window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2023 Geely Haoyue L (Proton X90) baru didedah, ini facelift atau generasi akan datang?

Haris · Oct 18, 2022 10:00 AM

2023 Geely Haoyue L (Proton X90) baru didedah, ini facelift atau generasi akan datang? 01

SUV kacak yang anda lihat di sini didedahkan menggunakan nama Geely Haoyue L, model baharu dari konglomerat automotif yang berpangkalan di Zhejiang itu.

Foto SUV baharu ini mula berlegar di portal media China beberapa hari lepas, memberikan pandangan awal mengenai SUV baharu ini. Beberapa portal automotif di China turut mendakwa bahawa Haoyue L dibangunkan pada platform CMA, meletakkannya setaraf dengan model Geely moden yang lain.

2023 Geely Haoyue L (Proton X90) baru didedah, ini facelift atau generasi akan datang? 02

Geely Haoyue generasi sekarang

Perkara penting terlebih dahulu - rangkaian kuasanya. Tiada lagi enjin petrol 1.8 liter pengecas turbo yang dikongsi dengan Proton X70. Kali ini, Geely Haoyue L baharu dikatakan menerima enjin 2.0 liter pengecas turbo yang lebih terkini, berkemungkinan unit Drive-E yang sama ditemui dalam Geely Boyue L baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Produksi Geely Boyue L di China sudah bermula, bakal pewaris Proton X70 ini akan masuk pasaran

2023 Geely Haoyue L (Proton X90) baru didedah, ini facelift atau generasi akan datang? 01

Berbeza dengan Geely Haoyue generasi sekarang, model Haoyue L baharu mendapat fasia hadapan bersudut dengan gril besar mengambil bahagian tengah, diapit lampu depan LED tajam dan perumah lampu kabus hadapan yang menonjol. Ini mungkin kali pertama kita melihat gril hadapan Geely dengan sisian menegak sebesar ini.

Bahagian sisi Geely Haoyue L masih mengekalkan garis badan model generasi semasa, di mana terdapat garis badan terletak di atas bahu dan atas fender.

2023 Geely Haoyue L (Proton X90) baru didedah, ini facelift atau generasi akan datang? 02

2023 Geely Haoyue L (Proton X90) baru didedah, ini facelift atau generasi akan datang? 03

Bagi bahagian belakang pula, Geely Haoyue L nampaknya membetulkan rekaan Haoyue biasa yang agak "kosong". Kini ia mengenakan sekeping jalur trim besar yang menghubungkan kedua-dua lampu belakang. Plat nombor juga telah diubah kedudukannya ke pintu belakang, memberikan rupa yang lebih moden.

Baca: Enjin 1.5 TGDi 3 silinder turbo bakal menguasai model Proton akan datang, bukan X90 sahaja!

2023 Geely Haoyue L (Proton X90) baru didedah, ini facelift atau generasi akan datang? 04

Geely Haoyue generasi sekarang

Walaupun tampil dengan pendedahan model baharu ini, masih belum terdapat kata putus sama ada Geely Houyue L akan menjadi model baharu atau sekadar facelift bagi model sekarang. Sebagai rujukan, Geely Haoyue adalah model yang agak baharu apabila dilancarkan di negara tembok besar itu pada tahun 2020.

Bagaimana dengan Proton X90 Malaysia?

2023 Geely Haoyue L (Proton X90) baru didedah, ini facelift atau generasi akan datang? 05

Umum mengetahui bahawa Proton X90 (Geely Haoyue) telah diintip dengan agak kerap sedang diuji di Malaysia. Turut dikenali sebagai Geely Okavango di Filipina dan Rusia, SUV 7-penumpang itu hampir pasti akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Tidak seperti model Geely lain yang dilancarkan baru-baru ini, Haoyue yang disasarkan untuk menjadi Proton X90 tidak dibangunkan pada platform BMA atau CMA, tetapi pada platform CV yang mula diperkenalkan dengan Geely Jiaji.

Selepas Perodua memperkenalkan kenderaan 7-penumpang baharu mereka dengan Perodua Alza, model Proton X90 pula dijangka menjengah ke pasaran sekitar tahun 2023 akan datang.

Baca: Spyshot: Proton X90 atas jalan, model seterusnya untuk kenderaan 7-penumpang Proton?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Geely Hao Yue 1.8TD+7DCT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda