window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Ford Ranger 2.0L XL Single Cab diperkenal dari RM 99k - varian asas pun rasa premium!

Haris · Nov 3, 2022 11:59 AM

2022 Ford Ranger 2.0L XL Single Cab diperkenal dari RM 99k - varian asas pun rasa premium! 01

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah menambah varian Ford Ranger 2022 dengan varian asas - Ford Ranger 2.0 liter XL 4x4 Single Cab. Model single cab ini ditujukan kepada pelanggan yang mencari trak kerja yang mantap dan boleh dipercayai.

Berharga RM98,888 (OTR, tanpa insurans) Ford Ranger XL Single Cab dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo diesel yang terbukti serta mampu menghasilkan 170 PS dan tork puncak 405 Nm pada 1,750-2,500 rpm.

Kuasa dihantar ke keempat-empat roda melalui transmisi manual 6-kelajuan yang menampilkan set gear baharu untuk peralihan yang lebih lancar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2022 Ford Ranger 2.0L XL Single Cab diperkenal dari RM 99k - varian asas pun rasa premium! 01

“Walaupun lebih ramai pelanggan memilih Ranger untuk gaya hidup, kami tetap memberi perhatian terhadap segmen pelanggan yang menggunakannya untuk tujuan utilitarian dan bergantung kepadanya untuk menggalas kerja berat.

"Dengan pertambahan XL Single Cab ini bagi barisan Ranger generasi baharu kami, pelanggan mempunyai pilihan untuk trak pikap peringkat pengenalan yang boleh dipercayai untuk menjalankan tugas dengan baik,” ujar Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair.

2022 Ford Ranger 2.0L XL Single Cab diperkenal dari RM 99k - varian asas pun rasa premium! 02

Sama seperti semua barisan Ford Ranger generasi baharu, varian XL Single Cab menerima kelebihan jarak trek lebar dan jarak antara roda +50 mm lebih panjang, memberikan lebih kestabilan sama ada ketika di atas jalan atau off-road, berserta sudut ketibaan dan pelepasan yang lebih baik.

2022 Ford Ranger 2.0L XL Single Cab diperkenal dari RM 99k - varian asas pun rasa premium! 03

Apa yang lebih penting, dengan kelebihan ukuran dimensi yang terlibat itu, Ranger XL Single Cab generasi baharu menawarkan ruang kargo tunggal yang paling besar bagi sesebuah trak pikap dalam pasaran ketika ini.

Dengan ukuran 2,332 mm panjang, 1,420 mm lebar dan 540 mm tinggi, ruang kargo di belakang membolehkan pelanggan untuk membawa lebih banyak barangan atau memuatkan barangan yang lebih besar dan panjang seperti plywood untuk binaan atau palet bersaiz penuh. Jarak kelegaan tanah juga lebih tinggi dengan 230 mm.

2022 Ford Ranger 2.0L XL Single Cab diperkenal dari RM 99k - varian asas pun rasa premium! 04

Terdapat juga enam cangkuk kargo yang diletakkan pada tiub landasan logam bagi memudahkan pengguna mengikat barangan dengan selamat.

Untuk kepelbagaian ketika bekerja di lokasi terpencil, pintu ruangan kargo berkenaan boleh juga bertindak sebagai pelantar kerja dengan pembaris dan poket cengkam untuk mengukur, memegang dan memotong bahan binaan.

2022 Ford Ranger 2.0L XL Single Cab diperkenal dari RM 99k - varian asas pun rasa premium! 05

Walaupun merupakan varian paling asas, Ford Ranger XL Single Cab generasi baharu juga datang standard dengan teknologi bersepadu maju yang setara dengan barisan variannya yang lebih mahal. Ciri utama keterhubungan ini adalah skrin sentuh 10.1-inci yang pertama dalam kelasnya serta sistem hiburan dan komunikasi Ford SYNC® 4A dengan Apple CarPlayTM dan Android AutoTM tanpa wayar.

2022 Ford Ranger 2.0L XL Single Cab diperkenal dari RM 99k - varian asas pun rasa premium! 06

Panel instrumen lapan-inci digital pula telah menggantikan sistem analog, membolehkan lebih banyak maklumat dipaparkan untuk pemandu. Kelengkapan lain yang ada ialah dua slot USB, satu soket kuasa 12-volt, serta ciri keselamatan seperti dua beg udara, sistem brek cegah kunci (ABS) dengan agihan daya brek elektronik dengan kawalan cengkaman, kawalan menuruni curam, bantuan mula mendaki, penghindaran daripada terbalik dan kawalan olengan bahagian belakang.

2022 Ford Ranger 2.0L XL Single Cab diperkenal dari RM 99k - varian asas pun rasa premium! 07

Di luar, Ranger XL Single Cab generasi baharu tampil ringkas dengan rim 16-inci aloi, gril depan standard, bampar depan warna badan dengan bampar belakang hitam, lampu utama halogen, lampu kabus belakang, cangkuk penyelamat di depan, lampu nyalaan siang dan lampu henti LED di belakang.

2022 Ford Ranger 2.0L XL Single Cab diperkenal dari RM 99k - varian asas pun rasa premium! 08

Pilihan warna bagi Ranger XL Single Cab generasi baharu ini termasuklah Absolute Black, Aluminium Metallic, Arctic White dan Meteor Grey.

Ranger XL Single Cab generasi baharu datang dengan jaminan pengeluar selama 5-tahun atau 160,000 km, yang mana dahulu. Pelanggan boleh juga memilih untuk melanjutkan tempoh jaminan sehingga 7-tahun untuk ketenangan fikiran.

Baca juga:

2022 Ford Ranger Raptor dilancarkan - dari RM 259k, trak pikap paling mahal di Malaysia!

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda