window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k

Haris Ā· Nov 7, 2021 12:00 PM

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 01

Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. dengan bangganya menjadi antara negara ASEAN terawal melalui pelancaran model Honda HR-V generasi ketiga. Pasaran Thailand yang cukup terkenal dengan komitmen terhadap kenderaan mesra alam menyaksikan Honda HR-V dijual dalam pilihan enjin hibrid sahaja.

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 02

Model generasi sebelum (kedua) dianggap sebagai perintis kepada permintaan model SUV kompak atau crossover yang semakin meningkat di rantau ini justeru Honda HR-V serba baharu ini bertujuan untuk memberikan kualiti dan ciri premium yang boleh dirasai oleh orang ramai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 01

Honda HR-V spesifikasi Thai tersedia dalam 3 varian iaitu varian E, EL dan RS. Ketiga-tiga varian dikuasakan oleh sistem hibrid penuh Honda e:HEV i-MMD yang menggabungkan dua motor elektrik dengan enjin petrol 1.5 liter i-VTEC kitaran Atkinson (106 PS/127 Nm). Kuasa dihantar melalui roda hadapan melalui transmisi automatik E-CVT.

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 02

Kedua-dua motor elektrik mempunyai peranan yang berbeza, satu motor berfungsi bersama enjin (131 PS/253 Nm) manakala satu lagi berfungsi terutamanya untuk brek regeneratif dan untuk menghidupkan SUV.

Baca: Rebiu: Memandu Honda City RS 2020 dengan enjin i-MMD pertama dunia di Malaysia

Honda Thailand juga menawarkan waranti sehingga 10 tahun untuk bateri dan waranti perbatuan 5 tahun tanpa had untuk sistem hibrid.

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 03

Varian EL

Terdapat 3 mod pemanduan untuk sistem e:HEV yang akan menyesuaikan sistem hibrid mengikut situasi pemanduan yang mana Honda menjanjikan prestasi pemanduan yang cemerlang. Ini termasuk:

  • EV Drive Mode – Mod elektrik sepenuhnya, sesuai untuk pemanduan bandar atau kelajuan rendah
  • Hybrid Drive Mode – Mod gabungan untuk memberikan tork maksimum dengan pantas bagi pecutan yang lancar dan berkuasa
  • Engine Drive Mode – Kuasa daripada enjin dihantar terus ke roda, sesuai untuk pemanduan berkelajuan tinggi

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 04

Teknologi ini mirip dengan sistem yang digunakan pada Honda City RS. Bercakap mengenai RS, pelancaran ini menandakan penampilan sulung lencana RS pada Honda HR-V generasi baharu. RS bukan bermaksud "Racing Sport" tetapi merupakan "Road Sailing" yang bermakna bahawa ia benar-benar berorientasikan keselesaan walaupun kelihatan sporty.

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 05

Honda HR-V e:HEV RS ialah varian teratas dalam barisan HR-V Thailand. Hal ini bermakna, ia mendapat beberapa perician sporty yang berbeza termasuk lampu belakang LED gelap 'smoke', gril hadapan krom, rim aloi 18 inci, dan bumbung suria panoramik.

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 06

Varian rendah Honda HR-V spesifikasi Thai kehilangan beberapa aksesori sporty tersebut tetapi bentuk keseluruhannya masih sama, gabungan rekaan yang matang dan atletik. Ciri standard pada ketiga-tiga varian ini termasuklah lampu depan dan lampu belakang LED serta spoiler belakang sport.

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 07

Pada varian Honda HR-V E dan EL, SUV ini menggunakan rim aloi 17-inci yang lebih kecil manakala gril menampilkan reka bentuk standard seperti yang dilihat pada Honda Vezel pasaran Jepun.

Baca: Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal!

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 08

Varian EL

Pada bahagian dalam, Honda HR-V pasaran Thailand mendapat kerusi kulit hitam di samping mengekalkan reka bentuk premium yang diinginkan oleh Honda. Sistem kawalan iklim automatik juga dilengkapi dengan Sistem Resapan Udara (Air Diffusion System) pintar Honda yang menyediakan udara sejuk kepada penghuni belakang. Jika itu tidak mencukupi, terdapat corong pendingin hawa belakang yang hanya tersedia pada varian EL dan RS.

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 09

Varian RS

Perician sporty model RS berterusan di bahagian dalaman dengan jahitan merah digabungkan pada tempat duduk, tombol gear dan stereng.

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 10

Salah satu punca kejayaan Honda HR-V generasi sebelum ini adalah praktikaliti justeru model pengganti ini pasti mengekalkan ciri itu. Ruang simpanan boleh ditambah dengan melipat tempat duduk belakang rata (Mod Utiliti), melipat kedua-dua tempat duduk hadapan dan belakang (Mod Panjang), atau mengangkat kerusi belakang (Mod Tinggi).

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 11

Turut menambah kemudahan untuk mengakses bahagian belakang ialah Pintu Belakang Kuasa Bebas Tangan baharu dengan fungsi 'Walk Away Close'. Pengguna boleh membuka dan menutup but tanpa mengangkat jari pada but tetapi ciri ini hanya terdapat pada varian EL dan RS.

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 12

Ciri keselesaan lain pada Honda HR-V serba baharu termasuk sistem infotainmen 8-inci yang bukan sahaja menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tetapi juga menyokong arahan suara Siri dan Android Auto.

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 13

Selain daripada aksesori yang disebutkan, Honda HR-V RS adalah satu-satunya varian yang didatangkan dengan pengecas tanpa wayar, tempat duduk pemandu pelaras kuasa 8 hala, 4 penyambung USB, lampu bacaan LED belakang dan 8 pembesar suara.

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 14

Honda HR-V generasi baharu ini lebih moden, oleh itu tentunya ia akan dilengkapi dengan suite ADAS Honda Sensing yang standard di ketiga-tiga varian Thai. Kesemua ciri kelengkapan ini termasuk:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM dan LDW)
  • Auto High-Beam (AHB)
  • Adaptive Cruise Control dengan Low-Speed Follow (ACC dan LSF)

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 15

Selain daripada fungsi-fungsi tersebut, Honda HR-V pasaran Thailan dilengkapi dengan 6 beg udara, Honda LaneWatch, dan Kawalan Turun Bukit (HDC). Sistem HDC membantu mengawal pedal dan brek apabila memandu menuruni cerun yang curam dan beroperasi di bawah 20 km/j.

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 16

Bagi pembeli Thailand yang mahukan peningkatan estetik untuk Honda HR-V mereka, Honda Thailand menawarkan aksesori Modulo yang termasuk skirt badan dan gril hadapan yang kelihatan mirip dengan Honda HR-V RS.

Baca: Honda Civic FE 2022 dengan kit Modulo, siap siaga melawan Corolla Altis GR Sport!

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 17

Dengan semua ciri tambahan tersebut, Honda HR-V serba baharu pastinya disasarkan ke tahap premium. Pada masa ini, anggaran harga bermula daripada THB 990,000 (kira-kira RM 123k) untuk varian E, sekitar daripada THB 1,100,000 (kira-kira RM 137k) untuk varian EL pertengahan dan sekitar THB 1,200,000 (kira-kira RM 149k) untuk spesifikasi teratas varian RS..

Sebagai perbandingan, Honda HR-V generasi sebelum bermula pada THB 949,000 (RM 118,674) untuk varian asas.

Untuk rujukan, Honda HR-V generasi kedua yang dijual di Malaysia ketika ini tampil dengan harga bermula dari RM 104,000 untuk varian asas 1.8 E dengan pengecualian SST. Tanpa pengecualian SST, harga bermula dari RM 108,800.

2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k 18

Ekzos berkembar beri bayangan model sporty?

Walaupun Honda HR-V pasaran Thailand ini ditawarkan dalam hibrid sahaja, Honda Malaysia mungkin tidak akan menawarkan pilihan enjin yang sama, memandangkan keengganan rakyat Malaysia terhadap sistem hibrid.

Seperti Honda City dan City Hatchback, kita mungkin mendapat enjin petrol dijual bersama-sama varian e:HEV.

Baca: Honda HR-V Hybrid 2021 diperbaharui di Malaysia, kini ada lampu LED, bermula RM 114k

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda