Nissan telah melancarkan Nissan X-Trail terbaru di US. Di sana, Nissan X-Trail turut dikenali dengan nama Nissan Rogue. Gambar-gambar Nissan X-Trail generasi ke 4 ini sudah lama tular termasuklah imej paten. Nampaknya, gambar-gambar tersebut memang benar.
Rekaan luar
Nissan X-Trail terbaru tampak lebih berani dengan mengubah keseluruhan rekaan luarnya. Nissan X-Trail terbaru kini menggunakan lampu hadapan 2 tingkat dengan gril hadapan V-Motion yang lebih besar. Bingkai gril V-Motion tebal yang sinonim dengan Nissan X-Trail masih ada namun dikecilkan sedikit. Fog light juga disepadankan dengan gril bawah dan nampak lebih kemas.
Keseluruhan reka bentuk bahagian belakang nampak lebih kurang sama yang ditambah dengan sentuhan rekaan moden. Tanda nama ‘Rogue’ juga dilihat dengan jelas di bahagian belakang di mana ia mungkin diubah menjadi ‘X-Trail’ ataupun dikosongkan. Bampar bawah dibelakang dikemaskan lagi dengan dua tona hitam dan perak bagi memberi imej lebih kukuh.
Secara keseluruhannya, rekaan Nissan X-Trail baharu tampak lebih ‘bersegi’ dengan sisi yang sedikit ‘tajam’ berbanding rekaan lama.
Rekaan dalaman
Nampaknya, rekaan dalaman Nissan X-Trail 2021 ini jauh lebih baik dari rekaan terdahulu. Menggunakan tema mewah, rekaan dalamannya boleh dibandingkan dengan Mazda CX-5.
Manakan tidak, sistem infotainment skrin LCD terapung 9.0 inci pada Nissan X-Trail 2021 selalu ditemui pada SUV mewah sahaja. Turut ditawarkan adalah fungsi Android Auto tanpa wayar dan Apple CarPlay.
Bukan itu sahaja, panel instrumen digital Nissan X-Trail 2021 menggunakan paparan skrin LCD 12.3 inci dengan heads up display (HUD) 10.8 inci pada varian paling tinggi. Untuk varian bawah, masih terdapat panel instrumen digital LCD 7.0 inci sahaja.
Pada konsol tengah pula, Nissan X-Trail dilengkapi dengan 2 port pengecas USB (1 USB type-C dan 1 USB type-A). Tombol gear juga tampak sofistikated yang membolehkan konsol tengah direka bertingkat.
Keselamatan
Bagi pasaran US, kesemua varian dilengkapi dengan ciri Nissan Safety Shield 360. Suite keselamatan penuh Nissan merangkumi Automatic Emergency Braking dengan Pedestrian Detection, Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert, Lane Departure Warning, High Beam Assist dan Rear Automatic Braking. Terdapat juga fungsi tambahan berbayar seperti Blind Spot Intervention (Blind Spot Warning + Lane Keep Assist), Traffic Sign Recognition dan Intelligent Cruise Control.
Trenkuasa
Kesemua varian Nissan X-Trail dijana oleh enjin 4 silinder 2.5 liter direct injection yang mengeluarkan output sebanyak 183 PS kuasa kuda dan 245 Nm tork. Tiada versi hibrid yang diumumkan untun Nissan X-Trail 2021.
Menurut jurucakap Nissan, model Nissan X-Trail 2021 ini bakal dipasarkan di US bermula pada musim luruh 2020 (September 2020).
Di Malaysia, Nissan X-Trail 2021 ini mungkin hadir pada tahun 2022. Hal ini kerana Edaran Tan Chong Motors baru sahaja memperkenalkan Nissan X-Trail facelift generasi ke 3 pada bulan Mac 2019.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD
Upgrade
Add your car
2019 Honda CR-V TC-P VTEC 1.5
2019 Mazda CX-5 SKYACTIV-G Mid 2.0
Komen