window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Honda BR-V generasi baharu dilancarkan di Thailand - dari RM 115k, Honda Sensing, lebih mahal dari Veloz!

Haris ยท Aug 22, 2022 10:00 AM

2022 Honda BR-V generasi baharu dilancarkan di Thailand - dari RM 115k, Honda Sensing, lebih mahal dari Veloz! 01

  • Diimport sepenuhnya (CBU) dari Indonesia
  • 2 varian ditawarkan
  • Juga didatangkan standard dengan Apple CarPlay dan Android Auto

Sementara rakyat Malaysia masih menunggu kehadiran Honda BR-V 2022 serba baharu, jiran utara kita baru sahaja melancarkan crossover 7-penumpang tersebut dengan bergaya. Menariknya, Honda BR-V generasi kedua ini menjadi kenderaan 7-penumpang paling mahal dalam kalangan saingan di Thailand mungkin kerana ia adalah model paling terkini.

2022 Honda BR-V generasi baharu dilancarkan di Thailand - dari RM 115k, Honda Sensing, lebih mahal dari Veloz! 02

Hanya dua varian ditawarkan di Thailand iaitu varian E yang bermula dari THB 915,000 (~RM 115k) dan varian EL yang berharga dari THB 973,000 (~RM 122k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai konteks, Toyota Veloz bermula di Thailand pada harga THB 795,000 (~RM 100k) dan Mitsubishi Xpander pula bermula dari THB 799,000 (~RM 101k). Hal ini menyebabkan harga Honda BR-V kedengaran mahal dalam segmen pasaran yang kecil di sana.

2022 Honda BR-V generasi baharu dilancarkan di Thailand - dari RM 115k, Honda Sensing, lebih mahal dari Veloz! 01

2022 Honda BR-V generasi baharu dilancarkan di Thailand - dari RM 115k, Honda Sensing, lebih mahal dari Veloz! 02

2022 Honda BR-V generasi baharu dilancarkan di Thailand - dari RM 115k, Honda Sensing, lebih mahal dari Veloz! 03

Seperti saingan 7-penumpang yang lain, Honda BR-V spesifikasi Thailand diimport sepenuhnya (CBU) dari Indonesia tetapi ia dilengkapi dengan baik pada aspek keselamatan dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) Honda Sensing dan Honda LaneWatch yang ditawarkan sebagai standard.

Sekadar rujukan, model Honda City 1.5 V-Sensing pasaran Malaysia sendiri sudah berharga RM 95k (harga selepas SST) justeru adalah masuk akal untuk menawarkan BR-V pada harga tersebut.

Baca: Honda City 1.5V Sensing 2022 dilancarkan di Malaysia, RM 91k, varian baru untuk ‘pressure’ Vios!

2022 Honda BR-V generasi baharu dilancarkan di Thailand - dari RM 115k, Honda Sensing, lebih mahal dari Veloz! 04

Ciri-ciri keselamatan pada Honda Sensing yang ditawarkan pada Honda BR-V generasi baharu ini termasuklah:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane-Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM with LDW)
  • Auto High-Beam (AHB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lead Car Departure Notification System (LCDN)

2022 Honda BR-V generasi baharu dilancarkan di Thailand - dari RM 115k, Honda Sensing, lebih mahal dari Veloz! 05

Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin 1.5 liter aspirasi semulajadi DOHC i-VTEC (121 PS/145 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. mendakwa model BR-V ini mencatatkan kadar penjimatan bahan api serendah 16.1 km/L (6.2 L/100 km) yang merupakan antara kenderaan 7-penumpang yang paling cekap dalam kelasnya.

2022 Honda BR-V generasi baharu dilancarkan di Thailand - dari RM 115k, Honda Sensing, lebih mahal dari Veloz! 06

Selain sejumlah besar ciri keselamatan, BR-V didatangkan standard dengan ciri berikut juga:

  • Upholsteri kulit
  • Penyaman udara automatik
  • Paparan digital TFT 4.2-inci Multi Info Display
  • Skrin sentuh infotainment 7-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Remote Engine Start

2022 Honda BR-V generasi baharu dilancarkan di Thailand - dari RM 115k, Honda Sensing, lebih mahal dari Veloz! 07

Varian E, model pengenalan

Terdapat beberapa perbezaan antara varian E dan EL. Model asas juga tidaklah begitu 'kosong' kerana masih dilengkapi dengan rim aloi 5 jejari 16-inci, kabin dalaman dua tona hitam dan kelabu, 4 pembesar suara, dan 4 beg udara.

2022 Honda BR-V generasi baharu dilancarkan di Thailand - dari RM 115k, Honda Sensing, lebih mahal dari Veloz! 08

Varian EL mendapat rim aloi dua tona 17-inci yang lebih besar, bahagian dalam berwarna hitam sepenuhnya, tambahan 2 pembesar suara, tambahan sepasang beg udara tirai sisi yang meningkatkan bilangan beg udara kepada 6.

2022 Honda BR-V generasi baharu dilancarkan di Thailand - dari RM 115k, Honda Sensing, lebih mahal dari Veloz! 09

Walaupun pasaran 7-penumpang di Thailand adalah kecil dan Mitsubishi Xpander menjadi pendahulu paling laris berdasarkan data jualan terkini. Honda BR-V serba baharu tampil dengan tawaran nilai yang menangkis Toyota dari segi keselamat. Justeru, berbaloi untuk harga tersebut?

2022 Honda BR-V generasi baharu dilancarkan di Thailand - dari RM 115k, Honda Sensing, lebih mahal dari Veloz! 10

Untuk pasaran kita, Honda BR-V serba baharu mungkin akan tiba di Malaysia tak lama lagi dengan sasaran pelancaran tahun ini. Honda Malaysia ada memberi bayangan 2 pelancaran utama selepas Honda Civic FE namun kuota tersebut seolah-olah telah dipenuhi dengan pelancaran Honda Odyssey dan Honda HR-V serba baharu di sini.

Cuma, beberapa penasihat jualan ada memberi petanda justeru adakah ia akan dilancarkan tahun ini juga?

Baca: Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda