window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard!

Haris Ā· Jul 23, 2022 08:00 PM

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 01

Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini tampil dengan Honda HR-V  2022 yang bakal menjadi penggegar segmennya. Kehadiran Honda HR-V 2022 sangat ditunggu-tunggu dalam pasaran SUV segmen B ini kerana faktor rekaan dan jenama yang mempunyai peminat yang tegar di Malaysia.

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model Honda HR-V sebelum ini hanya ditawarkan dalam 4 varian dengan 2 pilihan enjin namun kini ia tampil dengan lebih banyak pilihan dari segi enjin dan pacuan. Sebelum kita mengulas lebih lanjut, perincian harga adalah seperti berikut:

  • Honda HR-V 1.5 S - RM 114,800
  • Honda HR-V 1.5 E - RM 129,800
  • Honda HR-V 1.5 V - RM 134,800
  • Honda HR-V 1.5 RS e:HEV - RM 140,800

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 01

Perbandingan harga dan spesifikasi.

3 pilihan tren kuasa kini ditawarkan. Bermula dari varian terendah, 2022 Honda HR-V 1.5 S dipacu oleh enjin 4-silinder 1.5 liter NA i-VTEC DOHC yang mampu menghamburkan sehingga 121 PS dan 145 Nm tork.

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 02

Enjin 1.5 liter turbocaj dalam varian E

Satu varian atas iaitu 2022 Honda HR-V 1.5 E / V menawarkan enjin 4-silinder 1.5 turbocaj VTEC Turbo dengan anjakan kuasa sehingga 181 PS dan 240 Nm tork - menjadikannya SUV segmen B paling berkuasa dalam pasaran.

Kedua-dua model ini menggunakan transmisi automatik CVT yang dikongsikan dengan model Honda City, namun dengan talaan berbeza.

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 03

Enjin 1.5 hibrid dalam varian RS

Bagi varian teratas, enjin 1.5 liter hybrid kitaran Atkinson dwi-motor e:HEV i-MMD menjadi taruhan ini yang menghamburkan kuasa dengan 107 PS dan 131 Nm tork dari enjin manakala dwi-motor menghasilkan 131 PS dan 253 Nm tork. Output gabungan tidak diumumkan kerana puncak kuasa terhasil pada rpm berbeza. 

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 04

Kesemua spesifikasi enjin dan motor hibrid ini dikongsikan bersama Honda City hybrid namun dengan peningkatan sel bateri lantas menghasilkan lebih kuasa. Pilihan ini dipadankan dengan transmisi automatik CVT yang dikongsikan dengan Honda CR-V

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 05

Bahagian luaran 2022 Honda HR-V generasi baharu menampilkan rekaan  seperti fasia depan yang lebih kemas dengan rekaan gril hadapan bersepadu. Terdapat garis badan yang bergerak pada bahagian bahu SUV ini yang begitu menonjol, di samping rekaan fastback dengan bumbung belakang condong yang menjadi rekaan signature bagi Honda HR-V sejak penampilan pertama di Malaysia.

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 06

Penampilan menjadi sandaran Honda HR-V 2022 ini dengan mengenakan perincian tambahan yang lebih sporty seperti perincian serba hitam. Rupa agresif ini turut disempurnakan oleh rim 17-inci (varian S dan E), 18-inci (varian V dan RS) dengan rekaan yang berbeza. Tak dilupakan juga, lampu belakang LED yang disambung dengan jalur LED kali ini menjadi fokus utama Honda HR-V generasi baharu di bahagian belakang.

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 07

Varian E dengan upholsteri kerusi fabrik

Bergerak ke bahagian dalaman pula, ia mendapat upholsteri fabrik bagi varian S dan E manakala varian tertinggi V dan RS ditawarkan dengan kemasan kulit. Terdapat gandingan perincian jahitan merah kontras dalam keseluruhan kabin untuk varian RS. Selain itu, terdapat juga fungsi Multi Utility Seat yang mirip ULTRA Seat tanpa mod Refresh.

Baca: Tempat duduk ULTRA Honda City Hatchback, sepandai Jazz, dan masih yang terbaik dalam segmen

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 08

Peningkatan terbesar tentulah ciri-ciri canggih seperti sistem pendingin hawa air diffusion system, fungsi pintu but belakang bukaan automatik dan fungsi penghidup mula jarak jauh. Ciri ini adalah peningkatan teknologi terbesar berbanding Honda HR-V generasi lama dan kemaskini ini akan membawakan nilainya lebih berbaloi berbanding pesaing yang lain.

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 09

Untuk ciri-ciri keselesaan pula, terdapat gugusan instrumen digital TFT sepenuhnya 7-inci, beserta sistem infotainment 8-inci dan pautan aplikasi Honda Connect. Untuk keselesaan penumpang, terdapat 2 pengkalan pengecasan USB beserta corong panyaman udara belakang.

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 10

2022 Honda HR-V varian E

Aspek keselamatan pula ditampung oleh ciri-ciri standard seperti 6 beg udara, Anti-lock brake with electronic brakeforce distribution (ABS, EBD) Brake Assist (BA), Electronic stability control (ESC) dan ISOFIX.

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 11

Atas: Kamera monokular standard, bawah: kamera Lane Watch hanya pada varian V dan RS

Suite ADAS Honda Sensing pula menyenaraikan ciri-ciri seperti:

  • Front Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Road Departure Mitigation dengan Lane Departure Warning (RDM dengan LDW)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Adaptive Cruise Control dengan Low Speed Follow (ACC dengan LSF)
  • Lead Departure Car Notification (LDCN)

Terdapat 5 pilihan warna sebagai pilihan iaitu Ignite Red Metallic (baru), Meteoroid Gray Metallic (baru), Rose Black Metallic, Lunar Silver Metallic dan Platinum White Pearl.

2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard! 12

Waranti standard yang ditawarkan Honda Malaysia Sdn Bhd memberi perlindungan sepanjang 5 tahun / tanpa had perbatuan. Untuk varian e:HEV RS, bateri hibrid voltan tinggi dilindungi oleh waranti perbatuan tanpa had selama 8 tahun.

Baca: Tempoh menunggu Honda HR-V 2022 di Malaysia cecah 12 bulan, 20% tempah hibrid, Turbo 75%!

@wapcar_zamil Amacam, sanggup ke tunggu 12 bulan nak beli HR-V baru? šŸ˜ #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #belajaronline #kelastiktok #honda #hondahrv ā™¬ Despair (ęŠ–éŸ³ēƒ­ę’­) - åˆę¢¦

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda