window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Mazda BT-50 spesifikasi Malaysia didedah, harga dari RM 124k!

Haris Β· Nov 30, 2021 08:00 PM

2022 Mazda BT-50 spesifikasi Malaysia didedah, harga dari RM 124k! 01

Sebulan yang lalu, Bermaz Motor telah membuka tempahan untuk trak pikap 2022 Mazda BT-50 serba baharu, mengesahkan kehadirannya di Malaysia. Beberapa hari kemudian, spesifikasi bagi Mazda BT-50 spesifkasi Malaysia pula didedahkan. Kini, trak pikap baharu itu perlahan-lahan menemui pengedar Mazda di seluruh negara.

2022 Mazda BT-50 spesifikasi Malaysia didedah, harga dari RM 124k! 02

2022 Mazda BT-50 spesifikasi Malaysia didedah, harga dari RM 124k! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, 2022 Mazda BT-50 serba baharu berharga antara RM 124,179 hingga RM 143,218, masing-masing untuk varian 1.9 liter High Double Cab dan 3.0 liter High Plus Double Cab.

Dari segi perbandingan varian-ke-varian, Mazda BT-50 sebenarnya lebih mahal daripada model se-platform, Isuzu D-Max generasi baharu yang setara (RM 121,549 hingga RM 141,938). Untuk lebih spesfiki, kami akan membandingkan trak pikap ini dengan lebih khusus dalam artikel lain.

2022 Mazda BT-50 spesifikasi Malaysia didedah, harga dari RM 124k! 01

2022 Mazda BT-50 spesifikasi Malaysia didedah, harga dari RM 124k! 02

Apa yang dipaparkan di sini ialah Mazda BT-50 varian 1.9 High Double Cab 2022, yang dikenal pasti melalui rim aloi 17-inci. Bermaz Motor juga menawarkan varian 3.0 liter High Plus Double Cab dengan spesifikasi yang lebih tinggi tetapi varian itu masih belum sampai ke pengedar.

Baca: Pratonton 2022 Mazda BT-50 - pelancaran minggu ini, harga dari RM 124k!

2022 Mazda BT-50 spesifikasi Malaysia didedah, harga dari RM 124k! 03

2022 Mazda BT-50 spesifikasi Malaysia didedah, harga dari RM 124k! 04

Sebagai rujukan, 2022 Mazda BT-50 serba baharu berkongsi kedua-dua enjin turbodiesel dan transmisi dengan Isuzu D-Max generasi baharu. Unit pertama ialah enjin 1.9 liter turbodiesel yang menghasilkan 150 PS dan 350 Nm, manakala enjin 3.0 liter yang lebih besar mampu menghasilkan 190 PS dan 450 Nm. Ya, angka kuasa tersebut adalah sama dengan Isuzu D-Max.

2022 Mazda BT-50 spesifikasi Malaysia didedah, harga dari RM 124k! 05

Peralatan standard untuk kedua-dua varian 2022 Mazda BT-50 disenaraikan di bawah.

2022 Mazda BT-50 spesifikasi Malaysia didedah, harga dari RM 124k! 06

Lima warna disediakan iaitu Rock Grey Mica, Gunblue Mica, Ice White, Red Volcano Mica, dan Truck Black Mica.

Baca: Mazda BT-50 berasaskan D-Max 2021 bakal tiba di Malaysia, jaga-jaga Ranger, Triton, Hilux

2022 Mazda BT-50 spesifikasi Malaysia didedah, harga dari RM 124k! 07

2022 Mazda BT-50 spesifikasi Malaysia didedah, harga dari RM 124k! 08

2022 Mazda BT-50 spesifikasi Malaysia didedah, harga dari RM 124k! 09

2022 Mazda BT-50 disokong oleh jaminan 5 tahun/100,000 km, yang mana datang dahulu.

Pandangan awal terhadap trak pikap Mazda BT-50, ia merupakan sebuah trak pikap bagi mereka yang mahukan sedikit perasaan premium berbanding trak pikap lain. Malah, boleh dikatakan bahawa Mazda BT-50 adalah satu-satunya jenama premium yang menawarkan trak pikap, suatu segmen pasaran yang benar-benar tidak diterokai.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda BT-50 Double Cab 1.9 High

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda