window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2021 MG 5 dipratonton di Thailand untuk lawan Civic & Altis! RM 77 - RM 103k, 119 PS 150 Nm

Zamil Syaheer · Jul 6, 2021 01:00 PM

2021 MG 5 dipratonton di Thailand untuk lawan Civic & Altis! RM 77 - RM 103k, 119 PS 150 Nm 01

MG Thailand telah memuat naik beberapa imej tentang model terbarunya, MG 5, seperti yang didedahkan oleh laman web rakan kami di Autofun Thailand. MG 5 akan bertarung dengan pesaing segmen C seperti Toyota Corolla Altis, Honda Civic dan Mazda 3.

2021 MG 5 dipratonton di Thailand untuk lawan Civic & Altis! RM 77 - RM 103k, 119 PS 150 Nm 02

Anggaran harga bagi MG 5 adalah sekitar THB 600,000 hingga THB 800,000 (RM 77,489 hingga RM 103,318). Sebagai perbandingan, berikut adalah harga pesaing segmen C di Thailand.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Harga pesaing MG 5
Model THB RM
MG 5 600,000 - 800,000 77,489 - 103,318
Honda Civic 874,000 - 1,219,000 112,825 - 157,361
Toyota Corolla
Altis
839,000 - 1,099,000 108,306 - 141,870
Mazda 3 969,000 - 1,198,000 125,088 - 154,650\

Terdapat 3 varian yang ditawarkan, iaitu C, D dan X, dengan total 6 warna: Nuclear Yellow, Arctic White, Black Knight, Silver Metallic, Scarlet Red dan Abu Metal Ash Gray.

2021 MG 5 dipratonton di Thailand untuk lawan Civic & Altis! RM 77 - RM 103k, 119 PS 150 Nm 01

Anda pasti setuju dengan kami bahawa MG 5 ini nampak lain daripada yang apa yang biasanya ditawarkan di pasaran. Dari depan ke belakang, reka bentuk luaran MG 5 yang beralun ini nampak berani, agresif, dan sporty.

2021 MG 5 dipratonton di Thailand untuk lawan Civic & Altis! RM 77 - RM 103k, 119 PS 150 Nm 02

Bahagian dalamannya mengikut tema yang sama, moden dan intuitif. Ia membawa suasana yang lebih premium berbanding beberapa pesaing kelasnya. Antara kelengkapan yang ada termasuk:

  • Tempat duduk kulit sport dengan pelarasan elektrik 6 arah untuk tempat duduk pemandu
  • Bumbung suria
  • Skrin sentuh infotainment 10 inci
  • Panel instrumen digital 7 inci sepenuhnya
  • Cermin pandang belakang yang redup secara automatik
  • Corong penghawa dingin di belakang
  • Ciri Android Auto / Apple CarPlay
  • Sistem Smart Key dengan butang Push Start
  • Kawalan iklim elektronik

2021 MG 5 dipratonton di Thailand untuk lawan Civic & Altis! RM 77 - RM 103k, 119 PS 150 Nm 03

Di atas ciri keselamatan yang biasa (ABS, TCS, 6 beg udara), MG 5 hadir dengan beberapa ciri bantuan pemandu ADAS, iaitu:

  • Bantuan Perubahan Lorong (LCA)
  • Monitor Titik Buta (BSM)
  • Makluman Lalu Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)

2021 MG 5 dipratonton di Thailand untuk lawan Civic & Altis! RM 77 - RM 103k, 119 PS 150 Nm 04

Hanya satu pilihan trenkuasa yang ditawarkan, iaitu enjin 1.5 liter 4-silinder petrol  (119 PS, 150 Nm) yang dipadankan ke transmisi CVT dengan 8 nisbah yang diprogramkan. Bagaimana perbandingannya dengan saingan segmen C yang lain? Anda boleh lihat di bawah.

Prestasi MG 5 berbanding pesaingnya
Model Enjin Transmisi Kuasa & Tork
MG 5 1.5 liter
4-silinder
CVT 119 PS, 150 Nm
Honda 
Civic
1.8
1.8 liter
4-silinder
CVT 141 PS, 174 Nm
Honda 
Civic
1.5T
1.5 liter
4-silinder
turbo
CVT 173 PS, 220 Nm
Toyota 
Corolla 
Altis
1.8 liter
4-silinder
CVT 140 PS, 177 Nm
Mazda 3 2.0 liter
4-silinder
6AT 163 PS, 210 Nm

MG 5 juga menawarkan penyambungan canggih melalui i-SMART. Melalui aplikasi telefon dan kunci digital, MG 5 telah menambahkan fungsi seperti:

  • Sistem arahan suara (dalam bahasa Thai)
  • Kawalan operasi sistem penyaman udara melalui telefon pintar
  • Hubungi Pusat Panggilan MG dengan butang di stereng
  • Strim muzik
  • Cari restoran, penginapan dan tempat menarik di peta navigasi
  • Laporan lalu lintas masa nyata
  • Periksa status pintu kereta
  • Cari kereta anda dengan fungsi FIND MY CAR
  • Status sistem dalam kereta seperti enjin, tekanan tayar dan beg udara
  • Sistem ini membantu mencari pusat servis, membuat janji temu dan mencatat penyelenggaraan kereta secara berkala

2021 MG 5 dipratonton di Thailand untuk lawan Civic & Altis! RM 77 - RM 103k, 119 PS 150 Nm 05

Walaupun MG 5 nampak biasa sahaja dari segi angka trenkuasa, ia dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih. Jika anda berminat, tunggu rebiu mendalam daripada rakan kami di Thailand.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda