window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2021 Mitsubishi Xpander facelift didedahkan - guna CVT, tiada lagi transmisi 4AT!

Haris · Nov 8, 2021 05:30 PM

2021 Mitsubishi Xpander facelift didedahkan - guna CVT, tiada lagi transmisi 4AT! 01

PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia telah membawakan model 2021 Mitsubishi Xpander facelift dengan perubahan terbesar. Tiada lagi transmisi automatik 4-kelajuan yang lapuk (masih digunakan di Malaysia), digantikan dengan transmisi automatik CVT.

Selain daripada itu, model Mitsubishi Xpander Cross turut dilancarkan, varian Xpander yang lebih bergaya dengan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi.

Apa yang baru dalam Mitsubishi Xpander facelift?

2021 Mitsubishi Xpander facelift didedahkan - guna CVT, tiada lagi transmisi 4AT! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Xpander kembali ke papan lukisan untuk beberapa peningkatan. Ia kini mempunyai unjuran (overhang) yang lebih panjang pada bahagian depan dan belakang (peningkatan sebanyak 75 mm dan 45 mm).

Ia juga menambah ketinggian 15 hingga 20 mm, justeru jarak kelegaan tanah untuk Mitsubishi Xpander facelift kini sekitar 220 mm hingga 225 mm, meningkat daripada 205 mm sebelum ini (bergantung pada saiz tayar).

Rekaan gril hadapan juga kini dibalut dengan warna hitam di mana model pra-facelift penuh dengan krom pada bahagian gril tersebut.

2021 Mitsubishi Xpander facelift didedahkan - guna CVT, tiada lagi transmisi 4AT! 01

Melengkapi rekaan luar Mitsubishi Xpander facelift adalah rim aloi 17-inci dua tona baharu (hanya pada model mercu), hiasan sisi, dan bahagian belakang yang diolah semula dengan rekaan lampu belakang gabungan LED berbentuk L.

2021 Mitsubishi Xpander facelift didedahkan - guna CVT, tiada lagi transmisi 4AT! 02

Bergerak ke bahagian dalam, kabin dua-tona Mitsubsihi Xpander facelift kelihatan hampir serba baharu, hasil papan pemuka yang direka semula dan tempat duduk yang lebih bersepadu dengan ambien.

Selain daripada itu, ia mendapat stereng baharu, panel penyaman udara digital, kluster instrumen baharu (dengan animasi permulaan), perincian hiasan jahitan, dulang kerusi, ruang poket dan port USB di sekitar kabin.

2021 Mitsubishi Xpander facelift didedahkan - guna CVT, tiada lagi transmisi 4AT! 03

Berita terbesar adalah transmisi automatik 4-kelajuan telah digugurkan, dan digantikan dengan transmisi CVT. Ia masih dipadankan dengan enjin 4-silinder 1.5 liter NA yang sama, jadi output tidak berubah pada 105 PS dan 141 Nm.

Menamatkan kemaskini Mitsubishi Xpander ini ialah sistem gantungan yang ditala semula, penebat bunyi yang dipertingkat dan brek letak kenderaan elektrik (EPB).

2021 Mitsubishi Xpander facelift didedahkan - guna CVT, tiada lagi transmisi 4AT! 04

Dari segi keselamatan, ia tidak berubah: masih mengekalkan 2 beg udara hadapan, penambat ISOFIX, dan sistem brek anti kunci (ABS) dan kawalan kestabilan (ASC) yang sama.

Harga untuk 2021 Mitsubishi Xpander facelift hanya akan diumumkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia ke-28 (GIIAS 2021), yang berlangsung dari 11 hingga 28 November 2021.

Baca: Mitsubishi Xpander kekal laku keras di Indonesia dan Filipina, kalah teruk Toyota Avanza!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda