window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza?

Haris · Nov 28, 2021 02:00 PM

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 01

Pada tahun lepas, Perodua telah memberikan model terlarisnya (dan Malaysia) kemas kini minor yang menyaksikan warna baharu dan sistem bantuan pemandu A.S.A 2.0 yang dipertingkat. Menginjak ke tahun ini, pengeluar kereta paling popular di Malaysia telah melancarkan Perodua Myvi facelift 2022 baharu yang menampilkan lebih daripada sekadar warna baharu.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 02

Perodua tahu rakyat Malaysia memang teruja dengan apa sahaja mengenai 'King Myvi' justeru menjelang pelancarannya, ia telah melakukan banyak promosi. Malah, kira-kira seminggu sebelum gambar acah rasmi muncul, rakyat Malaysia sudah dapat melihat sekilas pandang rupa Perodua Myvi facelift yang akan dilancarkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain daripada perubahan drastik pada bahagian depan, apa lagi yang berbeza pada Perodua Myvi facelift ini?

Baca: Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA!

Harga dan varian – Tiada lagi manual

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 01

Perodua mengekalkan bilangan varian Myvi facelift kepada lima tetapi menggugurkan satu-satunya transmisi manual yang ditawarkan dalam varian 1.3 G. Malah, varian G adalah satu-satunya varian yang didatangkan dengan enjin 1NR-VE 1.3 liter (95 PS/121 Nm).

Terdapat dua pilihan untuk spesifikasi asas iaitu 1.3 G Basic yang bermula dari RM 45,700 dan 1.3 G PSDA yang bermula dari RM 47,700. Perbezaan antara kedua-duanya ialah varian G Basic tidak mempunyai ADAS dan ditujukan kepada pembeli pukal.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 02

Myvi 1.5 H berwarna putih, Myvi 1.5 AV berwarna merah

Varian X yang merupakan varian 1.3 liter paling atas dalam model pra-facelift telah 'dinaik taraf' kepada varian asas 1.5 liter. Harga untuk Myvi 1.5 X kini bermula dari RM 49,900.

Sementara itu, varian 1.5 H dan 1.5 AV masing-masing bermula daripada RM 53,900 dan RM 58,800. Perlu diingat bahawa harga ini adalah harga atas jalan, tanpa insurans dan SST (sah sehingga 30-Jun 2022).

Perbandingan Harga
Varian Pra-Facelift Facelift
1.3 G Basic RM 43,029 RM 45,700
1.5 H RM 50,530 RM 53,900
1.5 AV RM 52,697 RM 58,800

Harga 2022 Perodua Myvi facelift meningkat sedikit berbanding pra-facelift dengan beberapa varian naik harga sekitar RM 6k. Kenaikan harga ini penting bagi memastikan Perodua mendapatkan semula pelaburan sehingga RM 50 juta untuk model facelift ini.

Rekaan luar – Lebih daripada bampar sahaja

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 03

Perodua Myvi sentiasa digelar sebagai Raja jalan raya Malaysia dengan pelbagai telatahnya tersemat menjadi jenaka tempatan. Bukan itu sahaja, keinginan pemilik yang mahu tampil berbeza turut membawa kepada lambakan aksesori tambahan untuk Perodua Myvi. Oleh itu, adakah Perodua sekadar memberikan sentuhan kecil sahaja untuk rekaan Myvi facelift?

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 04

Mari kita imbas rekaan Perodua Myvi facelift. Untuk varian 1.3 G dan 1.5 X (varian rendah), rekaan gril menerima kemasan perak metalik manakala untuk 1.5 H dan 1.5 AV (varian atas) mendapat gril hadapan hitam berkilat.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 05

Rekaan mirip 'abang' besar

Turut dipaparkan pada dua spesifikasi tertinggi Myvi ialah lampu siang DRL LED yang diletakkan secara menegak dan skirt depan dengan aksen berwarna perak. Digabungkan dengan gril korporat Perodua yang besar, 'King' nampak segar tetapi kelihatan sedikit mirip seperti abangnya, Perodua Aruz.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 06

Secara keseluruhan, pendapat mengenai penampilannya berbelah bahagi. Sesetengah daripada kami di pejabat berpendapat ia nampak lebih baik manakala yang lain berpendapat bahawa Perodua Myvi yang dikemas kini kelihatan seperti meme “Impossibru” Jepun.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 07

Tidak seperti bahagian hadapan, reka bentuk bahagian belakang tidak begitu drastik. Perubahan terbesar adalah pada reka bentuk bampar belakang yang mencerminkan bahagian hadapan. Bilah menegak diletakkan pada kedua-dua sisi bampar manakala varian atas menampilkan skirt belakang dengan aksen perak melintang.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 08

Begitu juga dengan profil sisi Perodua Myvi facelift. Selain cermin sisi yang boleh dilipat secara automatik apabila dikunci, Perodua Myvi facelift kelihatan sama seperti model terdahulu dari sisi, sama keseluruhan sehinggalah kepada rekaan rim.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 09

Warna Cranberry Red

Perodua Myvi facelift didatangkan dengan enam warna berbeza - Glittering Silver, Ivory White, Granite Grey, Lava Red, Electric Blue, dan Cranberry Red. Warna Cranberry Red ini hanya tersedia untuk varian AV yang menggantikan warna Lava Red.

Rekaan dalam – Diperhalusi dengan lebih lengkap

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 10

Menjejakkan kaki ke dalam Perodua Myvi dan anda akan disambut dengan banyak perincian merah untuk varian teratas 1.5 AV. Untuk model teratas ini, kemasan kulit didatangkan dengan aksen merah di sekeliling lubang udara dan tempat duduk kulit.

Baca: Perodua Myvi facelift dah padu tapi tak cukup lengkap? Dapatkan terus aksesori rasmi Gear Up

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 11

Rekaan dalaman varian 1.5 H

Varian yang lebih kecil pula menampilkan warna yang lebih gelap dengan tempat duduk fabrik hitam dan bahagian dalam yang kebanyakannya gelap.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 12

Tetapi bukan semuanya suram pada bahagian dalam. Rekaan yang konvensional mengalahkan tema sporty terutamanya untuk Perodua Myvi facelift yang serba boleh. Terdapat beberapa perubahan yang agak dialu-alukan seperti skrin infotainmen yang lebih besar – daripada 6.2 inci kepada 6.9 inci – dan pelarasan penyaman udara digital yang disertakan dengan butang 'OFF' yang khusus. 

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 13

Akhirnya, ada butang OFF

Satu lagi perubahan ialah ruang kosong di atas pelaras penyaman udara digital dalam model pra-facelift. Dalam model facelift, ruang itu kini diletakkan peringatan tali pinggang keledar belakang, seolah-olah memberi isyarat bahawa Perodua kini sedang menekankan ciri keselamatan kepada orang ramai.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 14

Terdapat juga paparan TFT 4.2-inci pelbagai warna yang diapit instrumen untuk varian AV. Varian lain datang dengan paparan LCD asas hitam dan putih sahaja. Namun, kluster instrumen yang direka bentuk semula memberi sedikit sentuhan kemodenan kepada Perodua Myvi facelift.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 15

Antara ciri yang kini menjadi standard di seluruh rangkaian Myvi ialah kunci pintu automatik akan dihidupkan dengan brek atau apabila kereta melebihi 20 km/j. Fungsi ini tidak dapat dilihat namun bagi pembeli berpotensi boleh mencubanya di bilik pameran.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 16

Selain daripada ciri kelengkapan yang dipertingkatkan, Perodua Myvi facelift juga mendapat stereng baharu yang kelihatan sama sepertu Perodua Ativa. Pada semua varian 1.5 liter, stereng didatangkan dengan butang ‘PWR’ khusus yang didakwa Perodua dapat menajamkan sedikit kuasa pada pendirikit. 

Trenkuasa – Tiada lagi 4AT, hello D-CVT

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 17

Unit enjin 1.5 liter

Enjin yang memacu 'King' ini ke hadapan kekal sama seperti model pra-facelift, iaitu enjin 1.3 liter 1NR-VE yang disebutkan di atas dan 1.5 liter 2NR-VE (103 PS/137 Nm). Apa yang berubah ialah transmisi kerana Perodua Myvi menggunakan kotak gear yang lebih moden untuk bersaing dengan pesaing, tak mahu terbuai dengan kejayaan lampau.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 18

Kedua-dua takat gear rendah telah ditukar kepada 'Sport' (S) dan 'Brake' (B) dalam model facelift

Selama tiga generasi, Perodua Myvi telah dipacu dengan transmisi automatik 4-kelajuan yang telah teruji dan terbukti. Walaupun ia merupakan transmisi yang benar-benar boleh diharap, seperti semua perkara yang baik, ia tetap akan ditamatkan juga.

Baca: Mengapa Perodua menggugurkan transmisi manual dalam Perodua Myvi facelift 2022?

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 19

Penukar gear Ativa berbeza daripada Myvi facelift

Walau bagaimanapun, kotak gear automatik D-CVT (Dual-mod CVT) pastinya boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang ingin mencari penjimatan bahan api dan penghantaran kuasa yang lebih baik. Kami telah menerangkan secara terperinci cara D-CVT berfungsi berdasarkan penggunaan kami dalam Perodua Ativa.

Baca: 2022 Perodua Myvi facelift - mengapa perlu ubah transmisi CVT daripada 4AT? 

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 20

Dengan kotak gear baharu ini, Perodua mendakwa Myvi facelift mempunyai penggunaan bahan api 5% lebih rendah berbanding sebelum ini – iaitu 22.2 km/l untuk varian enjin 1.3 liter dan 21.1 km/l untuk varian enjin 1.5 liter.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 21

Stereng 1.5 H ditunjukkan, benar-benar kosong

Selain daripada kadar penggunaan minyak, Perodua juga mendakwa bahawa dengan D-CVT, Perodua Myvi facelift mampu memecut 0-100 km/j sebanyak 20% lebih cepat berbanding transmisi 4AT - 11.5 saat untuk enjin 1.3 liter dan 10.2 saat untuk enjin 1.5 -liter.

Sebagai rujukan, Perodua Myvi 1.5 sebelum itu pula mempunyai masa pecutan 0-100 km/j selama 11.5 saat.

Angka-angka ini adalah dakwaan pengeluar sahaja jadi jika anda tak sabar-sabar untuk melihat sejauh mana Wapcar boleh memadankan nombor tersebut, nantikan ulasan penuh kami.

Ciri keselamatan – Lebih komprehensif

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 22

Buat pertama kalinya, Perodua Myvi mendapat suite ADAS yang lebih komprehensif dan merupakan peningkatan daripada suite Advanced Safety Assist (ASA) terdahulu yang terdiri daripada suite AEB dipertingkatkan sahaja.

Baca: Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat?

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 23

Lebih terkini daripada Perodua Ativa, Myvi facelift kini mendapat suite ADAS Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang paling terkini. ASA kini berada di bawah naungan PSDA dan tersedia standard di semua varian Perodua Myvi, kecuali dalam varian 1.3 G Basic.

Baca: Sistem PSDA dinaik taraf untuk Perodua Myvi facelift baharu 2022. Apakah itu PSDA?

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 24

Untuk mendapatkan suite ADAS Perodua - PSDA lengkap, hanya satu varian sahaja yang ditawarkan iaitu 1.5 AV yang menjadi model teratas. Suite PSDA lengkap terdiri daripada 4 ciri bantuan - Perodua A.S.A yang disebutkan, Bantuan Pemanduan, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Depan.

Suite Perodua A.S.A termasuk Amaran Pra-Perlanggaran (PCW), Brek Pra-Perlanggaran (PCB), Makluman Kenderaan Berlepas Depan dan Kawalan Operasi Silap Pedal. Perlu diingat bahawa ASA pada Perodua Myvi facelift ialah versi 3.0 yang boleh mengesan dan brek jika perlu apabila mengesan motosikal, basikal dan pejalan kaki selain daripada kenderaan besar.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 25

Varian 1.5 AV

Bantuan Memandu Perodua (Driving Assist) terdiri daripada Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning), Pencegah Keluar Lorong (Lane Departure Prevention), Kawalan Pelayaran Adaptif (Adaptive Cruise Control), Kawalan Kekal Lorong (Lane Keep Control), dan Pemantau Titik Buta (Blind Spot Monitor).

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 26

It's pretty much the cheapest car with AHB

Sementara itu, Parking Assist menggabungkan sensor hadapan dan belakang, kamera undur dan fungsi Rear Cross Traffic Alert (RCTA). Headlamp Assist hanya berfungsi dengan Auto High Beam (AHB) sahaja.

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 27

Selain ASA 3.0, ciri keselamatan standard pada Myvi baharu (selain 1.3 G Basic) terdiri daripada LDW, LDP dan AHB. Ia adalah satu tawaran yang mengagumkan, boleh dikatakan dan mungkin satu lagi kemenangan untuk Perodua Myvi dalam pasaran.

Konklusi – Perodua tahu apa yang terbaik

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 28

Walaupun terdapat kenaikan harga berbanding model pra-facelift, tidak menghairankan jika Perodua Myvi facelift akan terus memegang gelarannya sebagai kereta terlaris di Malaysia. Ini dibuktikan dengan sekitar 3,000 tempahan telah dibuat dalam masa seminggu selepas pengumuman Perodua Myvi facelift.

Baca: Belum lancar dah laku, tempahan Perodua Myvi facelift 2022 cecah 3,000 unit dalam seminggu!

2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza? 29

Berbanding dengan model Myvi pra-facelift terdahulu, ia pastinya lebih padat dengan ciri kelengkapan serta penampilan yang lebih berorientasikan golongan muda. Sangat menarik untuk melihat sejauh mana transmisi D-CVT baharu dipadankan dengan enjin Perodua Myvi. Yang pasti, sambutan awal menunjukkan petanda yang baik?

Baca: Biar betul, Perodua Myvi 2022 facelift lebih murah untuk diselenggara daripada model pra-facelift!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda