window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2021 Honda CBR650R dan 2021 Honda CB650R dikemaskini. Hadir ke Malaysia tahun 2021?

Haris · Oct 6, 2020 01:00 PM

2021 Honda CBR650R dan 2021 Honda CB650R dikemaskini. Hadir ke Malaysia tahun 2021? 01

Kedua-dua model bersaudara, Honda CBR650R dan Honda CB650R menerima kemaskini kecil untuk pasaran India dan Eropah. Kemaskini kecil tersebut adalah sekadar talaan enjin, talaan suspensi dan seragam baru.

2021 Honda CBR650R dan 2021 Honda CB650R dikemaskini. Hadir ke Malaysia tahun 2021? 02

Bagi Honda CBR650R, kemaskini yang diterima adalah penggunaan reflektor pada lampu hadapan LED dengan sedikit tambahan rekaan pada seragam baharu. Selain itu, Honda CBR650R ini masih mengekalkan warna Hitam Matt Gunpowder Black Metallic dan Merah Grand Prix Red.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2021 Honda CBR650R dan 2021 Honda CB650R dikemaskini. Hadir ke Malaysia tahun 2021? 01

Bagi Honda CB650R pula, kemaskini yang diterima adalah penggunaan fork terbalik 41 mm Showa Separate Function Big Piston (SFF-BP). Kemaskini sistem suspensi hadapan tersebut disasarkan untuk memberikan penunggangan yang lebih sporty dengan serapan hentak yang lebih baik.

2021 Honda CBR650R dan 2021 Honda CB650R dikemaskini. Hadir ke Malaysia tahun 2021? 02

Selain itu, Honda CB650R mengenakan hendal yang sedikit ke hadapan dan pengecas USB di bawah tempat duduk. Selain itu, terdapat juga pertambahan radius pusingan sebanyak 3° yang menjadikan keseluruhan radius pusingan sebanyak 35°.

2021 Honda CBR650R dan 2021 Honda CB650R dikemaskini. Hadir ke Malaysia tahun 2021? 03

Kedua-dua model ini dijana oleh enjin 4 silinder 649 cc 16 injap sebaris dengan sejukan cecair bagi pasaran Malaysia sekarang. Enjin tersebut mampu menjana 93.8 hp pada 12,000 rpm dan 64 Nm tork pada 8,500 rpm yang dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan dengan klac jenis slipper clutch dan pacuan rantai. 

2021 Honda CBR650R dan 2021 Honda CB650R dikemaskini. Hadir ke Malaysia tahun 2021? 04

Nampaknya tiada sebarang rancangan untuk mengemaskini kedua-dua Honda CBR650R dan Honda CB650R dalam masa terdekat kerana kedua-duanya masih baru dilancarkan pada tahun 2019. Mungkin akan hadir awal tahun 2022?

Sumber: Motorrad-magazin.at

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda