window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah!

Haris · Oct 20, 2021 12:30 PM

2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah! 01

Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia kini tampil dengan model terbaru mereka dalam pasaran melalui pelancaran Land Rover Defender 110 generasi baharu 2022. Sebelum ini, model Defender masih berasaskan model asal tahun 1948 namun Land Rover Defender 110 generasi terbaru ini memecahkan tradisi sebagai sebuah model serba baharu.

Hanya model 5 pintu sahaja yang ditawarkan iaitu Land Rover Defender 110. Model Land Rover Defender 90 dengan 3 pintu tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah! 01

2 pilihan trenkuasa ditawarkan iaitu enjin pancitan bahan api  kawalan elektronik 2.0L 300PS Ingenium 4-silinder, dan enjin bahan api 3.0L 400PS MHEV (Mild Hybrid Electric Vehicle) 6- silinder.

2.0L 300PS Ingenium berprestasi tinggi ini  menghasilkan tenaga maksimum 300PS pada 5,500rpm dan daya kilas maksimum setinggi 400NM pada 1,500 – 4,500rpm, manakala tren kuasa 3.0L 400PS MHEV yang lebih cekap menampilkan twin-scroll turbocharge dan supercharger 48-volt yang memberikan tenaga 400PS dan daya kilas setinggi 500Nm, memecut 0-100km/j dalam masa 6.1 saat.

2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah! 02

Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik ZF 8-kelajuan. Bagi tujuan off-road pula, transfer case 2-kelajuan turut dimuatkan pada Land Rover Defender 110 ini.

Rekabentuk badan Defender yang kukuh membolehkannya menunda dan membawa bebanan berat dengan rak bumbung dan sistem bar tunda dengan kapasiti tundaan seberat 3,500kg. Badannya yang ultra tegap berupaya menempuh cabaran merentasi daratan dengan beban maksimum bumbung statik seberat 300kg.

2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah! 03

Melihat pada rekaan yang berkotak, tidak banyak yang boleh diperkatakan namun bagi peminat tegar 4x4, ini merupakan rekaan yang sempurna. Unjuran hadapan dan belakang yang pendek (sudut tuju 38°, sudut pelepasan 40°) bagi memudahkan urusan mendaki atau menuruni bukit.

2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah! 04

Kerangka baharu dan rekabentuk badan D7x yang dibina berasaskan struktur monokok aluminium ringan, direkayasa untuk bertahan dengan prosedur Extreme Event Test Land Rover yang dilakukan berulang kali, jauh melangkaui piawaian normal untuk SUV dan kereta penumpang

2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah! 05

Di sebalik rekaan tersebut, masih terdapat sentuhan moden seperti lampu hadapan dan lampu siang LED, dengan fungsi seperti kemasukan tanpa kunci. Rim 20-inci dengan rekaan jejari 5 bilah melengkapi keseluruhan rekaan Land Rover Defender ini.

2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah! 06

Bahagian dalam pula adalah tempat di mana Land Rover memberikan harganya yang mahal terasa berbaloi. Kabin disudahi dengan kemasan kulit secara keseluruhan, dengan pelarasan kerusi elektrik 8 arah dengan sistem ventilasi udara.

2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah! 07

Tugas-tugas hiburan menggunakan sistem infotainment berskrin 10-inci dengan fungsi seperti Android Auto dan Apple Carplay di samping pakej navigasi oleh Land Rover. Mana tahu, tersesat di tengah hutan tanpa sebarang liputan.

2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah! 08

Suspensi udara mentransformasi kendalian 4x4 di atas jalan dan meningkatkan keupayaan all-terrain, memberikan kelegaan jarak dari tanah 75mm untuk pemanduan off-road dan pemanduan penuh selesa melalui pelbagai permukaan. Tambahan angkatan 70mm bermakna sistem udara boleh mengangkat badan Defender sehingga 145mm bila perlu, manakala sistem Elegant Arrival, akan menurunkan badannya sehingga 40mm secara automatik untuk memudahkan pergerakan keluar masuk.

2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah! 09

Selain itu, Kamera Keliling 3D dengan perspektif 3D baharu dan pandangan atas 360° menjadikan kawalan pemanduan lebih mudah, manakala pandangan off-road, termasuk inovasi ClearSight Ground View memberikan pemandu keyakinan merentasi pelbagai permukaan bumi.

2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah! 10

Harga jualan varian 2.0L 300PS bermula dari RM 798,800 manakala 3.0L 400PS MHEV bermula dari  RM 998,800 (harga termasuk pengecualian 50% Cukai Jualan Penjana, tidak termasuk Cukai Jalan, Pendaftaran dan Insurans).

Jam tangan Land Rover Heritage bernilai RM2,288 turut diberi bersama setiap Defender yang didaftarkan pada 2021 sempena sambutan ulangtahun kerjasama Sime Darby and Land Rover yang ke-40 (sementara stok masih ada).

2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah! 11

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.landrover.com.my. Kesemua kenderaan Land Rover didatangkan dengan program Land Rover Care meliputi waranti 5 tahun, servis percuma 5 tahun dan bantuan tepi jalan selama 3 tahun.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Land Rover Defender 110 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda