window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2020 Proton X50 sasar sekitar 1,300 unit jualan sahaja sebulan. Lebih rendah dari Proton X70?

Haris · Sep 17, 2020 11:00 AM

2020 Proton X50 sasar sekitar 1,300 unit jualan sahaja sebulan. Lebih rendah dari Proton X70? 01

Proton telah mensasarkan untuk menjual 4,000 unit SUV segmen B Proton X50 dalam tahun 2020. SUV ini masih belum dilancarkan tetapi tempahan sudah pun dibuka sekarang.

2020 Proton X50 sasar sekitar 1,300 unit jualan sahaja sebulan. Lebih rendah dari Proton X70? 01

Sasaran yang ditetapkan agak konservatif. Andai kata model ini dilancarkan pada bulan Oktober, Proton mempunyai sekitar 3 bulan untuk memenuhi target 4,000 unit tersebut. Ini bermakna, purata penjualan bulanan adalah sekitar 1,330 unit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2020 Proton X50 sasar sekitar 1,300 unit jualan sahaja sebulan. Lebih rendah dari Proton X70? 01

Sebagai perbandingan, purata unit penjualan Proton X70 (model CKD yang dipasang secara tempatan) adalah sekitar 1,800 unit sebulan, dengan 12,732 unit siap pada bulan Ogos 2020, sejak pelancarannya pada 12 Februari 2020 yang lalu.

2020 Proton X50 sasar sekitar 1,300 unit jualan sahaja sebulan. Lebih rendah dari Proton X70? 02

Bercakap pada sidang media pratonton Proton X50 pada Selasa lepas, Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif bahagian jualan Proton Edar, menambah bahawa walaupun sasaran penjualan yang ditetapkan untuk tahun 2020 adalah 4,000 unit, syarikat itu dapat menampung permintaan yang lebih tinggi kerana kilang Tanjung Malim dapat menghasilkan sehingga 8,000 unit Proton X50 hingga akhir tahun ini.

2020 Proton X50 sasar sekitar 1,300 unit jualan sahaja sebulan. Lebih rendah dari Proton X70? 03

Bagi permintaan eksport, Roslan menjelaskan bahawa fokus utama Proton untuk Proton X50 memenuhi permintaan domestik terlebih dahulu. Model eksport tetap dalam perancangan tetapi hanya akan dipertimbangkan setelah permintaan domestik stabil (jangkaan permintaan tinggi pada bulan-bulan awal selepas setiap pelancaran model baru).

Beliau menambah lagi bahawa eksport Proton X50 yang paling cepat hanya boleh dimulakan pada akhir tahun 2021. Buat masa ini, rancangan eksport Proton lebih tertumpu pada Proton X70 yang baru dilancarkan di Brunei dan Bangladesh.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda