window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua?

Haris Β· Jul 26, 2022 10:30 AM

2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua? 01

Toyota Motor Thailand, tempat asal pembangunan model Toyota Vios telah mula mempromosikan video acah yang dipercayai model Toyota Vios D92A generasi baharu. 

Model pembangunan kerjasama Toyota-Daihatsu-Perodua selalunya menggunakan kod nama yang bermula dengan huruf "D" misalnya D27A yang merujuk kepada Toyota Veloz - Daihatsu Xenia - Perodua Alza dan D55L yang menjadi Toyota Raize - Daihatsu Rocky - Perodua Ativa.

2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh yang demikian, tidak keterlaluan sekiranya model 2022 Toyota Vios generasi baharu D92A ini mengambil sedikit sebanyak komponen yang dikongsikan dengan model Perodua. Malah, ramai yang mengakui sentuhan pereka Perodua dalam menghasilkan model kembar yang paling cantik antara 3 jenama tersebut.

2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua? 01

Antara perincian perkongsian utama, Toyota Vios D92A akan berkongsi platform dengan model-model Perodua yang kini menggunakan platform DNGA sebagai asas. 

Berdasarkan siluet bahagian luar, Toyota Vios D92A generasi keempat ini akan menawarkan lampu LED sepenuhnya depan dan belakang serta lampu siang DRL LED berbentuk L yang melingkari lampu utama.

2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua? 02

Siluet Toyota Vios D92A

2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua? 03

Kolum stereng Perodua Ativa

Bergerak ke bahagian dalam, antara tumpuan mata tentunya pada bahagian kolum stereng. Mungkin ramai pengguna dapat mengenalpasti stereng yang sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Malaysia itu. Ya, ia adalah stereng Perodua Ativa.

Malah, unit kawalan iklim juga dilihat berkongsi bersama Toyota Raize (juga model pembangunan bersama Toyota-Daihatsu-Perodua). Di samping itu, unit skrin infotainmen dan tombol gear juga mungkin dikongsi bersama kembar SUV kompak itu.

2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua? 04

Pencahayaan kawalan iklim mirip model Toyota Raize dengan beberapa penambahan butang fungsi (bawah)

Apa yang lebih menarik tentunya penggunaan warna kabin yang lebih 'berani' untuk standard Toyota yang membosankan. Warna merah baldu yang ditunjukkan bagi upholsteri kulit memberikan sentuhan mewah untuk sebuah sedan segmen-B mampu milik rakyat ASEAN.

Baca: Spyshot: Toyota Vios 2022 D92A - adik Camry dengan enjin 1.5L hibrid 3 silinder sama pada GR Yaris!

2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua? 05

Toyota Vios D92A juga dilaporkan bakal menampilkan enjin hibrid 3-silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi dengan 2 motor (M15A-FXE) yang diambil daripada Toyota Yaris Cross, menjadikannya generasi pertama yang menawarkan enjin hibrid dalam 4 generasi Vios (termasuk generasi ini).

Pilihan enjin lain yang dijangka boleh digunakan termasuk enjin 4-silinder 1.2 liter untuk mematuhi peraturan Eco Car Thailand bagi mendapatkan cukai eksais yang lebih rendah, dan 4-silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi 2NR-FE sedia ada.

2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua? 06

Toyota Vios nampaknya bakal diposisikan dengan tema "kemewahan mampu milik" dengan rekaan-rekaan yang lebih eksekutif dan anggun, berdasarkan video acah yang ditampilkan. Jika dibandingkan daripada tingkap tiang-C yang diacah dengan model generasi ketiga sekarang, rekaan Toyota Vios juga akan lebih cenderung dengan bentuk badan separuh belakang yang lebih landai berbanding sedan 3-kotak konvensional dengan sudut tiang-C yang cerun.

Baca: Spyshot: Toyota Vios generasi baharu D92A - dibangunkan bersama Perodua, mungkin disebalik samaran ini!

2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua? 07

Apa apa pun, ayuh sabar menanti tarikh 09 Ogos 2022 bagi menyaksikan dengan lebih dekat lagi apa yang bakal didedahkan oleh Toyota Vios D92A ini. Pelancaran Malaysia dijangka akan menyusul dalam tempoh masa beberapa bulan kemudian bagi menyesuaikan kilang pemasangan Toyota di Bukit Raja, Selangor untuk menghasilkan Toyota Vios 2022 CKD Malaysia.

Baca: Lakaran: Toyota Vios generasi baharu (D92A) dengan inspirasi dari Camry, ini lagi sesuai?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda