. Tempoh penukaran gear selama 0.3 saat sebenarnya agak lambat lalu menyekat kereta di antara peralihan gear tinggi dengan sedikit jeda yang ketara. 

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 11

Kendalian Proton X50 terasa lebih menyeluruh dengan respons stereng yang linear. Walaubagaimanapun, Proton X50 terasa mudah oleng disebabkan oleh sistem suspensi namun perkara ini adalah kompromi untuk penyesuaian dengan jalanraya Malaysia.  

Keselesaan pemanduan

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 12

Pandu uji Proton X50 membawa kami di dalam litar Sepang sahaja. Melewati lintasan trek, sistem gantungan terasa lebih 'lembut' berbanding Geely Binyue. Ia lebih mudah mampat berbanding menganjal memberikan petanda awal ia mampu menyerap keadaan jalanraya yang wakil rakyatnya tidur.

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 13

Kerja-kerja peredam bunyi pada Proton X50 sangat baik namun bacaan desibel yang lebih objektif hanya mampu dilakukan dalam sesi rebiu kami. Setakat ini, apa yang boleh diperkatakan adalah tugas-tugas meredam bunyi setanding dengan Proton X70.

Kesimpulan

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 14

Kurang keraguan kami pada kekuatan enjin Proton X50 selepas memandu uji SUV kompak ini. Enjin 3 silinder 1.5 liter TGDi ternyata kurang gegaran yang ketara dan cukup berkuasa. Talaan Ride & Handling oleh Proton ternyata memberikan impak yang berbeza dengan rebiu kami dengan Geely Binyue.

2020 Proton X50 pandu uji: Setaraf dengan apa yang digembar-gemburkan? 15

Belum ada tanda harga rasmi yang diumumkan dan kesemuanya telah dijelaskan di sini. Walaubagaimanapun, Proton X50 sudah boleh ditempah di kesemua pengedar rasmi Proton berdekatan anda. Namun, mungkin anda akan menerima SUV ini hanya pada tahun hadapan.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru