window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Mercedes-AMG GLA 35 dilancarkan - RM 345k untuk CKD Malaysia, 306 PS dan 400 Nm!

Haris · Jun 28, 2022 11:30 AM

2022 Mercedes-AMG GLA 35 dilancarkan - RM 345k untuk CKD Malaysia, 306 PS dan 400 Nm! 01

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan Mercedes-AMG GLA 35 2022 di Malaysia, hampir 3 tahun sejak model itu membuat penampilan pertama globalnya. SUV berprestasi tinggi baharu itu dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pemasangan di Pekan, Pahang.

Untuk tempahan yang dibuat sebelum 30-Jun 2022, Mercedes-AMG GLA 35 2022 berharga daripada RM 345,048. Mulai 1 Julai ke hadapan, SUV berprestasi ini berharga daripada RM 363,888 disebabkan cukai SST yang disambung.

2022 Mercedes-AMG GLA 35 dilancarkan - RM 345k untuk CKD Malaysia, 306 PS dan 400 Nm! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi penjana kuasanya, GLA 35 yang dipasang tempatan ditujah oleh enjin 4-silinder 2.0 liter pengecas turbo M260 petrol yang berkuasa 306 PS dan 400 Nm. Tugas peralihan kuasa diuruskan oleh transmisi automatik klac berkembar AMG Speedshift 8-kelajuan, disambungkan dengan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4Matic, membolehkan masa pecutan 0-100 km/j diselesaikan dalam 5.2 saat.

2022 Mercedes-AMG GLA 35 dilancarkan - RM 345k untuk CKD Malaysia, 306 PS dan 400 Nm! 01

Berbanding dengan model Mercedes-Benz GLA biasa, model GLA 35 yang lebih mantap ini mendapat brek rotor gerudi silang 350 mm di hadapan dan unit 330 mm di belakang.

Perincian khusus AMG lain termasuk mod pemanduan AMG Dynamic Select (Slippery, Comfort, Sport, Sport+ dan Individual), sistem ekzos AMG, sistem suspensi AMG Ride Control dan gril hadapan khas AMG.

2022 Mercedes-AMG GLA 35 dilancarkan - RM 345k untuk CKD Malaysia, 306 PS dan 400 Nm! 02

Bagi perincian kelengkapan lain pula, Mercedes-AMG GLA 35 2022 mendapat lampu depan Adaptive Highbeam Assist Plus, rim aloi 20-inci 5-jejari berkembar AMG, pendingin hawa automatik Thermotronic, dwi skrin 10.25-inci, sambungan 'Mercedes me' LTE, serta sebagai sokongan Android Auto dan Apple CarPlay. Audio disalurkan melalui sistem bunyi Burmester.

2022 Mercedes-AMG GLA 35 dilancarkan - RM 345k untuk CKD Malaysia, 306 PS dan 400 Nm! 03

Tempat duduk sporty AMG dibalut dengan upholsteri gabungan kulit Artico dan Dinamica dengan jahitan merah kontras. Terdapat juga lapik kaki AMG dan tali pinggang keledar merah dengan reka bentuk yang menarik.

Kit keselamatan terdiri daripada 7 beg udara, Active Brake Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Parking Assist dengan Parktronic, dan Blind Spot Assist.

Baca: Mercedes-AMG A35 Sedan 2022 versi CKD dilancarkan di Malaysia, RM 325k, ada audio Burmester!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz AMG GLA 35 4MATIC (CKD)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda