window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2023 Honda Civic Type R FL5 debut ASEAN - dari RM 470k, lagenda baru dah tiba!

Haris ยท Oct 27, 2022 10:00 AM

2023 Honda Civic Type R FL5 debut ASEAN - dari RM 470k, lagenda baru dah tiba! 01

Ketika pembukaan Vietnam Auto Show 2022 semalam, Honda Vietnam Co. Ltd. telah menganjurkan debut serantau bagi Honda Civic Type R generasi FL5 2023. Vietnam ialah negara pertama di luar Jepun dalam rantau Asia-Ocenia yang melancarkan model Honda Type R baharu idaman ini.

Civic Type R hanya mula dijual dalam pemanduan kanan di Jepun pada 21-Julai 2022. Kurang daripada 3 bulan kemudian, model pasaran pemanduan kiri dilancarkan di Vietnam.

2023 Honda Civic Type R FL5 debut ASEAN - dari RM 470k, lagenda baru dah tiba! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Vietnam berkata Honda Civic Type R yang diimport (CBU dari Jepun) hanya tersedia dalam 'kuantiti terhad' tetapi yang lebih menarik, ia menawarkan 5 pilihan warna kepada pelanggan - Championship White, Rallye Red, Racing Blue Pearl, Sonic Grey Pearl dan Crystal Black Pearl.

Menawarkan pilihan warna yang banyak ini adalah luar biasa untuk kereta dengan jualan rendah kerana generasi sebelumnya, Civic Type R FK8 yang dijual di Malaysia dengan hanya satu warna โ€“ Championship White.

Harga masih belum diumumkan tetapi dianggarkan sekitar USD 100,000, sekitar RM 470,000 tetapi angka itu sebenarnya telah jatuh dengan ketara hasil daripada matawang Ringgit yang lemah, kini berada pada titik terendah dalam tempoh hampir 20 tahun.

Baca: Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 - diikuti Thailand!

2023 Honda Civic Type R FL5 debut ASEAN - dari RM 470k, lagenda baru dah tiba! 01

Jika anda menggunakan kadar pertukaran Ringgit ketika ia masih kuat, ia akan diterjemahkan kepada sekitar RM 410,000.

Seperti Malaysia, Vietnam juga mengenakan cukai yang sangat tinggi ke atas kereta import - 70 peratus, jauh lebih tinggi daripada 30 peratus Malaysia. Walau bagaimanapun, Vietnam tidak mempunyai cukai eksais seperti Malaysia (antara 60 hingga 105 peratus), justeru ianya masih boleh dibandingkan dengan Malaysia.

Honda Civic Type R pasaran Vietnam menghasilkan 320 PS dan 420 Nm (kurang 10 PS daripada Jepun, mungkin berkait dengan kualiti bahan api) daripada enjin 4-silinder 2.0 liter pengecas turbonya.

Ia didatangkan dengan set lengkap alat pemanduan canggih Honda Sensing, 8 beg udara standard, termasuk beg udara lutut untuk kedua-dua penumpang hadapan.

Jika anda tertanya-tanya mengapa Honda memilih pasaran yang menjual hanya kira-kira separuh daripada jumlah kereta berbanding Malaysia untuk menjadi tuan rumah debut di rantau Asia-Ocenia, baca pautan artikel di bawah:

Baca: Bukan lagi negara terpencil - Vietnam jadi tuan rumah pelancaran SEA Civic Type R, debut dunia Mitsubishi XFC Concept

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda