UMW Toyota Motor telah mengumumkan bahawa Toyota RAV4 2020 yang baru akan dilancarkan pada 18 Jun 2020 secara atas talian. Pelanggan yang berminat boleh mendaftar di laman web UMW Toyota Motor.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Toyota RAV4 2020 baru:
Toyota RAV4 2020 adalah model CBU dari Jepun
Nampaknya, insentif automotif yang diumumkan baru-baru ini hanya membawa kepada pengurangan 5% cukai jualan sahaja. Harganya bakal memberi jurang yang besar berbanding saingan utamanya iaitu Honda CR-V dan Mazda CX-5 kerana kedua-dua saingannya itu merupakan model CKD tempatan.
Harga
Varian paling tinggi Toyota RAV4 dikuasakan oleh enjin petrol 2.5 liter A25A-FKS Dynamic Force dijual pada harga RM 223,880* (termasuk 10% cukai jualan).
Varian paling rendah pula yang dijana enjin petrol M20A.FKS Dynamic Force berharga RM 203,880* (termasuk 10 peratus cukai jualan).
*harga atas jalan tanpa insurans
Spesifikasi Enjin
Toyota RAV4 ditawarkan dengan enjin Dynamic Force 2.0 atau 2.5 liter Naturally Aspirated. Enjin 2.5 liter menghasilkan 207 PS dan 243 Nm tork dengan transmisi automatik Direct Shift 8-kelajuan konvensional. Enjin 2.0 liter pula menjana 173 PS dan 207 Nm tork serta menggunakan transmisi CVT dengan Sequential Shiftmatic.
Lebih menarik lagi, Toyota RAV4 adalah model Toyota pertama yang akan ditawarkan dengan enjin Dynamic Force. Sebelum ini, hanya Lexus ES 250 dan Lexus UX 200 sahaja yang ditawarkan dengan enjin Dynamic Force.
Ciri keselamatan
Fungsi ADAS Toyota iaitu Toyota Safety Sense (TSS) telah ditawarkan lengkap pada kedua-dua varian.
Maklumat lain mengenai Toyota RAV4
Toyota RAV4 menggunakan platform TNGA-K yang turut digunakan oleh Toyota Camry dan Toyota Harrier terbaru (belum dilancarkan di Malaysia).
Saingan Toyota RAV4
Saingan utama Toyota RAV4 adalah Honda CR-V, Mazda CX-5, dan Mitsubishi Outlander dalam pasaran SUV segmen C.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2020 Toyota RAV4 2.0L
Upgrade
Add your car