window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2020 Proton X50 spesifikasi dan varian didedah! Ada sedan atau SUV segmen B yang lebih baik?

Haris · Sep 15, 2020 05:00 PM

2020 Proton X50 spesifikasi dan varian didedah! Ada sedan atau SUV segmen B yang lebih baik? 01

Selepas sebuah penantian yang panjang, Proton X50 akhirnya didedah dalam sebuah majlis tertutup. Proton X50 adalah sebuah SUV segmen B terbaru dari Proton dan berdasarkan model Geely Binyue. Model ini dijangka bakal menggegar pasaran segmen B secara keseluruhannya sepertimana yang telah dilakukan oleh Proton X70.

2020 Proton X50 spesifikasi dan varian didedah! Ada sedan atau SUV segmen B yang lebih baik? 01

Bagi pembeli yang berminat untuk memiliki Proton X50 ini, tempahan akan dibuka pada 16 September 2020 bermula pada jam 12 pagi. Tempahan boleh dilakukan pada kesemua pengedar Proton berdekatan anda dengan yuran tempahan sebanyak RM 500 sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Varian dan spesifikasi

2020 Proton X50 spesifikasi dan varian didedah! Ada sedan atau SUV segmen B yang lebih baik? 01

Proton dengan murah hati menawarkan 4 varian bagi model ini. Terdapat 2 pilihan enjin iaitu enjin tiga silinder 1.5 liter berkuasa Turbo dan 1.5 liter TGDi yang lebih berkuasa.

Selain itu, enjin 1.5 liter TGDi hanya ditawarkan pada varian Proton X50 paling atas. Bagi transmisinya pula, Proton X50 menggunakan transmisi klac berkembar DCT 7 kelajuan seperti mana yang terdapat pada Proton X70 tetapi dengan talaan berbeza.

2020 Proton X50 spesifikasi dan varian didedah! Ada sedan atau SUV segmen B yang lebih baik? 02

Perbezaan antara varian boleh didapati melalui jadual di bawah:

2020 Proton X50 spesifikasi dan varian didedah! Ada sedan atau SUV segmen B yang lebih baik? 03

Tidak terkecuali adalah 6 pilihan warna bagi Proton X50 ini. 4 warna yang sinonim dengan Proton iaitu Putih Snow White, Perak Armour Silver, Kelabu Jet Grey dan Biru Ocean Blue. Terdapat juga 2 warna baharu iaitu Jingga Citric Orange dan Merah Passion Red.

2020 Proton X50 spesifikasi dan varian didedah! Ada sedan atau SUV segmen B yang lebih baik? 04

Perbezaan warna dalam setiap varian boleh didapati melalui jadual di bawah:

2020 Proton X50 spesifikasi dan varian didedah! Ada sedan atau SUV segmen B yang lebih baik? 05

Perbezaan enjin

2020 Proton X50 spesifikasi dan varian didedah! Ada sedan atau SUV segmen B yang lebih baik? 06

2 pilihan enjin ditawarkan untuk memberikan output kuasa yang berbeza. Enjin tiga silinder 1.5 liter berkuasa Turbo adalah enjin suntikan pelbagai yang mampu menjana sebanyak 150 PS kuasa kuda dan 226 Nm tork.

2020 Proton X50 spesifikasi dan varian didedah! Ada sedan atau SUV segmen B yang lebih baik? 07

Untuk varian Flagship, enjin empat silinder 1.5 liter TGDi yang digunakan adalah enjin suntikan terus yang mampu menjana 177 PS kuasa kuda dan 255 Nm tork. Enjin asas 3 silinder digunakan bagi memberikan penjimatan minyak, peningkatan prestasi dan lebih mesra alam. 

Harga

2020 Proton X50 spesifikasi dan varian didedah! Ada sedan atau SUV segmen B yang lebih baik? 08

Belum ada pengumuman harga rasmi untuk Proton X50. Proton bakal mengumumkan harga rasmi melalui pelancaran rasmi Proton X50. Berdasarkan anggaran kami, julat harga berkemungkinan besar adalah dalam lingkungan RM 8x,xxx sehingga RM 10x,xxx.

Untuk lebih maklumat lanjut dan fungsi tambahan, ikuti artikel lanjut kami mengenai Proton X50 ini di sini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda